Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

Ibu ayah yang baru menimang anak mesti tertanya bagaimana ingin mengeluarkan hingus anak. Ini dia penyedut hingus bayi terbaik boleh cuba!

Jika ibu ayah ingin mendapatkan nasihat cara untuk menghilangkan kahak, hingus atau hidung tersumbat pada bayi, pasti ramai yang akan mencadangkan penyedut hingus bayi atau nasal aspirator.

Alat kecil ini membantu ibu ayah membersihkan lendir hidung sensitif bayi yang baru lahir serta membantu melegakan kesesakan pada hidung bayi meragam, yang mungkin menyebabkan sukar makan dan bernafas.

Bayi sering mendapat virus yang menyebabkan kesesakan pernafasan. Walaupun bayi yang lebih tua mungkin boleh bernafas melalui mulut ketika sesak nafas,  tetapi tidak bagi bayi di bawah usia tiga bulan yang mana masih tidak arif di dalam mengendalikan masalah sesak nafas akibat lendir hingus ini.

Apabila si manja tidak selesa, macam-macam boleh berlaku yang lebih merisaukan. Apatah lagi kalau bayi yang hanya bergantung pada susu ibu, si manja boleh bertindak untuk tidak mahu menyusu langsung dan meragam sepanjang hari!

Penyedut Hingus Bayi: Punca Hidung Bayi Tersumbat

Kredit gambar: Bundoo

Bayi boleh mendapat hidung tersumbat apabila mereka bernafas di dalam asap rokok, pencemaran, virus, dan punca iritasi lain. Tubuh mereka menghasilkan lendir ekstra di dalam hidung dan saluran pernafasan untuk memerangkap dan membasmi iritasi ini. 

Pendedahan ke udara kering dan kondisi cuaca lain juga boleh mengakibatkan penghasilan lendir mukus berlebihan dan menyebabkan masalah tersumbat.

Bayi adalah lebih cenderung untuk mendapat masalah hidung tersumbat berbanding kanak-kanak yang lebih besar kerana laluan nasal dan pernafasan mereka adalah kecil dan belum matang.

Punca yang boleh jadi penyebab kepada masalah hidung tersumbat termasuklah:

  • Bernafas di dalam udara yang kering
  • Perubahan cuaca
  • Jangkitan viral seperti demam
  • Bernafas di dalam pencemaran udara
  • Septum yang menyimpang
  • Alahan

Masalah hidung tersumbat yang tersebar mendalam ke dalam dada bayi boleh jadi disebabkan masalah lebih serius seperti:

  • Asthma
  • Selesema
  • Pneumonia
  • Fibrosis cystic
  • Bronchiolitis, yang mana selalunya disebabkan virus syncytial pernafasan
  • Tachypnea sementara, yang biasanya hanya berlaku pada hari pertama atau kedua selepas kelahiran

Bayi pramatang mungkin lebih cenderung mengalami masalah hidung tersumbat berbanding bayi cukup bulan.

Penyedut Hingus Bayi: Cara Mengenalpasti Jika Hidung Bayi Anda Tersumbat

Kredit gambar: Healthline

Selain daripada tanda paling ketara seperti demam atau jangkitan, jika bayi anda mendengus, mempunyai pernafasan berbunyi kuat, mendapati yang sukar untuk memberinya makan atau sangat mudah marah, ia boleh jadi disebabkan hidung tersumbat.

Satu tanda lain akan bayi anda mengalami hidung tersumbat adalah bila bayi anda bernafas melalui mulutnya.

Tips Penggunaan dan Memilih Penyedut Hingus Bayi Yang Terbaik di Pasaran

Kredit gambar: Nabta-Health

Sama ada disebabkan si manja tidak sihat, mengalami alahan, atau mempunyai hidung berair kerana tumbuh gigi, pastinya hidung bayi akan berair.

Jadi, untuk memastikan mereka selesa dan gembira, ibu ayah perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan saluran hidung tersebut.

  • Aspirator hidung bayi berkesan membersihkan saluran hidung dengan sedut hingus bayi, tetapi perlu diingat bahawa pakar perubatan mengesyorkan agar tidak menggunakannya lebih dari tiga hingga empat kali sehari. Penggunaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan kerengsaan hidung atau mimisan.
  • Mula menggunakan sedutan paling rendah dan kemudian selaraskan ikut keselesaan bayi semasa anda melakukannya.
  • Pastikan juga mencari aspirator hidung bayi yang bebas BPA, bebas phthalate dan bebas lateks!

6 Penyedut Hingus Bayi Berkualiti di Malaysia

6 Penyedut Hingus Bayi Terbaik
Pigeon Nasal Aspirator
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Tetap Lembut Pada Bayi
Beli di Shopee
Nosefrida Nasal Aspirator
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Paling Selamat
Beli di Shopee
Rycom Baby Nasal Aspirator
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Dengan Muzik
Beli di Shopee
SIMPLYBABY Electric Nose Nasal Aspirator
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Reka Bentuk Ergonomik Untuk Keselesaan
Beli di Shopee
Home Electric Nasal Aspirator USB Charging
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Motor Berkualiti Tinggi
Beli di Shopee
AirBee Baby Nasal Bulb and Ear Syringe
Penyedut Hingus Bayi Terbaik Menerusi Hidung Dan Telinga Bayi
Beli di Shopee

Pigeon Nasal Aspirator

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Tetap Lembut Pada Bayi

Pigeon Baby Nose Cleaner Pigeon Baby Nose Cleaner direka khas untuk membantu menyedut mukus dari hidung bayi.

Produk ini berfungsi untuk menyedut mukus ke dalam botol telus dengan kekuatan sedutan yang dilakukan secara manual melalui setiap pernafasan lembut dilakukan oleh ibu ayah melalui tiub pernafasan.

Dibuat dengan hujung muncung bulat, aspirator ini direka agar tetap lembut pada hidung bayi.

Apa yang kami suka?

  • Mudah digunakan
  • Ditambah dengan injap pencegahan aliran balik
  • Botol telus
  • Tiub membolehkan pemerhatian yang mudah mengenai pengambilan lendir
  • Hujung muncung bulat yang lembut pada hidung bayi
  • Bebas BPA

NoseFrida Nasal Aspirator

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Paling Selamat

Dibuat di Sweden, Frida NoseFrida adalah alat sedut kahak dan hingus yang benar-benar selamat, jadi ibu ayah boleh ucap selamat jalan kepada hidung tersumbat! 

Sekiranya ibu ayah bimbang bayi mungkin terluka, tidak ada yang perlu dikhawatirkan kerana menurut syarikat pembuat produk ini, hampir mustahil untuk menghasilkan sedutan yang terlalu kuat untuk bayi, malah selamat digunakan hingga 4 kali sehari.

Apa yang kami suka?

  • 100% plastik
  • Terbukti secara klinikal untuk mencegah pemindahan lendir atau kuman bakteria 
  • Lembut untuk penggunaan bayi
  • Mudah dibersihkan
  • Bebas BPA
  • Bebas Phthalate
  • Sesuai untuk usia 0 hingga 9 tahun

Rycom Baby Nasal Aspirator

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Dengan Muzik

Aspirator yang boleh mengeluarkan muzik untuk menarik perhatian bayi ini berfungsi dengan lembut untuk menghilangkan lendir berlebihan dari hidung bayi.

Produk ini juga ringan dan dilengkapi dengan penutup pakai buang yang bersih untuk tujuan keselamatan.

Untuk keselesaan, terdapat tiga ukuran probe silikon yang disediakan untuk menjadikan kawalan sedutan lebih baik untuk bayi.

Apa yang kami suka?

  • Selamat untuk bayi
  • Menghasilkan sedutan yang cukup untuk menghilangkan lendir yang degil
  • Ada muzik untuk menarik perhatian si manja
  • Reka bentuk ikan lumba-lumba yang comel
  • Dua acuan yang boleh ditukar yang boleh dipilih untuk membersihkan hidung bayi dengan selesa
  • Mempunyai komponen motor dan pam yang berkualiti
  • Saiz ringan dan padat sesuai dengan tangan
  • Dikendalikan dengan menekan butang yang mudah untuk penggunaan satu tangan

SIMPLYBABY Electric Nose Nasal Aspirator

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Reka Bentuk Ergonomik Untuk Keselesaan

SimplyBaby Electric Nasal Aspirator Baby Nasal Care adalah alat yang berguna apabila bayi anda mempunyai lendir dan anda tidak mahu menggunakan mulut anda untuk menyedut mereka dari hidung bayi anda.

Ia beroperasi dengan penyedut lembut tetapi kuat, dengan reka bentuk ergonomik untuk keselesaan anda semasa menyedut mukus dari hidung si manja.

Apa yang kami suka?

  • 2 muncung penghisap yang berbeza untuk peringkat bayi yang berbeza.
  • Sedutan lembut tetapi kuat dengan 5 daya sedutan yang berbeza dikawal oleh 1 butang 
  • Operasi 1 tangan dengan mudah.
  • Reka bentuk ergonomik memberikan kawalan peranti yang hebat
  • Boleh dicas semula menggunakan usb mikro
  • Petak pengumpulan muncung dan penyedut lendir yang boleh ditanggalkan membolehkan pembersihan dan pensterilan mudah dilakukan.
  • Reka bentuk anti-aliran balik memerangkap lendir di ruang pengumpulan lendir

Home Electric Nasal Aspirator USB Charging

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Motor Berkualiti Tinggi

Penyedut hidung bayi ini dilengkapi dengan motor berkualiti tinggi untuk memastikan bunyi rendah dan sedutan lembut pada masa yang sama.

Ia berfungsi mengeluarkan lendir dari hidung bayi, membantu mereka bernafas dengan lebih baik dan tidur nyenyak.

Dilengkapi dengan 3 muncung penyedut berbeza, setiap muncung tahan lama dan tidak mudah luntur.

Apa yang kami suka?

  • Lembut, dengan muncung saiz kecil untuk menghilangkan lendir anak
  • Menghilangkan kesesakan hidung dengan lembut disebabkan oleh selesema, atau alahan
  • Membersihkan saluran udara dengan serta-merta
  • Direka untuk bayi
  • Diperbuat daripada bahan ABS yang selamat dan tahan lama
  • Selesa dan mesra alam
  • Ringan, senang dan senang digunakan

AirBee Baby Nasal Bulb and Ear Syringe

Penyedut Hingus Bayi Terbaik Menerusi Hidung Dan Telinga Bayi

Diperbuat daripada bahan lembut dan lentur, menjadikan alat sedut mukus dari AirBee ini selamat dan mudah digunakan untuk bayi.

Hujung tirus yang halus memudahkan penyedutan dan pengambilan cecair serta mengurangkan trauma pada si manja. Menariknya, ia juga boleh digunakan untuk hidung dan telinga bayi.

Apa yang kami suka?

  • Bahan lembut dan lentur dengan hujung tirus yang halus menjadikannya selamat digunakan
  • Ringan
  • Mudah dibawa dan digunakan
  • Mudah untuk digunakan, hanya tekan di sisi atau bahagian bawah mentol untuk berfungsi
  • Mentol ribbed untuk cengkaman yang tidak tergelincir
  • Membersihkan mukus dari hidung atau telinga bayi

Perbandingan Harga Penyedut Hingus Bayi Terbaik

Remedi Rumah Untuk Melegakan Hidung Tersumbat

Kredit gambar: Baby Center

Remedi di rumah untuk masalah hidung tersumbat di kalangan bayi fokus pada menyediakan penjagaan dan keselesaan.

Jika penyakit adalah punca kepada hidung tersumbat itu, penjaga atau ibu ayah boleh membantu menguruskan simptom hidung tersumbat sementara menanti akan penyakit tersebut beransur pulih.

Ia selalunya boleh melegakan masalah saluran pernafasan tersumbat menggunakan penyedut hingus bayi, atau picagari hidung seperti mana yang kami senaraikan di atas. Ia boleh menyedut keluar lendir dari dalam hidung. 

Langkah-langkah yang penjaga atau ibu ayah boleh ambil untuk membantu bayi anda merasakan kelegaan daripada masalah hidung tersumbat termasuklah:

  • Menyediakan mandian suam, yang mana membantu menghilangkan masalah hidung tersumbat dan menawarkan satu distraction
  • Kekal pemberian susu secara kerap dan perhatikan lampin basah
  • Tambah satu atau dua titik saline menerusi lubang hidung mereka menggunakan picagari kecil
  • Sediakan wap sejuk atau hangat, seperti daripada satu pelembap atau dengan mengalirkan air mandian hangat
  • Dengan lembut urut tulang hidung mereka, dahi, titik temples di kepala, dan tulang pipi
  • Basmi keluar sebarang alergen berpotensi atau pencemaran di dalam udara di rumah dengan vakum bulu haiwan peliharaan, tidak membakar lilin, dan tidak merokok di dalam rumah
  • Gunakan penyedut hingus bayi dengan lembut untuk membantu melegakan saluran pernafasan, khususnya sebelum sesi penyusuan
  • Lap lebihan lendir berlebihan dengan tisu atau kain kering dan lembut.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap Urutan Bagi Melegakan Masalah Hidung Bayi Tersumbat & Selesema

Baca juga: Bayi Kerap Mengalami Hidung Tersumbat, Ibu Cuba 5 Petua Ini Tanpa Perlu Ke Klinik

Baca juga: Bayi Selsema? Ini 5 Jenis Makanan Yang Boleh Rawat Selsema Tanpa UBAT!

Penulis

Farhana Fuad