7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Jangan ambil mudah jika anak anda sering sakit perut. Memang mereka akan kerap jumpa doktor kerana sakit ini, tapi ada penyakit lain yang mungkin serius!

Jangan ambil mudah jika anak sakit perut

Sakit perut atau sakit di bahagian abdomen adalah salah satu sebab biasa mengapa ibu bapa selalu membawa anak berjumpa doktor.

Hampir, 30% kanak-kanak di bawah umur 15 pernah berjumpa dengan doktor akibat sakit perut.

Masalahnya, untuk kes kanak-kanak, sebarang jangkitan seperti jangkitan telinga ke apendisitis boleh menyebabkan sakit perut.

Malangnya, ia juga digunakan sebagai alasan yang paling senang untuk escape ke bilik sakit di sekolah!

Jadi, bagaimana ingin membezakan sakit perut mana yang biasa dan mana yang serius? Mari kita baca lebih lanjut.

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Apa punca sakit perut?

Secara am, kanak-kanak sakit perut akibat 3 sebab:

  1. ada sesuatu yang mengganggu organ dalam perut; seperti gas yang menyebabkan ketidakselesaan dan sakit perut.
  2. otot perut tegang, misalnya selepas kanak-kanak itu muntah teruk.
  3. kesakitan di bahagian badan lain yang dapat dirasakan di perut 

Perbezaan antara ketiga-tiga keadaan ini adalah bagaimana rasa sakit itu dirasai. 

Adakah ia rasa sakit yang mendalam? Adakah ia rasa sakit di kawasan abdomen saja? Dari situ kita boleh tahu sama ada ia sakit perut yang serius atau tidak.

7 jenis sakit perut yang biasa dialami kanak-kanak
7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Kredit: New Kids Cente

1# Perut kembung/berangin 

Perut kembung boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kanak-kanak akan mula merengek.

Tanda-tanda: Jika anda ketuk bahagian kiri pusat perut dan bunyinya lompong, ini menunjukkan ada angin/gas dalam perut.

Cara rawatan: Orang dewasa lebih senang lepaskan gas. Untuk bayi, ikut video di sini.

2# Jangkitan gastrousus

Mana-mana jenis jangkitan bakteria, parasit, protozoal, atau virus boleh menyebabkan sakit perut.

Tanda-tanda: Perubahan pergerakan usus, terutamanya cirit-birit. 

Cara rawatan: Ia akan pulih apabila jangkitan itu hilang. Anda boleh cuba jaram bahagian perut dengan botol air panas. Jangan beri ubat dengan sebarangan tanpa kebenaran doktor.

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

3# Rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen atau IBS

IBS adalah sejenis keadaan kronik di mana usus kanak-kanak jadi sangat sensitif dengan makanan tertentu. Tekanan juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu cirit-birit. 

Tanda-tanda: cirit-birit atau sembelit.

Cara rawatan: Jumpa doktor untuk IBS. Suruh anak baring apabila mengalami sakit perut jenis ini.

4# Intusseption

Intussusception ialah satu keadaan di mana usus menjadi seolah-olah teleskop.

Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat. Ia sangat menyakitkan dan boleh buat kanak-kanak kecil lesu dan bayi menangis tanpa sebab. 

Tanda-tanda: Sakit pada bahagian abdomen yang datang sekali sekala selama 12 jam pertama, dan kemudian akan bertambah teruk.

Najis mungkin menunjukkan darah dan lendir merah. Kanak-kanak mungkin muntah dan bahagian abdomennya nampak kembung.

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

5# Apendisitis

Apendiks adalah umbai usus yang terdapat di persimpangan usus kecil dengan usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen anda. Kadang-kala ia boleh meradang dan menyebabkan rasa sakit. 

Tanda-tanda: Rasa sengal pada sebelah kanan di bahagian abdomen, tapi rasa sakit itu mungkin pada kawasan yang lebih luas juga. Kanak-kanak akan hilang selera dan nampak lesu. Dia juga mungkin demam dan muntah muntah. 

6# Kilasan testis/ovari

Keadaan di mana saluran ke testis atau ovari terbelit sehingga menyekat saluran yang membekalkan darah kepada organ 

Tanda-tanda: Rasa sakit yang teruk pada bahagian bawah abdomen sehingga tidak dapat duduk. Cuba tengok bahagian testis kalau ia nampak lain dari biasa.

7# Sakit pada pusat perut yang tak dapat dijelaskan

Ramai kanak-kanak mengalami sakit pada pusat perut yang tidak dapat dijelaskan.

Sakit jenis ini tidak dapat ditentukan oleh sebarang ujian atau keadaan perubatan. Rasa sakit akan bertambah apabila kanak-kanak terlalu aktif atau tertekan.

Keadaan in dikenali sebagai Recurrent Abdominal Pain of childhood.

Tanda-tanda: Rasa sakit tanpa sebab. Kanak-kanak jadi lesu.

Cara rawatan: Ini hanya berlaku kepada kanak-kanak yang lebih tua. Suruh mereka baring dan rehat apabila mengalami sakit ini. 

Bila anak perlu jumpa doktor jika sakit perut?

7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Jika anda ingin membawa anak yang sakit perut ke hospital, sila semak tanda-tanda ini dulu:

Di bawah umur 6 bulan

  • Demam
  • Cirit-birit yang kerap, najis berair yang mungkin mengandungi lendir atau darah
  • Bayi yang buat perangai kerana tidak selesa

Untuk semua peringkat usia

  • Pengurangan berat badan
  • Najis hitam atau berdarah
  • Sakitan abdomen hingga tidak dapat tidur pada waktu malam
  • Rasa sakit lebih dari 24 jam
  • Muntah berterusan selama 4 – 6 jam atau lebih lama
  • Muntah bendalir hijau dan berwarna gelap
  • Dehidrasi
Perkara yang harus dielak jika anak sakit perut

Ada beberapa perkara yang harus anda elak apabila anak sakit perut.

  • Jangan beri makanan goreng/berminyak walaupun ia adalah makanan kegemaran anak
  • Jangan beri ubat sakit tanpa kebenaran doktor 
  • Jangan guna sebarang ubat herba pada perut. Ini boleh menyebabkan reaksi yang tidak diingini
  • Jangan beri sebarang ubat ramuan buatan sendiri untuk melegakan kesakitan
  • Jangan abaikan tanda-tanda sakit perut serta gejala-gejala yang dinyatakan di atas

Anak akan kerap kali jumpa doktor untuk sakit perut. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu beberapa punca biasa kanak-kanak sakit perut.

Pantau keadaan anak anda dan jika anda tidak pasti, bawa anak jumpa doktor dengan segera.

Sumber: WebMDNHS dan Today’s Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Perkara Penting Yang Ibu Bapa Harus Tahu Tentang Perut Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner