10 Pengalaman Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai

lead image

Ramai yang sangka wanita hamil tak mengalami sebarang rasa sakit selain sakit ketika ingin bersalin. Tapi, sebenarnya ada 10 rasa sakit yang dialami mereka! Adakah ibu-ibu mengalami semua kesakitan ini semasa hamil?

Ibu-ibu ada mengalami sakit ketika mengandung?

Apabila ibu-ibu berkongsi pengalaman sakit ketika mengandung, mereka seringkali membincangkan rasa sakit semasa melahirkan anak.

Ini boleh menyebabkan orang ramai salah faham menganggap ibu hamil tidak mengalami sebarang kesulitan atau rasa sakit sepanjang kehamilan mereka.

Tetapi sebenarnya banyak yang perlu diharungi oleh si ibu ketika hamil!

Mari kita lihat 1o jenis kesakitan yang mungkin boleh menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa:

10 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu

1 – Sakit Kepala

sakit ketika mengandung

Sumber: Giphy

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, sakit kepala adalah perkara biasa pada trimester pertama dan ketiga.

Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan hormon pada awal kehamilan yang boleh bertambah teruk apabila ibu hamil kurang tidur, menghadapi tekanan atau kesan kerana berhenti minum kopi. 

Sakit kepala juga boleh terjadi kerana postur badan yang lemah akibat berat bayi dalam kandungan yang semakin besar.

2 – Sembelit

Menurut Dr. Zubaidi sembelit semasa hamil boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Tetapi selain daripada kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat, tubuh wanita hamil juga mempunyai hormon progesterone yang banyak. 

Hormon ini melambatkan sistem pencernaan dan boleh menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.

Rahim yang semakin besar juga akan memberi tekanan pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan dubur.

3 – Sakit punggung (sakit yang paling kerap terjadi)

sakit ketika mengandung

Sakit punggung adalah sakit yang paling biasa terjadi di kalangan wanita hamil.

Ini disebabkan oleh otot-otot pada bahagian belakang yang tidak cukup kuat untuk menampung berat seorang bayi.

Apabila wanita hamil terpaksa memikul berat janin yang semakin besar, ini akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada tulang belakang dan bahagian punggung. 

4 – Buasir

Buasir adalah penyakit biasa yang akan dialami oleh ibu mengandung.

Dua faktor utama mengapa buasir berlaku adalah:

  • Perubahan hormon dan
  • Pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur

Faktor lain yang boleh mendorong termasuklah meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit

5 – Kesakitan pada bahagian bawah perut (Round ligament pain)

sakit ketika mengandung

Sakit ketika mengandung seperti rasa sakit di kedua-dua bahagian abdomen bawah

Dalam pelvis anda, terdapat ligamen yang berfungsi untuk ‘memegang’ rahim supaya ia berada dalam keadaan yang stabil.

Apabila berat kandungan semakin bertambah, berat yang perlu ditanggung oleh ligamen ini akan menyebabkan ia menjadi tebal dan tegang.

Ini boleh menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa atau rasa sakit seperti ditikam di kedua-dua bahagian abdomen bawah. Kesakitan ini di panggil round ligament pain dan ia boleh dirasakan ketika:

  • bangun dari duduk atau mencangkung
  • melakukan kerja-kerja berat
  • batuk dengan kuat

6 – Sakit leher dan bahu

sakit ketika mengandung

Pernahkah anda mengalami sakit ketika mengandung seperti sakit leher dan bahu? Sumber: Expertrain

Lagi-lagi sebab hormon progesteron. Apabila ligamen di bahu dan leher menjadi longgar akibat hormon ini, digabungkan dengan berat perut yang semakin bertambah, anda mungkin juga akan merasai kesakitan pada leher dan bahu anda.

Bahagian leher, bahu dan tulang belakang saling berkait dan anda mungkin akan rasa sakit secara keseluruhan. Hanya sedikit perubahan dalam postur badan sudah boleh menyebabkan sakit bahu dan leher semasa kehamilan.

7 – Sakit gastrik atau pedih ulu hati

Semasa saya hamil saya telah mengalami sakit gastrik yang teruk.

Asid dalam perut tiba-tiba naik ke atas saluran pemakanan dan ia rasa seperti saya termuntah asid perut.

Rasanya seperti reflux dan untuk mengawal kekerapan ia berlaku, saya hanya boleh makan sedikit saja tapi dengan lebih kerap. Saya tidak boleh terlampau lapar atau terlampau kenyang.

8 – Payudara sakit

sakit ketika mengandung

Sumber: Giphy

Menurut What to Expect payudara anda akan membesar semasa kehamilan, dan ia akan jadi semakin sensitif dan sakit apabila disentuh.

Kesakitan ini adalah rasa sakit ketika mengandung yang biasa, bermula sekitar minggu 4 hingga minggu 7 dan semasa trimester pertama.

Sesetengah wanita akan mengadu rasa sakit dan mengelak dari dipeluk semasa fasa ini.

9 – Kejang perut

Kekejangan perut semasa hamil bukan sahaja menyakitkan bahkan menakutkan, terutamanya untuk wanita yang baru hamil kali pertama.

Persatuan Kehamilan Amerika (APA) mengatakan kekejangan ini adalah normal dan ia disebabkan oleh embrio yang sedang cuba untuk melekat pada dinding rahim (trimester pertama) dan kontraksi Braxton Hicks (trimester ketiga).

Kekejangan semasa trimester kedua jarang berlaku.

Biasanya hanya wanita yang mengandung kembar akan mengalami kekejangan ini akibat pertumbuhan rahim yang terlalu cepat. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes kekejangan yang serius sehingga ibu hamil perlu berjumpa doktor. 

10 – Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada bahagian pelvis

10 Pengalaman Sakit Ketika Mengandung Yang Tidak Diketahui Orang Ramai

Sumber: Giphy

Kesakitan ini berlaku apabila kedudukan bayi bertukar ketika mereka turun ke salur kelahiran. Anda mungkin akan merasakan tekanan dari kepala bayi pada serviks, atau pada hujung saraf di sekitar pelvis anda.

Rasa sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian pelvis ini mungkin petanda anda semakin dekat dengan hari untuk bersalin. 

Sumber: Romper, Dr Zubaidi dan Healthline

Kredit gambar: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Apakah Posisi Tidur Yang Terbaik Ketika Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner