X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Usia 43 Tahun Tak Halang TokTi Sambut Birthday Tema Barbie, Comel Sangat!

14 Jan, 2022
Usia 43 Tahun Tak Halang TokTi Sambut Birthday Tema Barbie, Comel Sangat!

Usia 43 tahun tak halang Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi guna tema barbie. Comel sangat!

Sambut birthday pada usia 43 tahun ada perkara biasa bagi sesiapa saja. Namun, dengan tema barbie yang biasanya digunakan pada kanak-kanak, itu memang luar biasa.

Sambutan hari jadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu berlangsung meriah dengan tema barbie! Comel sangat. Malah penampilan TokTi yang sopan bergaya dengan gaun kembang persis anak patung!

Makin meningkat usia makin comel pula nampak TokTi ni. Malah netizen turut teruja dengan tema sambutan hari jadi ibu kepada dua anak itu.

TokTi sambut birthday ke-43 dengan tema Barbie! Comel sangat

Majlis minum petang dan sambutan hari lahir bertemakan fantasi barbie itu disambut di sebuah hotel terkemuka yang menyediakan tema berkenaan di salah sebuah restorannya.

Memang sangat menarik hati bila melihat gambar-gambar yang dikongsikan. Hadir memakai dress merah jambu, penyanyi terkenal negara ini tampil jelita dan busana yang dipakainya nampak terletak elok saja dan sangat sesuai dengannya.

Turut kelihatan adalah dua permata hatinya Aafiyah dan Afwa.

Penuhi permintaan puteri pertamanya

 Tema Barbie

Menerusi hantaran di instagramnya, TokTi mendedahkan tema berkenaan dipilih bagi memenuhi permintaan Siti Aafiyah yang begitu meminati watak anak patung berkenaan.

Beliau turut berseloroh bahawa tak sangka dapat merasa birthday party yang begitu walaupun pada usia 43 tahun.

Apa pun, selamat hari lahir diucapkan kepada TokTi, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga. 

4 perkara yang perlu ada untuk adakan birthday party

Sebut saja soal sambutan hari lahir, insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Tidak semestinya kanak-kanak, bagi sambutan hari jadi orang dewasa juga akan lebih meriah jika bertema. 

Namun ada segelintir ibu bapa yang buntu untuk menyediakan keperluan bagi sambutan birthday party. Biasanya perkara ini terjadi kepada ibu bapa yang pertama kali mahu mengadakan sambutan hari lahir anak mereka.

Jadi kali ini kami kongsikan 5 keperluan yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk ada ketika sambutan hari jadi.

#1. Tema

Tema memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis kerana ia akan menyerikan lagi sambutan hari lahir yang bakal diadakan.

Biasanya tema yang dihasilkan mengikut minat anak anda terhadap sesuatu perkara. Ini akan memberikan anak ada kegembiraan yang berpanjangan semasa majlis berlangsung.

Nak lagi meriah, anda sekeluarga serta tetamu mengaya kostum mengikut tema yang telah ditentukan. Barulah nanti dalam gambar nampak kemas dan terpancar tema yang dipilih.

#2. Jemputan

 Tema Barbie

Jemputan adalah antara perkara yang wajib disebut bila berkait soal sambutan hari jadi. Ini antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam mengadakan sambutan hari lahir kerana dari maklumat jemputanlah kita boleh merancang untuk makanan dan sebagainya. 

Ia juga bagi pastikan anda tidak terlebih bajet dan sebagainya. Selain kalangan ahli keluarga, jemputan juga boleh terdiri daripada rakan rapat, jiran-jiran dan sebagainya bergantung kepada skala majlis anda.

#3. Lokasi

Tetapkan lokasi yang sesuai untuk majlis anda. Selain di rumah, mungkin anda boleh pilih mana-mana lokasi untuk anjurkan majlis sambutan hari jadi.

Namun jika tetamu anda dipenuhi oleh kanak-kanak, elakkan untuk mengadakan birthday party di tepi laut ataupun kolam untuk menggelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Ada juga restoran makanan segera yang menyediakan pakej hari jadi untuk kanak-kanak dan sebagainya. Jadi anda ada banyak pilihan untuk mengadakan sambutan.

#4. Goodies 

 Tema Barbie

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ini antara yang sering difikirkan jika ada sambutan hari jadi.  Sekiranya bajet anda mencukupi tidak salah untuk anda memberi goodies bag kepada tetamu yang datang tanda terima kasih kerana memeriahkan majlis anda dan sebagai tanda pertukaran hadiah yang diberi kepada anak anda.

Pemberian goodies bag ini juga terutama kepada kanak-kanak akan membuatkan mereka gembira dan pastinya selepas ini mereka tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke majlis anda lagi.

Goodies bag boleh terdiri daripada pelbagai benda dan tidak terhad hanya kepada makanan. Anda mungkin boleh beri set alat tulis, permainan dan sebagainya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun – pakar psikologi

Baca juga: 7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah

Baca juga: Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Usia 43 Tahun Tak Halang TokTi Sambut Birthday Tema Barbie, Comel Sangat!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham