Susu Campur Safron Bantu Redakan Pedih Ulu Hati & Elak Sembelit Ketika Hamil

Safron dikatakan baik untuk ibu hamil kerana ia berkhasiat untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati selain baik untuk penghadaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Safron dikenali dalam dunia makanan sebagai rempah yang paling mahal dan mendapat maklum balas yang baik mengenai kebaikannya daripada ibu hamil.

Budaya makan safron ini berasal daripada India yang mana wanita hamil dinasihatkan untuk minum susu campuran bunga herba yang dikatakan mampu membantu menjadikan kulit bayi mereka lebih cerah.

Ia juga dikhabarkan untuk melegakan gejala kehamilan sekaligus sering dipanggil sebagai rempah ajaib!Ikuti perkongsian mengenai kebaikan safron dan kegunaanya sehingga membuatkan permintaannya tinggi walaupun harga mahal.

Apa Itu Safron?

Safron, juga dikenali sebagai Kesar adalah rempah yang berasal dari tumbuhan crocus safron. Ia juga dikenali dengan nama saintifik, Crocus sativus. Rempah ini terkenal dengan warna dan rasanya. Prosesnya untuk membuat rempah ini juga perlu melalui pelbagai peringkat, tidak hairanlah rasanya yang ‘kaya’ membuatkan ia lebih mahal daripada rempah yang lain. 

Setiap batang bunga Crocus sativus dipetik dan diproses dengan teliti hanya untuk menghasilkan sedikit rempah ini, yang menjelaskan mengapa ia pada dasarnya dianggap sebagai rempah yang paling mahal di dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di Malaysia, harga saffron bagi 1 gram biasanya RM50-RM70. Walaupun harganya sangat mahal permintaannya tetap tinggi. Bekalan dunia untuk rempah ini datang dari India, Greece, dan Maghribi.

Safron juga terkenal dengan sifat perubatannya, terutamanya dalam merawat kemurungan, senak dan tekanan darah tinggi. Malah, ada yang mengatakan kebaikan saffron jika ibu hamil mengamalkannya, ia akan menjadikan kulit bayi yang dikandung lebih cerah.

Adakah Safron Berhasil Mencerahkan Kulit Bayi?

Adakah makan atau minum bunga safron ini semasa mengandung dapat mencerahkan kulit bayi anda?

Tiada sebarang bukti saintifik untuk membuktikan dakwaan ini kerana yang menentukan warna kulit bayi anda ialah gen ibu ayah bayi semasa mengandung.

Ia mungkin boleh meningkatkan tekstur dan kelembutan kulit serta kesihatan kulit secara keseluruhan, tetapi tiada kesan yang diketahui pada warna kulit bayi. Sekarang, bagaimana pula penggunaannya dalam melegakan simptom kehamilan dan manfaat kesihatan yang lain?

Kebaikan Safron Semasa Hamil

Safron mempunyai pelbagai faedah dan dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah terutama kepada wanita hamil. Berikut merupakan kebaikan saffron jika diamalkan ketika hamil:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Baik untuk penghadaman

Wanita hamil sering mempunyai masalah kembung perut dan sembelit hal ini adalah disebabkan perubahan horman ketika hamil serta perkembangan janin yang memberi tekanan pada saluran gastrousus.

Oleh itu, safron boleh digunakan sebagai ubat untuk meningkatkan aliran darah ke sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme supaya ia dapat membantu meningkatkan kesihatan saluran gastrousus wanita hamil.

#2. Peredaran darah yang lebih baik

Bunga Safron dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Menurut kajian tekanan darah yang tidak dikawal boleh mengakibatkan bacaan gula terlalu rendah sehingga menyebabkan pengsan secara tiba-tiba.

Hal ini akan menyebabkan gangguan kepada bayi dalam kandungan.

#3. Meredakan pedih ulu hati

Apabila hamil, banyak ketidakselesaan yang bakal berlaku. Malah makan pisang juga kadangkala boleh menyebabkan pedih ulu hati sedangkan sebelum hamil tiada masalah pun.

Jadi cuba anda ambuil safron. Campurkan ia dalam susu kerana ia dikatakan membantu melegakan rasa tidak selesa di dada dan tekak akibat pedih ulu hati. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mengawal diabetes

Mengekalkan parasa gula sihat dalam darah adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan yang tinggi semasa hamil untuk mengelakkan daripada anda mendapat diabetes semasa mengandung.

Diabetes kehamilan boleh merumitkan kehamilan anda. Oleh itu, untuk mengelakkan semua hasil sedemikian, minum sedikit susu campuran safron akan membantu memastikan mengelakkan diabetes.

#5. Melegakan kesakitan dan otot

Ini berita baik. Dimakan sebelum bersalin, safron boleh membantu ibu melahirkan bayi dengan selamat dan mudah. Rempah-rempah membantu dalam memulihkan dan melegakan otot-otot anda.

#6. Mengawal selsema & batuk serta meningkatkan sistem imun

Safron ini dapat membantu untuk ibu hamil kekal dalam keadaan sihat kerana ia dikatakan boleh meningkatkan sistem imun tubuh seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi walaupun selepas hamil, anda masih boleh mengamalkannya. 

#7. Meningkatkan kekuatan tulang

Ketika hamil, bayi akan menyerap kalsium daripada tubuh ibu. Jadi sudah pasti ibu perlu makan makanan yang akan menguatkan tulang mereka bagi menampung kalsium yang telah diserap oleh bayi.

Disebabkan itu, jumlah nutrisi yang ada dalam badan perlu diambil perhatian kerana tulang yang kuat adalah sangat penting untuk kehamilan yang sihat termasuklah bagi mengelak ibu hamil mendapat sakit gigi. 

#8. Menghalang tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi sangat biasa dalam kalangan wanita hamil. Beberapa bunga herba safron boleh membantu mengelakkan masalah darah tinggi berlaku kepada wanita hamil.

#9. Bantu merawat kemurungan ringan hingga sederhana

Semua orang tahu kehamilan bukan sahaja memberi kesan kepada tubuh anda tetapi juga pada emosi dan fikiran anda. Kehebatan rempah ini ialah ia dikatakan dapat meredakan fikiran anda dan membawa ketenangan kepada anda dengan hanya beberapa teguk susu bersamanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi tidak hairanlah harganya mahal kerana ia sangat berkhasiat untuk diamalkan. 

Risiko Safron Pada Ibu Hamil

Walaupun terdapat pelbagai khasiat yang datang dengan rempah ratus yang mewah ini, ibu hamil masih perlu berhati-hati bila hendak mengambilnya.

Penyelidikan sedia ada mencadangkan wanita hamil menjauhkan diri daripada rempah semasa tempoh trimester pertama kehamilan. Mengambil rempah ini semasa trimester pertama membawa kepada risiko keguguran yang lebih tinggi.

Jadi, bilakah selamat untuk ibu mengambil safron? Ada yang mengatakan, apabila anda ibu mula merasakan tendangan pertama bayi mereka sudah sesuai untuk mengambil safron. 

Semasa anda minum susu dengan safron dan juga campuran kunyit, anda juga harus mengambil kira kesan sampingan:

  • Lebih daripada 5 gram kunyit sehari boleh merangsang rahim dan meningkatkan peluang kelahiran pra-matang atau keguguran. Jadi, sentiasa pantau jumlah kunyit yang anda ambil.
  • Rempah-rempah itu boleh menyebabkan loya dan mual kepada wanita hamil. Nutrisi dalam badan ibu hamil pasti akan keluar jika mereka muntah-muntah. Jadi ada baiknya hentikan pengambilan jika ia buat anda muntah-muntah.
  • Safron boleh menyebabkan pening. Anda sudah cukup pening dalam trimester pertama. Jangan biarkan lagi anda terus mengalami pening kepada apabila masuk trimester kedua atau ketiga.
  • Sesetengah wanita juga mendapat reaksi alahan. Jadi, hentikan pengambilan jika anda mengalami alahan. 

Ada baiknya anda rujuk dulu dengan pakar sakit puan sebelum mengambil sebarang jenis makanan atau minuman yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kesihatan anda semasa kehamilan. 

Cara Membuat Susu Campuran Safron Semasa Hamil

Cara terbaik untuk menikmati saffron semasa hamil adalah dengan memasukkannya dengan susu manis. Rendam beberapa utas saffron dalam secawan penuh susu kegemaran anda, dan nikmatinya begitu saja. Anda juga boleh campurkan dengan sedikit kunyit jika mahu. Jika rasa tidak perlu, minum saja susu dengan safron. 

Disini kami telah kongsikan beberapa kebaikan mengenai saffron dan risikonya. Susu campuran saffron ini selamat untuk wanita hamil amalkan pada trimester kedua dan ketiga.

Semoga bermanfaat!

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

  1. CK Birla Hospital.(n.d).Can drinking Saffron Milk during pregnancy influence my baby’s  complexion?.www.ckbhospital.com/blogs/saffron-milk-during-pregnancy/#Does_eating_saffron_during_pregnancy_make_baby_fair
  2. Healthline.(2021,January 28). Saffron During Pregnancy: Safety, Benefits, and More. www.healthline.com/health/pregnancy/saffron-during-pregnancy
  3. swirlster.ndtv.com.(2022,June10).Saffron During Pregnancy: Its Role, Benefits And Side Effects.swirlster.ndtv.com/wellness-mother/saffron-during-pregnancy-its-role-benefits-and-side-effects-2243739 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

Baca juga: Susu Untuk Ibu Mengandung Penting Untuk Bayi Sihat, Ini Antara Yang Anda Boleh Cuba!

Baca juga: Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Penulis

Amalia Azri