X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

4 min bacaan
Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu

Pemuda ini terkedu apabila rezeki melimpah ruah selepas belanja isteri beli kasut baru yang diidamkan untuk membuat kerja.

Selalu kita dengar ayat ‘bahagiakan isteri, InshaAllah murah rezeki’. Sememangnya kata-kata itu bukan satu kata sahaja kerana ia terbukti benar apabila seorang pemuda yang bernama Raja Mursyid mendedahkan tentang bagaimana satu kejadian membuka matanya tentang rezeki apabila membahagiakan isteri.

Menerusi sebuah entri yang dikongsikan oleh OhBulan di akaun Facebook, ia menceritakan tentang perkongsian Raja Mursyid akan bagaimana satu insiden telah membuka matanya yang mana sebelum ini dia tidak percaya akan kata-kata ‘happy wife, happy life.’

“Aku tak pernah percaya selama ini ayat yang kononnya, ‘Happy kan isteri, InshaAllah rezeki datang berlipat ganda.’ Bagi aku semua itu merepek. Kau dah berbelanja, kenalah kerja keras balik. Apa yang rezeki berlipatnya?” katanya di dalam perkongsiannya itu.

Namun, segala ketidakpercayaannya itu berubah sekelip mata apabila berlaku satu kejadian kepadanya yang membuka matanya.

Ceritanya, “Isteri aku dah berbulan dia nak beli kasut baru. Katanya penat kerja F&B selalu berdiri. Aku diamkan saja, sebabkan kasut yang sedap itu mahal. Lebih lagi yang jenis memory foam. Mahu 3 – 4 ratus.”

Tambahnya lagi, setiap kali isterinya bangun dari tidur sahaja isterinya mengeluh sakit kaki dan perasaan kesian itu sememangnya ada. 

Ujarnya, “Semalam our first coffee pop out dekat rumah client selepas sudah lama tidak buat. Isteri aku cuti, tetapi dia masih ikut aku untuk tolong. Jadi seperti tidak cutilah bagi dia. Berdiri lagi.”

Disebabkan rasa mahu memberikan upah kepada isterinya, Mursyid mengambil keputusan untuk membawa isterinya ke pusat beli-belah MyTown untuk membeli kasut baru buat isterinya. Pada mulanya, dia sememangnya gembira kerana terdapat promosi jualan kasut.

“Jumpa memory foam itu di Bata, isteri mencubanya dan sememangnya ia selesa. Tetapi malangnya ia tiada saiz. Jadi keluarkan kami dari kedai itu dengan perasaan kecewa. Isteri aku kecewa kerana tiada saiz, tetapi aku kecewa kerana mana mungkin ada kasut lebih murah daripada kasut itu,” jelasnya lagi.

Sejurus selepas itu, Mursyid bersama isterinya pergi ke sebuah stor Al-Ikhsan dan bernasib baik masih ada promosi di situ, namun harga kasut-kasut di situ masih pada harga ratusan ringgit, secara automatik Mursyid menjadi sayu. 

Tetapi dia membiarkan sahaja isterinya mencuba kasut-kasut di situ dan ternyata terdapat saiz yang selesa untuk isterinya. 

Namun dia memikirkan tidak mengapalah untuk membelanja lebih sedikit untuk kasut baru isterinya itu memandangkan terdapat untung dari pop out coffee tersebut. Jelas kelihatan gembira isterinya selepas keluar dari kedai tersebut dengan memegang plastik berisi kasut baru.

Mursyid meletakkan di dalam hatinya agar mengikhlaskannya kerana bukan selalu dia boleh berbuat sedemikian, bahkan untuk isteri sendiri juga.

Sejurus selepas itu, Mursyid pulang ke rumah, dan secara tiba-tiba dia menerima satu notifikasi yang bertulis “Nak rate untuk coffee pop out boleh?” sambil dia membalas ‘Rezeki’ namun pada masa yang sama masih tidak menyedari apa-apa sekali pun yang sedang berlaku.

Malam itu Mursyid telah menerima dua pesanan ringkas menerusi aplikasi What’s App serta 1 mesej diterima di akaun Instagram miliknya. Mesej-mesej yang diterima itu semuanya bertanyakan tentang coffee pop out yang dijalankannya. Secara tiba-tiba Mursyid terus tersedar “Ya Allah adakah ini apa yang orang selalu cakap? Happy kan isteri, rezeki diluaskan,” fikirnya.

Secara keseluruhannya, Mursyid menerima empat pertanyaan berkenaan bisnesnya itu,  2 daripada 4 itu sudah memberi kata putus untuk mengambil khidmat Mursyid, manakala 2 lagi masih dalam perbincangan.

Dari situ, Mursyid tergamam dan menyedari bahawa ada betulnya kata-kata orang tua berkenaan membahagiakan isteri untuk membuka pintu rezeki. Jadi, sememangnya benar yang mana ‘happy wife, happy life.’

Menerusi perkongsian ini, ia telah mendapat ribuan tanda suka di entri tersebut serta ratusan komen daripada netizen yang mana menyokong kata-kata itu adalah benar.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata lebih ramai lelaki di luar sana agar tidak lokek untuk membahagiakan para isteri yang mana jelas bahawa isteri bahagia, murahlah rezeki keluarga tersebut.

Facebook OhBulan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Jadi Suami TERBAIK Buat Isteri Anda? Baca Tips Paling BERKESAN Ini Sampai Habis!

Baca juga: Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

Baca juga: Kalau Dah Tak Larat, Berehatlah Kerana Tugas Seorang Isteri Takkan Pernah Habis

Stories Rakan Kongsi
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pemuda Tidak Percaya Dengan Ayat 'Belanja Isteri Murah Rezeki' Sehingga Satu Kejadian Berlaku Yang Membuka Matanya Memang Buat Dia Terkedu
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham