Beza Usia 25 Tahun, Riena Diana Tak Sangka Dapat Adik & Teruja Shopping Barang Bayi

Riena Diana, pelakon drama Kampung People teruja dapat adik pada usia 25 tahun. Dia mengatakan perasaannya seolah-olah dapat anak sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak terkejut dan teruja apabila mendapati bahawa ahli keluarga mereka akan bertambah menjadi lebih besar dengan kehadiran seorang ahli baru, apatah lagi apabila ahli keluarga baru tersebut ialah adik kita sendiri. Begitulah perasaan pelakon, Riena Diana apabila mendapati bahawa dia bakal mendapat adik setelah pada usia 25 tahun!

Apa yang anda boleh baca dari artikel ini?

  • Dapat adik pada usia 25 tahun, Riena Diana teruja hingga tidak tidur malam
  • Kehadiran adik baharu dalam keluarga
  • Bagaimana hendak memupuk perasaan sayang antara anak dengan kehadiran adik baharu

Riena Diana atau nama sebenarnya Qamarina Diana Zulreal, telah berkongsi bahawa ibu tirinya selamat melahirkan seorang anak perempuan pada hari Selasa lepas. Kami di theAsianparent juga turut berkongsi rasa gembira dengan kehadiran adik baru penyampai radio Hot FM ini!

Dapat adik pada usia 25 tahun, Riena Diana teruja hingga tidak tidur malam

“Alhamdulillah, ibu tiri saya selamat melahirkan anak perempuan dua hari lalu.” kongsi pelakon wanita jelita ini.

Menurutnya lagi, ibu tirinya masih tidak boleh berjumpa dengan si manja yang baru dilahirkan itu kerana dijangkiti gejala Covid-19. Maka,buat masa sekarang, bapa Riena bersama ibu mertuanyalah yang menjaga bayi perempuan tersebut.

Semasa dalam perjalanan hendak mengambil adik perempuan barunya, Ameena, pelakon drama Kampung People ini yang juga dikenali sebagai Laila telah membuat perkongsian video di akaun Instagramnya.

Beliau menyatakan keterujaan hendak mengambil Ameena pulang dari hospital dan balik ke rumah seolah-olah seperti ingin mengambil anak sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Memang excited sangat, macam nak anak sendiri pula. Bila ada adik ini, sumpah buat saya sedar yang saya kena ada anak sendiri selepas ini.”

Riena tidak pernah menyangka bahawa beliau akan menerima kehadiran seorang ahli keluarga baru dalam hidupnya.

Kehadiran adik baharu dalam keluarga

Apabila sudah dewasa, lebih mudah untuk seseorang menerima kehadiran adik baru. Lihat saja Riena Diana, teruja sungguh dia hendak mendapat adik baru!

Namun, apabila anak sulung kita masih kecil, mungkin lebih sukar untuk dia menerima kehadiran seseorang ahli keluarga baru di dalam hidup. Tapi, ibu ayah jangan khuatir! Tentulah ada cara untuk pupuk rasa sayang seorang anak sulung kepada adiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum itu, mari kita ketahui apakah sebab-sebab anak kita tidak dapat menerima kehadiran adiknya.

  • Risau ibu ayah kurang beri perhatian. Si manja anda mungkin tidak gemarkan kehadiran seorang adik baru kerana mereka risau bahawa anda akan memberi lebih perhatian kepada si adik dan akan melebih-lebihkan adik barunya.
  • Tidak mahu dibanding-bandingkan. Sesetengah anak akan berasa benci dengan adiknya sendiri apabila ibu ayah atau orang sekeliling kerap membandingkan dirinya dan adik. Mereka akan berasa kurang keyakinan diri dan tidak dihargai apabila perbandingan kerap berlaku.
  • Adik memanipulasi keadaan. Percaya atau tidak, kadang-kala adik juga gemar memanipulasi keadaan supaya kakak atau abang mereka akan nampak seperti antagonis di mata orang sekeliling. Jadi, si manja anda mungkin akan bencikan adik sendiri kerana membuatnya sentiasa nampak jahat.

Tetapi apabila bertambah usia anak-anak, pasti mereka akan mula faham bahawa air yang dicincang tidak akan putus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat masa sekarang, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menanam perasaan sayang antara si sulung dan adik-adiknya.

Bagaimana hendak memupuk perasaan sayang antara anak dengan kehadiran adik baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah memain peranan pupuk perasaan sayang anak sulung kepada adik baru. Sumber gambar: Pexels

Ibu ayah perlu memainkan peranan yang besar dalam menanam perasaan kasih dan sayang di antara adik beradik. 

  • Biasakan anak dengan kandungan anda. Ketika anda hamil, anda boleh membiasakan anak dengan kandungan dengan mengajak mereka berbual atau membacakan buku kepada adik yang sedara berada dalam rahim ibu. Lama-lama, si sulung pasti akan faham bahawa ibu sedang mengandungkan adiknya yang bakal dia sayangi.
  • Ingatkan anak tentang waktu bayinya. Anak anda mungkin berasa cemburu dengan kehadiran adik baru kerana ibu ayah akan memberi lebih perhatian kepada si bayi. Jadi, anda boleh mengingatkan anak pada ketika waktu dia seorang bayi. “Dulu, ibu pun buat macam ni dekat abang.” Keadilan antara dua anak adalah sangat penting supaya mereka tidak rasa tersisih.
  • Dengar luahan hati anak. Walaupun anda sibuk dengan persediaan dan penjagaan bayi baru, ambillah sedikit masa untuk mendengar luahan hati anak dan jika mereka berasa sedih dengan kehadiran adik baru. Tanyalah mereka mengapa, dan bagaimana anda hendak buatkan mereka berasa seperti ibu ayah masih sayangkan mereka.

Kanak-kanak ialah makhluk yang sangat suci, jadi mereka tidak ada perasaan benci pun terhadap adik baru. Mungkin hanya cemburu, jadi ibu ayah pastikanlah bahawa anak sulung anda mendapat layanan istimewa sekali-sekala walaupun dengan adanya bayi baru dalam hidup.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

Tips BERKESAN Didik Anak Terima Adik Baru, Yang Penting Ibu Jangan Pinggirkan Mereka!

Ibu Ini Kongsi Tips Jaga Hati Anak Sulung Agar Dapat Terima Adik Baru & Elak Rasa Dengki, Bagusnya Hubungan Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan