Tak Semua Sabun Mandi Boleh Digunakan Pada Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Baby Yang Selamat Untuk Si Comel

Senarai pilihan sabun mandi terbaik yang selamat digunakan pada kulit bayi baru lahir hingga kanak-kanak. Semuanya diuji secara klinikal

Bayi baru lahir memiliki kulit yang sangat sensitif dan lembut jika dibandingkan dengan kulit orang dewasa. Sebab itu, ibu harus memilih sabun mandi yang sesuai supaya kesihatan kulit bayi sentisa terjaga.

Malah dengan pemilihan sabun mandi yang sesuai dapat mengekalkan kelembapan kulit bayi dan memelihara kelembutannya.

Disebabkan itu, ibu geram dan takkan lepaskan peluang untuk mencium si manja setiap waktu kerana keharuman bau badannya yang sedap.

Boleh dikatakan sekarang banyak produk sabun mandi wangi yang ada di pasaran. Namun, tak semuanya sesuai untuk bayi baru lahir. Untuk itu, kami sediakan informasi lengkap buat anda tentang pilihan mandian baby yang sesuai buat si kecil.

Memilih Sabun Mandi Bayi Terbaik

Ketika memilih sabun mandi untuk bayi, pastikan anda sentiasa letakkan dalam minda akan perkara ini:

  • Gunakan formula tidak memedihkan mata untuk mengelak sebarang iritasi pada mata bayi
  • Cucian hipoalergenik adalah terbaik untuk bayi dengan kulit kering, ekzema dan alergi
  • Secara idealnya, anda perlu kekal dengan sabun mandi baby tanpa pewangi kerana produk sebegini boleh menyebabkan reaksi alergi. Jika anda masih mahukan sabun mandi wangi dengan aroma, pilih sabun yang secara semula jadinya wangi dan mild
  • Elak produk yang mengandungi peluntur atau bahan kimia yang kasar seperti paraben, phthalates dan sulfat. Alkohol (yang mana ditulis ethanol atau isopropyl alkohol) adalah antara bahan lain yang patut dielakkan. 
  • Elak produk sabun mandi lavender untuk bayi dan kanak-kanak, terutama sekali minyak pati lavender. Bahan ini telah menunjukkan sebagai pengganggu endokrin, bermaksud ia boleh memberi impak pada hormon bayi dan tumbesarannya

8 Sabun Mandi Bayi Terbaik Di Pasaran

Sabun Mandi Bayi Terbaik
Drypers Baby Head To Toe Wash 750ml
Sabun Mandi Terbaik Dengan Ekstrak Semula Jadi
Beli di Shopee
Pureen Baby Head To Toe Wash With Pro-Vitamin & Vitamin E
Terbaik Dengan Vitamin B5 dan E
Beli di Shopee
Chicco Baby Moments No-Tears Bath Foam Set (500ml)
Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Beli di Shopee
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash For Body
Terbaik Dengan Gabungan 1/2 Pelembap Aloe Vera
Beli di Shopee
Baby Organix Top To Toe Cleanser
Terbaik Memberi Keseimbangan Sempurna
Beli di Shopee
Himalaya Gentle Baby Bath No Tears
Terbaik Dengan Suntikan Chickpea, Fenugreek Dan Green Gram
Beli di Shopee
Sebamed Baby Liquid Cleanser 200ml
Terbaik 100% Bebas Soap Dan Alkali
Beli di Shopee
Bzu Bzu Head To Toe Baby Wash
Terbaik Bebas Sulfat
Beli di Shopee

Drypers Baby Head To Toe

Terbaik Dengan Ekstrak Semula Jadi

Rangkaian baru Drypers Baby Care iaitu Drypers Baby Head to Toe diperkaya dengan ekstrak bahan yang semula jadi dan organik yang mana melembap dan melicinkan kulit bayi dengan cara yang natural.

Ia meninggalkan kulit bayi lembut dan licin. Drypers Baby Head to Toe mengandungi ekstrak Avokado dan kompleks buahan semula jadi yang melembap dan menyediakan khasiat lembut untuk rambut dan kulit bayi.

Apa yang kami suka:

  • Ekstrak semula jadi dan organik
  • Melembap dan melicinkan kulit bayi secara natural
  • Dengan gabungan yang diperkaya dengan buahan yang melembap, Complex serta oat dan ekstrak Kernel yang meninggalkan perasaan segar pada bayi dari kepala ke kaki
  • Diperkaya dengan gabungan ekstrak avokado dan oat kernel, menjadi rambut dan kulit bayi baru lahir segar mendalam dan melembap secukupnya
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Ringan dan lembut untuk kegunaan setiap hari

Pureen Baby Head To Toe Wash With Pro-Vitamin & Vitamin E

Terbaik Dengan Vitamin B5 dan E

Sabun mandi baby ini lembut pada mata dan kulit bayi. Pureen Baby Head to Toe Wash mencuci keseluruhan tubuh bayi dengan mudah. Ia juga dihasilkan dengan formula unik “Tear-free". Pureen Baby Head to Toe ini juga diperkaya dengan Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E untuk menjaga rambut bayi yang halus, kulit kepala dan kulitnya. 

Apa yang kami suka:

  • Formula unik “Tear-free"
  • Lembut pada mata dan kulit
  • Diperkara dengan Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E
  • Cukup mild untuk kegunaan harian
  • Ideal untuk orang dewasa juga

Chicco Baby Moments No-Tears Bath Foam Set

Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Sabun baby Chicco Baby Moments No-Tears Bath Foam ini mencuci kulit bayi yang sensitif dengan lembut, meninggalkan aroma yang menyenangkan. Ia direka dengan formula tidak memedihkan mata yang diperkaya dengan ekstrak calendula, terkenal dengan kandungan emolien.

Apa yang kami suka:

  • Formula tidak memedihkan mata
  • Sesuai untuk bayi dengan kulit sensitif
  • Meninggalkan aroma yang menyenangkan
  • Diperkaya dengan ekstrak calendula
  • Bebas parabens, SLS & SLES, peluntur dan alkohol
  • Telah diuji secara klinikal pada kulit sensitif
  • Hipoalergenik
  • Sesuai untuk bayi 0 bulan dan ke atas

Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash

Terbaik Dengan Gabungan 1/2 Pelembap Aloe Vera

Sabun mandi baby Cetaphil Baby yang melembap ini menggabungkan 1/2 pelembap dengan aloe vera yang melegakan. Ia dihasilkan tidak memedihkan mata serta bebas paraben, minyak mineral, dan bebas bahan-bahan yang berasal daripada haiwan.

Boleh kata 10 daripada 10 ibu bersetuju yang Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash mencuci dengan lembut dan melembap kulit bayi yang halus. 

Apa yang kami suka:

  • Pilihan para ibu
  • Mencuci dengan lembut pada kulit bayi yang halus tanpa mengering
  • Tidak memedihkan mata, formula bebas soap dan pH seimbang
  • Mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera yang melegakan
  • Meninggalkan kulit lembut dan bersih

Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath

Terbaik Memberi Keseimbangan Sempurna

Kelebihan Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath adalah kulit dan rambut bayi yang halus mendapat keseimbangan sempurna dari pembersihan yang melembap dan penjagaan terbaik menerusi sabun mandi lembut ini.

Ia merupakan sabun mandian baby yang ringan yang mengekalkan lembapan pada kulit bayi, meninggalkan rasa lembut dan licin. Diformulasikan dengan pencuci yang organik dan berasaskan tumbuhan semula jadi, jadi Baby Organix Top To Toe Cleanser ini lembut dan tidak memedihkan mata.

Apa yang kami suka:

  • Mencuci dengan lembut serta mengekalkan lembapan pada kulit bayi
  • Produk berasaskan tumbuhan semula jadi dan organik
  • Tidak memedihkan mata
  • Diperkaya dengan minyak ros, aloe vera & vitamin E

Himalaya Gentle Baby Bath

Terbaik Dengan Suntikan Chickpea, Fenugreek Dan Green Gram

Himalaya Gentle Baby Bath adalah produk yang unik dengan formulasinya yang semula jadi, disuntik dengan kebaikan Chickpea, Fenugreek dan Green Gram yang mana membersih kulit bayi secara lembut.

Ia direka bebas sabun untuk mencuci kulit bayi baru lahir dengan selamat. 

Apa yang kami suka:

  • Formulasi semula jadi
  • Disuntik dengan kebaikan Chickpea, Fenugreek dan Green Gram
  • Bebas sabun
  • Membasmi kotoran tanpa menyebabkan iritasi

Sebamed Baby Liquid Cleanser

Terbaik 100% Bebas Soap Dan Alkali

Sebamed Baby Liquid Cleanser merupakan produk yang mana 100% bebas sabun dan alkali yang mana cucian kulit bayi yang halus jadi sangat lembut.

Dengan nilai pH 5.5 ia menyokong keseimbangan kelembapan kulit bayi dan perkembangan mantel asid pelindung biologi kulit, yang mana disatukan di dalam bulan-bulan pertama selepas dilahirkan. 

Jika bayi anda mengalami masalah kulit sensitif dan ekzema, sabun Sebamed ini adalah pilihan yang tepat. Ini kerana, sabun mandi baby ini telah diuji secara dermatologi dan klinikal, pakar mengesahkan penggunaan produk Sebamed Baby secara konsisten akan menyelesaikan 50 peratus masalah kulit sensitif pada bayi.  

Apa yang kami suka:

  • 100% bebas sabun dan alkali
  • Cucian yang lembut pada kulit bayi yang halus
  • Dengan nilai pH 5.5 menyokong keseimbangan lembapan kulit bayi
  • Mencuci tanpa mengeringkan kulit
  • Mengandungi ekstrak chamomile yang terkenal dengan kandungan yang melicinkan kulit

Bzu Bzu Head To Toe Baby Wash

Terbaik Bebas Sulfat

Kulit yang baru lahir sensitif dan kehilangan lembapan dengan cepat. Bzu Bzu Head-to-Toe Baby Wash telah diuji secara dermatologi dari segi bauan yang lembut dan menenangkan. Ia diformulasi tanpa sulfat menjadikan ia sangat lembut pada kulit dan rambut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit bayi.

Produk mandian bayi pilihan ramai ini juga mempunyai Ekstrak Oubaku, Daun Pic dan Daun Artichoke yang membantu menenangkan dan menenangkan kulit yang merengsa. Diperkaya dengan Inositol dan Vitamin E, ia membekalkan kelembapan tambahan pada kulit  bayi dan mencegah kulit dari kering. 

Apa yang kami suka:

  • Jenama yang dipercayai
  • Bauan dan tekstur yang lembut, sesuai untuk bayi baru lahir dan sensitif
  • Mengandungi ekstrak Oubaku, daun pic dan daun artichoke terkenal melembapkan kulit
  • Tidak mengeringkan kulit, malah memberikan kelembapan yang berpanjangan 
  • Hipoalergenik
  • Bebas Paraben, Alkohol, DEA, MEA, TEA dan Formaldehid

Perbandingan Harga Sabun Mandi Bayi

Produk Isi kandungan (ml) Harga (RM/botol) Harga (RM/ml)
Drypers Baby Head To Toe 750 RM11.40 RM0.02
Pureen Baby Head To Toe Wash 1000 RM17.38 RM0.02
Chicco Baby Moments No-Tears Bath Foam Set 500 + 200 RM47.92 RM0.07
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash 230 RM25.80 RM0.11
Baby Organix Top To Toe Cleanser Bath 400 RM31.12 RM0.08
Himalaya Gentle Baby Bath 200 RM16.58 RM0.08
Sebamed Baby Liquid Cleanser 200 RM22.78 RM0.11
Bzu Bzu Head To Toe Baby Wash 600 RM26.90 RM0.04

Bilakah Waktunya Untuk Memandikan Bayi Baru Lahir?

Anda boleh memandikan bayi anda pada bila-bila masa pada waktu siang hari. Ia adalah satu idea terbaik untuk memilih satu masa apabila anda dalam keadaan relaks dan tidak akan diganggu. Dan adalah sebaiknya untuk mengelak memandikan bayi anda apabila bayi sedang lapar atau sejurus selepas makan.

Jika aktiviti mandi itu merelakskan bayi anda, para ibu boleh gunakan kaedah ini sebagai satu cara untuk membuatkan bayi anda bersedia untuk tidur pada waktu petang.

Cara Memandikan Bayi Dengan Selamat

Anda tidak perlu memandikan bayi anda setiap hari, tetapi jika mereka benar menikmatinya, tiada sebab untuk anda tidak patut lakukan. Sebaiknya tidak memandikan bayi sejurus selepas makan atau apabila mereka sedang lapar atau penat. 

Pastikan segala apa yang anda perlukan berada dekat dengan tangan: tab mandi bayi atau mangkuk mencuci yang bersih dipenuhi dengan air suam, 2 helai tuala, lampin bersih, pakaian bersih dan bebola kapas.

  • Air mandian bayi sepatutnya suam, tidak panas. Periksa tahap kehangatannya dengan lengan atau siku anda serta mix well  supaya tiada sebarang bahagian yang terlalu panas.
  • Jangan tambah sebarang cecair pencuci ke dalam air mandian. Air mandian kosong adalah yang terbaik untuk kulit bayi pada bulan pertama.
  • Tampung bayi anda di atas lutut anda dan bersihkan wajahnya.
  • Kemudian, cuci rambutnya dengan air bersih.
  • Apabila anda mengeringkan rambutnya dengan lembut, anda boleh menanggalkan lampinnya, lap dengan bersih semua kekotoran pada bahagian punggung dan kemaluannya.
  • Rendahkan posisi bayi dengan perlahan-lahan ke dalam mangkuk atau tab mandian bayi menggunakan sebelah tangan untuk memegang lengannya ke atas dan menyokong kepala serta bahunya.
  • Kemudian gunakan sebelah tangan lagi untuk secara perlahan mencurah air di atas bayi anda tanpa merenjis.
  • Pastikan kepala bayi anda jauh dari air tab.
  • Jangan biarkan bayi anda keseorangan di dalam tab mandian, jangan sesaat sekalipun.
  • Angkat bayi anda keluar dari tab mandian dan lap mereka sehingga kering, berikan lebih perhatian pada lipatan kulitnya.
  • Ini adalah waktu terbaik untuk anda mengurut bayi anda. Mengurut boleh membantu mereka untuk relaks dan tidur. Elakkan dari mengguna sebarang minyak atau losyen sehingga bayi anda mencecah usia sekurang-kurangnya sebulan.
  • Jika bayi anda kelihatan takut dengan proses mandi dan menangis, cuba mandi bersama mereka. Pastikan airnya tidak terlalu panas. Ia lebih mudah jika seseorang lain yang memegang bayi anda sementara anda masuk dan keluar dari dalam tab mandi.

Cara Penjagaan Kulit Bayi

Kulit bayi sangat sensitif dan memerlukan lebih perhatian dan penjagaan yang teliti. Oleh itu, kami di TheAsianParent kongsikan beberapa cara penjagaan kulit bayi supaya dapat membantu ibu-ibu terutamanya ibu baharu. 

1. Lindungi dari terdedah dengan cahaya matahari

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi baru lahir sebaiknya elakkan dari terdedah pada cahaya matahari secara langsung sehingga mereka berusia 6 bulan.

Sebelum membawa bayi keluar, pastikan anda pakaikan mereka pakaian yang sesuai seperti topi dan lengan panjang bagi mengurangkan risiko terkena cahaya matahari. Tetapi, jangan pula ibu memakaikan pakaian yang tebal sehingga menyebabkan mereka tidak selesa dan berpeluh.

Lebih baik sekiranya bawa stroller dengan sun shade atau menggunakan payung. 

Oh ya, ibu ayah juga boleh menggunakan krim pelindung matahari pada kawasan kulit bayi yang terdedah, tetapi pastikan semak dahulu kandungan krim yang selamat untuk kulit bayi. 

2. Lindungi dari gigitan serangga 

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya digigit serangga apatah lagi jika gigitan dari nyamuk. Kesan dari gigitan serangga mungkin boleh membawa penyakit lain yang memudaratkan kesihatan bayi. Kesan sampingan lain, jika dibiarkan begitu sahaja, kesan gigitan akan meninggalkan parut yang sangat ketara. 

Salah satu cara pencegahan dari anak digigit serangga adalah menggunakan penyembur penghalau serangga dengan DEET yang selamat dihidu oleh bayi berusia 2 bulan keatas.

Atau, gunakan krim yang selamat untuk disapu pada kulit bayi yang terdedah.

3. Pastikan kawasan sensitif badan bayi sentiasa bersih dan kering

Kawasan sensitif seperti bahagian kemaluan, punggung, lipatan leher atau lipatan dalam peha dan celah ketiak perlu kerap dibersihkan. Anda boleh bersihkan setiap kali menukar lampin bayi atau selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan terjadinya ruam atau gatal-gatal. 

Gunakan tisu basah bebas alkohol atau sapu tangan yang lembut untuk dilap pada kawasan sensitif.

4. Asingkan dan basuh pakaian bayi dengan pencuci yang sesuai

Sebaiknya asingkan mencuci pakaian orang dewasa dengan pakaian bayi. Pastikan anda menggunakan sabun pencuci khas untuk bayi.

Biasanya, sabun pencuci jenis ini bersifat hipoalergenik dan tidak merengsakan kulit bayi yang masih lembut dan sensitif.

5. Sapu pelembap kulit khas untuk bayi

Pilih produk yang sesuai dan selamat digunakan untuk bayi. Sentiasa rajin untuk menyemak kandungan produk sebelum menggunakannya.

Penggunaan pelembap pada setiap kali selepas mandi boleh membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit bayi.

Ibu ayah boleh jadikan ia sebagai rutin untuk bonding bersama anak dengan kerap menyentuh dan membelai kulit mereka semasa melakukan urutan lembut pada badan bayi. 

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elakkan Kerap Mandikan Anak Menggunakan Sabun

Baca juga: 5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Kulit Sensitif Atau Ekzema

Baca juga: Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!

Penulis

Farhana Fuad