X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Sambal Telur Pecah Legend, Buat Cara Ini Baru Menjadi & Sedap!

3 min bacaan
Resipi Sambal Telur Pecah Legend, Buat Cara Ini Baru Menjadi & Sedap!

Resepi sambal telur pecah merupakan hidangan yang sangat mudah didapati dan cepat dimasak menjadi pilihan ibu-ibu di kala kesuntukan masa.

Sambal telur pecah adalah hidangan yang ringkas tetapi sangat menyelerakan. Ia mudah disediakan, tetapi untuk mendapatkan sambal telur pecah yang benar-benar sedap dan menjadi ikut resepi perkongsian Pearl Diana.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Sambal Telur Pecah, Menu Kesukaan Anak-Anak
  • Tips Buat Sambal Telur Pecah Lebih Sedap
  • Khasiat Telur untuk Kesihatan

Resepi Sambal Telur Pecah, Menu Kesukaan Anak-Anak

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Bawang merah besar
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih

Blender semua bahan A hingga halus.

Bahan B:

  • Cili kering (siap dikisar)
  • Air asam jawa
  • Gula/gula melaka
  • Perasa
  • Garam
  • Air
  • Telur ayam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan A (bawang merah besar, bawang merah kecil, dan bawang putih yang telah dikisar) sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak.
  3. Tambahkan air asam jawa, gula, garam, dan bahan perasa
  4. Kacau sehingga semua bahan sebati dan tumisan naik bau.
  5. Tambahkan sedikit air jika kuah kelihatan pekat.
  6. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah dengan api sederhana perlahan. Jangan kacau dahulu, biarkan seketika dan tutup kuali.
  7. Apabila putih telur hampir masak, baru kacau perlahan-lahan. Jika suka kuning telur yang separuh masak atau sedikit lembik baru tutup api.
  8. Siap untuk dihidangkan. Sesuai dinikmati bersama nasi panas.

Tips Buat Sambal Telur Pecah Lebih Sedap

  • Pastikan minyak cukup untuk menumis kerana ia akan memastikan cili dimasak dengan baik dan pecah minyak yang menjadikan sambal sedap.
  • Jangan tergesa-gesa ketika menumis cili kisar. Masak hingga cili benar-benar masak dan pecah minyak supaya sambal tidak mempunyai rasa mentah dan lebih tahan lama.
  • Pilih telur yang segar untuk sambal telur pecah. Telur segar bukan sahaja memberikan tekstur yang lebih baik, tetapi juga rasa yang lebih enak.
  • Selepas memasukkan telur ke dalam sambal, elakkan daripada terlalu kerap mengacau. Ia bagi memastikan telur tidak hancur terlalu halus dan mengekalkan tekstur telur.

Khasiat Telur untuk Kesihatan

khasiat telur

Telur bukan sahaja sedap, tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrien penting yang baik untuk kesihatan.

Antara khasiat telur adalah:

1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi

Telur mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dan memperbaiki tisu. Ini menjadikan telur sebagai sumber protein yang sangat baik.

2. Meningkatkan Kesihatan Mata

Telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata. Kedua-dua ini boleh membantu mencegah masalah mata seperti katarak dan degenerasi makula.

3. Menyokong Kesihatan Jantung & Otak

Kandungan kolin dalam telur adalah nutrien penting yang menyokong fungsi otak seperti perkembangan memori dan kognitif. Ia juga mengandungi lemak sihat yang boleh membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyokong kesihatan jantung.

4. Membantu Penurunan Berat Badan

Telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan kerana ia rendah kalori tetapi tinggi nutrien.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Facebook Pearl Diana

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Telur Masak Kicap Simple Dan Sedap, Menu Kesukaan Ramai

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Crispy & Gebu, Pastikan Anda Masukkan Dua Bahan Ini Sebelum Goreng

Baca juga: Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resipi Sambal Telur Pecah Legend, Buat Cara Ini Baru Menjadi & Sedap!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham