Mendidik anak bukanlah suatu proses yang mudah. Ia memang amat menguji kesabaran seseorang individu. Jadi kali ini kami kongsikan tips menjadi ibu ayah yang sabar mendidik anak.
Tugas dan beban yang kita tanggung sehari-harian mungkin antara punca yang menyebabkan kita hilang sabar dengan anak hingga anak kadang kala menjadi tempat kita melepas geram.
Lepas itu mulalah menyesal sebab lepas geram pada anak yang tidak bersalah. Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.
Sabar mendidik anak tidak mudah, tapi bukan mustahil
Sabar seseorang memang ada hadnya. Tetapi kadang kala kita sering hilang sabar dengan anak kecil. Mengapa? Mungkin kita rasakan yang mereka ini kecil jadi kita boleh buat sesuka hati.
Adakah patut begitu? Mungkin boleh praktikkan beberapa perkara ini supaya kita sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak.
#1. Tenang
Hadapi kerenah anak yang degil, suka bergaduh, menyelerakkan peralatan, kotor dan lain-lain dengan tenang.
Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan sedemikian ini hanya bersifat sementara. Cuba layani setiap kerenah anak tanpa makian, rotan dan kemarahan. Berlembut dengan anak-anak dengan memuji mereka jika mereka meninggalkan kesalahan.
#2. Anda tak keseorangan
Semua ibu bapa menghadapi masalah yang sama, kita kita perlu tabah menghadapinya. Jika kita mempunyai anak yang degil, begitu juga dengan orang lain. Jadi bukan anda seorang diuji sebegitu.
#3. Anak perlu dididik secara berperingkat
Anak-anak perlu dididik sedikit demi sedikit dan berperingkat. Anak-anak menerima arahan dan perintah dengan gembira apabila arahan itu diberikan dengan penuh kegembiraan dan mesra.
#4. Anggaplah ia ujian
Anggap segala kerenah anak-anak adalah ujian Tuhan untuk hambanya. Allah pasti membalas segala kesabaran kita semasa proses membesarkan anak-anak. Setiap ujian tuhan pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.
#5. Elakkan tekanan
Elakkan tekanan dan cuba belajar mengurangkan konflik suami isteri, tempat kerja dan lain-lain yang menjadikan anda sabar. Tekanan mesti dikurangkan dan dielakkan supaya ketegangan dan konflik berterusan dapat dijauhi.
#6. Elak perbesar masalah
Elakkan membiarkan masalah kecil menjadi besar. Setiap masalah yang kecil perlu diselesaikan sebelum ia merebak menjadi masalah besar. Apabila menghadapi masalah besar, kesabaran agak sukar dicapai dan kemarahan mudah menimpa anda.
Masalah yang kecil tidak perlu diperbesarkan. Contohnya jika anak tumpahkan air tak perlulah anda melenting. Anak tidak sengaja pun. Kenapa bila orang dewasa tumpahkan air tidak pula mereka dimarahi.
#7. Banyakkan baca surah Yasin
Banyakkan membaca surah Yasin untuk melembutkan hati. Sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa. Apabila hati lembut, kesabaran diperoleh.
#8. Elak mudah tertekan
Elakkan mudah tertekan seperti kesesakan lalu lintas, suasana bising dan kurang tidur. Pastikan perkara itu dielakkan supaya mengelakkan anda tertekan dan mudah marah.
#9. Sentiasa gembira
Tanamkan kegembiraan dalam hati kerana mendapat anak. Bayangkan hidup tanpa anak, kosong dan sunyi.
#10. Jadikan anak rakan
Jadikan anak-anak sebagai hiburan dan kawan sepermainan. Anak yang rapat dan mesra dengan ibu bapa akan kurang membuat kerenah dan tidak menyusahkan ibu bapa.
#11. Biar anak luah perasaan
Biarkan anak-anak sebagai meluahkan perasaan mereka walaupun usia mereka masih kecil. Walaupun masih kecil, mereka juga berhak menyuarakan luahan dan perasaan. Ini akan merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.
#12. Anak tak suka ibu ayah pemarah
Didiklah diri bahawa anak-anak bencikan ibu bapa yang pemarah tetapi menyayangi ibu bapa yang bersabar. Apabila anda berfikir sedemikian, anda berusaha bersabar demi anak-anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
IIUM
Baca juga: Folic Acid Untuk Apa? Ini Sebab Mengapa Wanita WAJIB Ambil Asid Folik Lebih Awal
Baca juga: Para Isteri Jangan Terlalu Lasak & Angkat Berat, Ini 9 Tanda Peranakan Anda Telah Jatuh
Baca juga: Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama