Menyedihkan! 4 Kanak-Kanak Terbiar Dalam Rumah Kotor, Tidak Makan Minum 3 Hari

Rumah kotor dan penuh sampah sarap didiami oleh sebuah keluarga yang memiliki empat orang kanak-kanak. Mereka dalam kelaparan dan kurang zat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua anak kecil ini dibesarkan dalam keadaan yang bahagia dan sempurna. Disebabkan oleh beberapa masalah peribadi, ada yang menumpang berteduh dalam sebuah rumah kotor.

Setiap anak berhak memperoleh keperluan harian yang lengkap dari ibu ayah mereka. Walau bagaimanapun masih ada sesetengahnya mengambil mudah sehingga bersikap lepas tangan terhadap tanggungjawab masing-masing.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kanak-kanak dijumpai dalam rumah kotor dan penuh sampah
  • Keadaan 4 orang kanak-kanak yang tinggal dalam rumah kotor
  • Hak-hak anak yang perlu ibu ayah penuhi dalam Islam

Kanak-kanak dijumpai dalam rumah kotor dan penuh sampah

Daily Star melaporkan seramai empat orang kanak-kanak telah ditemui dalam kelaparan dan disyaki kekurangan zat makanan di sebuah rumah kotor jenis pangsapuri di Kazakhstan, baru-baru ini.

Kanak-kanak malang terbabit terdiri daripada usia tujuh, lima, empat dan tiga tahun. Mereka dilaporkan tidak boleh bercakap lancar serta tidak berjalan betul.

Lebih menyedihkan lagi, kediaman yang diduduki oleh mereka sekeluarga dipenuhi dengan banyak sampah serta lampin pakai buang yang kotor. Kanak-kanak berkenaan turut dikatakan sudah tidak makan sekurang-kurangnya tiga hari.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu sudah mengalami masalah kembung perut yang teruk disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

Mereka berjaya diselamatkan apabila ada jiran terdekat membuat panggilan kepada pihak sukarelawan tempat.

”Jiran telah terdengar suara seolah-olah seperti ada orang bergaduh. Ia dipercayai datang daripada unit kediaman tersebut.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sebaik sahaja pihak polis sampai, mereka sudah tidak bergaduh. Tetapi menjumpai empat orang kanak-kanak mengalami kekurangan zat, mereka tinggal bersama-sama ibu ayah tanpa sebarang keperluan asas.” jelasnya.

Setelah dimaklumkan mengenai perkara itu, kumpulan sukarelawan telah segera mengumpul makanan, lampin, sabun dan beberapa barangan kebersihan lain bagi membantu mereka.

Keadaan 4 orang kanak-kanak yang tinggal dalam rumah kotor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut salah seorang ahli sukarelawan, Lyudmila Bylinina, rumah yang didiami oleh keluarga berkenaan sangat kotor. Kanak-kanak tersebut hidup dikelilingi oleh najis, lalat dan bau hancing di merata tempat.

”Kanak-kanak itu juga berada dalam keadaan berbogel dan kotor. Mereka tidak boleh berjalan, ada seorang budak perempuan mengalami perut kembung.”

”Seorang daripada kanak-kanak lelaki pula mengalami muntah selama lebih dua hari,” jelasnya.

Difahamkan keluarga ini baru sahaja berpindah ke kediaman tersebut 3 tahun yang lepas dari sebuah perkampungan kecil.

Namun sehingga kini, kanak-kanak berkenaan tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa. Mereka juga tidak pernah menerima sebarang rawatan perubatan di sekitar kediaman baharu itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas operasi menyelamat dijalankan, empat orang kanak-kanak bersama ibu mereka yang berusia 27 tahun telah dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

Hak-hak anak yang perlu ibu ayah penuhi dalam Islam

Islam memandang serius mengenai kedudukan dan fungsi anak dalam sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja, anak berkali-kali telah disebutkan dalam al-quran dan hadis.

Justeru sebagai ibu ayah, anda wajib tahu akan beberapa hak anak yang perlu ditunaikan iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Hak untuk hidup dan membesar

Islam mengajarkan bahawa kelangsungan hidup dan membesar setiap anak merupakan suatu keharusan. Sekiranya ibu ayah menganggap ia perkara remeh serta mengetepikan akan hal ini, ia dikira sebagai suatu dosa besar.

”Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (Al-An’am: 151).

#2. Hak mendapat nafkah dan kesejahteraan

Ibu ayah yang mampu wajib memberikan nafkah kepada anak-anak sehingga mereka boleh berdikari dan mencari pendapatan sendiri. Ini adalah berdasarkan oleh firman Allah S.W.T:

”Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara ma’ruf.” (Al-Baqarah: 233)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Hak untuk memperoleh kasih sayang

Sudah menjadi fitrah bila setiap ibu ayah akan menyayangi anak-anaknya. Namun tidak semua dikurniakan perasaan ini disebabkan oleh beberapa alasan tersendiri.

Mesipun begitu sebagai ibu ayah, anda perlu menyedari bahawa anak-anak amat memerlukan anda agar dapat membesar dengan baik. Jika tidak mampu memberi kemewahan, cukuplah anda meluangkan sedikit masa setiap hari untuk bersama mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerana Cinta Itu Buta, Isteri Muda Sarat Hamil Sanggup Hidup Susah & Tinggal Bersama Madu

Baca juga: ”Bila Keluar Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Nak Berhias Malas,”-Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!

Baca juga: Cara Mengemas Rumah Yang Bersepah Bila Ada Anak Kecil, Suri Rumah Cuba Tips Ini!