Cara Mudah Menghilangkan Sakit Pinggang Selepas Bersalin

undefined

Menurut kajian hampir 50% wanita akan sakit pinggang selepas bersalin dalam masa beberapa bulan pertama. Ia normal, tak perlu rasa terlalu takut. Penyebab utama adalah perubahan hormon selepas melahirkan anak dan ini antara beberapa cara mudah untuk bantu anda rasa lebih lega.

Selepas bersalin, ibu terbuka untuk mengalami beberapa kesakitan. Contohnya seperti sukar nak buang air besar, bentan, sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya. Sakit pinggang selepas bersalin antara yang paling seksa!

Ada ke cara menghilangkan sakit belakang yang mudah? Menurut kajian yang dilakukan oleh Alan M. Levine, profesor klinikal pembedahan ortopedik di University of Maryland, terdapat 10 tip dan cara menghilangkan sakit belakang dalam kalangan ibu baharu.

Kami di theAsianparent Malaysia ada di sini untuk huraikan punca dan cara mengatasi masalah sakit pinggang selepas bersalin.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Punca sakit pinggang selepas bersalin
  • Cara hilangkan sakit pinggang selepas bersalin
  • Bila patut jumpa doktor?

Punca sakit pinggang selepas bersalin

Sakit belakang selepas bersalin sangat menganggu rutin dan emosi ibu. Walaupun ini merupakan perkara biasa yang sering ibu lalui namun ia tetap memberi risiko dan mampu berlanjutan jika tidak dirawat daripada awal.

Masalah sakit belakang selepas bersalin sering dikaitkan dengan mendapat suntikan epidural. Menurut Pakar Jabatan Ortopedik Hospital Columbia Asia, Setapak, Dr. Aminudin Mohamed berkata kebanyakan ibu akan berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu. Jika sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin punca-punca lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut supaya tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang, slipped disc dan sebagainya.

Proses kehamilan melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi kesan melembutkan struktur-struktur ligamen yang berisiko untuk ibu mengalami slipped disc.

Cara hilangkan  Sakit Pinggang Selepas Bersalin 

1) Bersenam

sakit pinggang selepas bersalin

Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh mula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai.

Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman. Bagi ibu yang bersalin pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor.

Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

2) Kembalikan kelangsingan badan

Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan.

Bagi cara menghilangkan sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk dapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.

3) Cara mengambil bayi

 

nama baby girl

Elak daripada meregangkan lengan semasa ingin mengambil bayi.

Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.

4) Semasa menunduk untuk mengangkat bayi

Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pingang.

Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.

5) Masa makan bayi

sakit pinggang selepas bersalin

Kredit gambar: ImmunifyMe.com

Jika anda ingin mengangkat bayi anda keluar daripada kerusi makannya atau meletakkan bayi di dalam kerusi makan, tanggalkan atau ketepikan dahulu dulang atau meja pada kerusi makan bayi.

6) Waktu di buaian atau katil

Semasa ingin mengangkat bayi dari buaian ataupun katil bayi, elakkan daripada mengangkat si manja. Sebaliknya, tarik bayi anda mendekati anda sebelum mendukungnya.

7) Anduh bayi

Jika anda ingin memakai pengendong ataupun anduh bayi, pasangkan anduh di hadapan badan anda. Bukannya mengendong dengan cara meletakkan anduh bayi di belakang badan.

8) Posisi dukung

Selalunya kita akan lihat ibu-ibu gemar mendukung bayi mereka dengan meletakkan di bahagian pinggul.

Jika anda mengikut cara ini, anda akan hanya menyebabkan bebanan di bahagian otot belakang badan anda. Jadi, tukar posisi mengendong bayi anda.

9) Penyusuan

cara menghilangkan sakit belakang, cara hilangkan sakit belakang, sakit belakang, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang lepas bersalin

Posisi penyusuan yang salah turut menjadi punca ibu mendapat sakit belakang. Bagi mengelakkannya, bawa bayi anda ke arah payudara semasa sesi penyusuan.

Elakkan daripada badan anda membongkok ke arah bayi.

Anda juga boleh menggunakan kerusi tegak semasa proses penyusuan berbanding memilih sofa lembut.

10) Pilihan kenderaan

Kenderaan juga memainkan peranan dalam mengelakkan sakit belakang badan. Lebih baik jika anda menggunakan kereta empat pintu berbanding kereta dua pintu.

Hal ini adalah supaya anda mudah meletakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan bayi. Semasa ingin meletakkan bayi, pastikan anda memasukkan badan anda ke dalam kereta dan dengan menggunakan otot lengan, anda dudukkan bayi anda di dalam kerusi.

Elakkan daripada melutut di bahagian tempat duduk belakang kemudian meletakkan bayi pada kerusi keselamatan.

Bila patut jumpa doktor?

Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya anda mengalami gejala yang berikut:

1. Sakit pinggang yang memancar ke bahagian kaki, paha, punggung dan juga ke perut
2. Tidak dapat membengkokkan badan
3. Tidak dapat merenggangkan badan
4. Sakit apabila berdiri tegak
5. Bengkak di bahagian belakang
6. Kelengkungan tulang belakang
7. Kemerahan kulit di bahagian belakang

Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk dapatkan rawatan dengan segera. Perkara yang paling penting untuk ibu-ibu selepas bersalin adalah jangan terlalu tertekan. Dapatkan pertolongan keluarga dan pasangan jika anda mengalami masalah.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

Baca juga: Cara Mudah Menghilangkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

Baca juga: 5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!