Sakit bawah perut ketika mengandung seringkali dialami oleh wanita hamil. Namun anda harus lebih berjaga-jaga sekiranya terdapat gejala sampingan yang lain kerana ia boleh membahayakan kehamilan. Ini kerana apabila janin semakin berkembang, ibu akan mengalami banyak perubahan pada tubuh dan salah satunya adalah sakit bawah perut.
Bahkan, ramai ibu hamil yang akan mulai berasa bimbang sama ada sakit bawah perut itu boleh mengakibatkan komplikasi seperti keguguran terutama semasa di awal trimester pertama.
Isi Kandungan
Sakit bawah perut ketika hamil, adakah normal?
Para wanita hamil perlu mengetahui bahawa sakit bawah perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Oleh itu, beberapa pemeriksaan perlu dijalankan bagi mengenalpasti penyakit yang dialami dengan lebih tepat.
Sesetengah kekejangan perut dan sakit perut mencucuk semasa kehamilan adalah perkara biasa. Kekejangan awal kehamilan boleh dikaitkan dengan banyak simptom kehamilan run-of-the-mill, termasuk sembelit atau peningkatan aliran darah ke rahim.
Sakit kehamilan boleh dikaitkan dengan gejala biasa seperti kontraksi Braxton Hicks atau sakit ligamen bulat – yang sering dialami semasa trimester kedua kehamilan. Ia adalah sakit menikam yang dirasai di bahagian bawah perut atau kawasan pangkal paha di sebelah atau kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, kadangkala sakit perut mencucuk semasa hamil boleh menjadi tanda keadaan yang memerlukan rawatan perubatan, seperti jangkitan saluran kencing, keguguran, kelahiran pramatang, atau preeklampsia.
Adalah paling selamat untuk para ibu menghubungi doktor dan memberitahu mereka tentang sebarang gejala yang membimbangkan anda. Umumnya, keadaan sakit di bahagian bawah perut ini adalah situasi biasa yang dialami oleh ibu hamil kerana perubahan yang berlaku pada tubuh badan.
Kebiasaannya, sakit di bahagian bawah perut untuk wanita adalah penyakit berkaitan dengan organ reproduktif seperti rahim, ovari, pangkal rahim, faraj, dan juga tiub fallopian.
Mengapa Sakit Bawah Perut Ketika Hamil?
Sakit bawah perut semasa hamil memiliki perbezaan tertentu. Jadi, anda harus memastikan jenis dan bagaimana kesakitan dirasai dan tindakan apa yang boleh dilakukan bagi mengatasinya.
Menurut Dr. Yulianti, semasa di trimester pertama, sakit bawah perut itu biasanya tidak membahayakan malah akan timbulnya rasa tidak selesa pada perut seperti senggugut. Ia adalah berpunca akibat peningkatan hormon progesteron kerana rahim mengembang.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan segera berkonsultasi dengan doktor sekiranya sakit tersebut berlanjutan sehingga minggu ke 10 dan 12 kehamilan. Ini kerana ada gas dalam perut yang membuatnya kembung dan sembelit seterusnya anda akan rasa kram di bahagian tersebut.
Jika anda alami kram di salah satu sisi perut bahagian bawah, mengalami pendarahan dan keluarnya tompokan warna coklat, ini bermaksud anda mengalami kehamilan luar rahim.
Selain itu, sakit bawah perut juga adalah kerana ligamentum yang mempertahankan posisi rahim pada dinding tertarik sehingga menyebabkan rasa nyeri. Namun, ia tidak membahayakan dan ibu harus berada dalam posisi yang betul serta banyakkan berehat.
Pada trimester ketiga pula kerana rahim semakin membesar sekaligus mengakibatkan tekanan pada saluran kencing yang terletak di bawah perut. Namun, hati-hati ya kerana ia boleh menyebabkan infeksi pada saluran kencing anda.
Oleh sebab itu, ibu disarankan tidak menahan pembuangan air kecil dan minum 10 gelas air putih setiap hari bagi mengurangkan rasa tidak selesa itu. Malah, sakit bawah abdomen juga boleh berlaku gara-gara pergerakan janin dan tendangan yang terlalu kuat.
Punca Sakit Perut Di Bahagian Bawah Perut
Antara punca sakit perut atau lebih spesifik kepada sakit bawah perut ketika hamil termasuklah:
1. Sakit seluruh ligamen
Ligamen di dalam tulang pelvis yang memegang uterus pada tempatnya akan membesar seiring dengan perut anda. Kerana kehamilan meletakkan lebih tegangan pada bahagian ligamen tersebut, ia mungkin boleh jadi tegang dan terlebih tengah.
Secara spesifiknya sewaktu trimester dua atau tiga, ini boleh menyebabkan kesakitan yang tajam dan tidak selesa jika anda bergerak terlalu cepat dan ligamen anda mengetat dengan cepat, menarik gentian saraf.
Kesakitan pada bulatan ligamen biasanya sekejap atau terputus-putus. Ia biasa dirasakan seperti kekejangan mendadak yang kuat di dalam perut atau bahagian pinggang dengan rasa sakit lebih kerap berlaku pada sebelah kanan. Ada kata, sesetengah ibu hamil mengalami kesakitan itu pada kedua-dua belah.
Jika anda merasakan kesakitan di sekitar ligamen, cuba perlahankan pergerakan anda (terutama sekali ketika bangun dan duduk), meregang, dan amalkan yoga, semuanya boleh jadi bermanfaat. Anda juga boleh cuba untuk menguatkan otot pelvis jika anda merasakan yang anda ingin bersin.
Melakukan hubungan seks juga boleh menyebabkan kram perut diikuti sakit pinggang.
2. Gas
Gas boleh berlaku tidak kira masa ketika hamil (silakan untuk menyalahkan kepada otot usus yang santai daripada tahap progesteron yang tinggi!). Walaubagaimanpun, anda boleh dapati yang tubuh anda mempunyai lebih gas apabila menghampiri penghujung kehamilan, berikutan uterus yang membesar memberikan tekanan lebih pada organ, biasanya melambatkan pencernaan.
Apabila berlakunya peningkatan hormon progesteron, lantas ia menyebabkan otot dinding saluran pencernaan lebih lambat mencerna makanan. Apabila ia berlaku, maka makanan lebih lama berada dalam usus besar dan menyebabkan banyak gas terhasil. Gas tersebut bukan terasa di perut saja malah turut berlegar di bahagian punggung dan dada.
Jika anda mengalami kesakitan akibat gas, anda mungkin perlu makan satu hidangan yang kecil dengan lebih kerap. Anda juga boleh bersenam untuk membantu pencernaan dan kenal pasti (dan kemudian elakkan) makanan yang boleh jadi punca gas. Makanan bergoreng dan berminyak adalah biasanya punca gas!
3. Sembelit
Hampir suku daripada ibu hamil akan merasakan masalah sembelit pada satu titik ketika hamil. Diet tanpa sumber serat atau cecair yang cukup, penggunaan suplemen iron, dan turun naik hormon adalah antara faktor yang mungkin boleh menyumbang kepada masalah ketidakselesaan.
Jika anda mengalami masalah sembelit, anda mungkin akan mahu untuk minum lebih air kosong, makan menu kecil dengan lebih kerap, tambah amaun serat di dalam menu makan, dan bersenam. Jika anda bergelut dengan masalah sembelit dengan lebih kerap sewaktu hamil, doktor anda biasanya akan memberikan anda ubat sakit perut pelembut najis.
Kami ada senaraikan susu yang sesuai untuk ibu hamil minum ketika mengandung untuk elak sembelit di sini.
4. Kontraksi Braxton-Hicks
Biasanya dirasai pada trimester ke-3, kontraksi Braxton-Hicks juga boleh dikaitkan dengan false labor atau kontraksi warm-up sebelum kelahiran yang sebenar. Sementara ia boleh membantu untuk melembutkan servik, ia tidak akan menyebabkan bayi untuk lahir berikutan pada sifatnya yang tidak teratur secara semula jadi.
Jika anda mengalami kontraksi Braxton-Hicks, anda boleh cuba minum air kosong dan ubah posisi anda. Anda juga boleh bertenang kerana ia biasanya tidak akan berlanjutan terlalu lama.
5. Tumbesaran kehamilan
Seiring dengan pembesaran bayi anda sewaktu trimester dua dan tiga, anda mungkin akan dapati yang anda akan merasakan lebih sakit bawah perut dan bahagian pundi kencing. Anda mungkin akan merasakan yang kulit menegang dan lebih tekanan daripada penambahan berat.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan ukuran rahim kerana janin semakin membesar. Jadi tidak hairanlah jika ibu alami sakit di bawah abdomen.
Sokongan dari maternity belts atau belly bands boleh melegakan sedikit ketidakselesaan. Sepasang legging kehamilan juga boleh berkesan untuk membantu memberikan anda lebih keselesaan. Bantal mengandung juga boleh melegkan ketidakselesaan ketika berehat.
Cara Mengatasi Sakit Bawah Perut Ketika Hamil
Setiap kesakitan ada cara untuk mengatasinya. Untuk keadaan sakit bawah perut ketika hamil ini, para wanita boleh praktik cara hilangkan sakit perut yang kami senaraikan di bawah ini untuk mengatasi dan melegakan kesakitan yang dialami.
- Melakukan hubungan seksual yang lebih lembut dari kebiasaan.
- Membuat urutan lembut dan halus di bahagian badan tertentu yang boleh membuatkan rasa lega dan sakit berkurangan.
- Berbaring dengan selesa dan banyakkan rehat.
- Letakkan kaki lebih tinggi dari kepala anda.
- Jika rasa sakit di sebelah kiri, anda boleh tidur mengiring di sebelah kanan. Namun ikut mana satu yang boleh buat anda selesa.
- Lebih relaks dan tidak panik jika kram perut ini terjadi.
Namun, sekiranya sakit ini berlanjutan sehingga berhari-hari, anda sebaiknya segera mendapatkan rawatan dan nasihat doktor bagi mencegah sebarang kemungkinan dan risiko yang boleh membahayakan kandungan.
Bila Anda Patut Risau Dengan Keadaan Ini?
Jangan biarkan terlalu lama kerana ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor/pakar tentang keadaan yang anda alami. Dan anda diwajibkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Kesakitan yang dialami semakin teruk.
- Kesakitan berlangsung lebih daripada beberapa minit.
- Anda mulai demam.
- Menggigil.
- Anda berasa sakit ketika kencing.
- Anda memiliki kesukaran untuk berjalan.
Perlu diingatkan juga bahawa dalam kes-kes tertentu, rasa sakit bawa perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Jadi, ianya adalah penting buat doktor anda menilai sendiri kesakitan yang dialami itu, sama ada ianya keadaan kesihatan yang serius, atau tidak.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masalah Penghadaman Buat Anda Selalu Rasa Senak Semasa Hamil, Ini Punca & Cara Atasinya
Baca juga: Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya
Baca juga: Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Berlarutan Anda Mungkin Hidap Anemia