Syukur Penantian 14 Tahun Berakhir, Sering Loya & Muntah Ingatkan Angin, Rupanya Hamil 3 Bulan

Rezeki zuriat yang dinanti pasangan ini selama 14 tahun akhirnya dimakbulkan Allah. Pergi klinik ingatkan masalah angin, rupanya sedang hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ke klinik hanya untuk ambil ubat angin kerana sering loya dan muntah. Namun siapa sangka, penantian selama 14 tahun menunggu rezeki zuriat akhirnya berakhir buat pasangan ini. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Rezeki anak yang dinanti 14 tahun akhirnya tiba untuk pasangan ini
  • Tak sangka bila scan rupa-rupanya sedang hamil 12 minggu

Melalui perkongsian di laman instagram Klinik Putra Bagan dan rasa antarabangsa, wanita berkenaan ke klinik itu kerana sering mengalami loya dan muntah. Dia hanya ingin mengambil ubat angin untuk merawat keadaannya itu.

Rezeki zuriat yang dinanti 14 tahun akhirnya tiba untuk pasangan ini

Menurut perkongsian itu, wanita berkenaan meminta ubat angin kerana sering loya dan muntah, tetapi turut memohon untuk dibuat imbasan di perutnya kerana sebelum ini pernah ada cyst tetapi sudah dibuang. 

Ikuti perkongsian ini:

"Yakinlah, rezeki tak pernah salah alamat"

"Ibu ini datang ke klinik untuk ambil ubat angin sebab rasa loya nak muntah je..."

"Kemudian ibu ini tiba-tiba cakap nak scan sebab pernah ada cyst tapi dah buang"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak sangka bila scan rupa-rupanya sedang hamil 12 minggu

Namun, tidak menyangka, yang disangka angin rupanya berita gembira buatnya dan suami yang sudah menanti rezeki anak selama 14 tahun lamanya. Benarlah rezeki itu tidak pernah salah alamat, akan tetap tiba apabila sampai waktunya.

"Tengah-tengah scan, sonographer nampak ada kantung"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Berlinang air mata ibu ayah di bilik scan. Bila ditanya rupanya dah 14 tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak"

"Maka berakhirlah penantian selama 14 tahun pasangan ini menanti zuriat"

Tahniah buat pasangan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

Baca juga: Ikhtiar Mendapatkan Zuriat? Lengkapi Diri Dengan 8 Jenis Vitamin Agar Cepat Hamil Selain Jaga Kesihatan Anda Ya!

Baca juga:  Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar