Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

lead image

Seks semasa hamil mungkin tidak terlalu selesa, lebih-lebih lagi kalau ibu ada perut yang terlalu besar. Tapi dengan 7 posisi ini, anda akan selesa juga!

Mencari posisi seks semasa hamil yang selesa dan memuaskan susah betul, kan? Lebih-lebih lagi kalau perut kita agak besar

Dengan keadaan perut yang makin membesar, ibu-ibu mestilah tidak selincah dulu. Mana boleh nak bereksperimen atau mencuba mana-mana posisi berasmara yang unik lagi.

Tapi, seks semasa hamil dengan perut yang makin membesar tidak bererti ia perlu hambar saja. Ibu boleh try 7 posisi seks semasa hamil ini. Pasti anda lebih selesa!

7 posisi seks semasa hamil dengan perut yang besar

1. Posisi menyilang

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/Untitled.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Untuk posisi seks semasa hamil pertama bagi ibu-ibu dengan perut yang besar, kalian boleh cuba posisi saling berhadapan seperti ini. 

Mula-mula, baring berhadapan suami. Kemudian, ubah posisi badan kalian hingga menjadi bentuk V. Pastikan bahagian bawah tubuh bersentuhan.

Letak bantal di bawah punggung dan naikkan kedua-dua paha anda ke atas suami. Posisi ini mampu mencegah berat badan suami membebani anda. 

2. Woman on top

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/wot.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Posisi seks semasa hamil ini pula boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Caranya mudah saja: Ibu kena duduk atas suami, letakkan kedua-dua kaki di sisi badan suami.

Posisi ini takkan memberi tekanan pada perut ibu. Malah, ibu juga boleh mengawal ritma dan penetrasi yang diingini.

3. Di atas kerusi

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/diatas kursi.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Sebelum mencuba posisi semasa hamil yang satu ini, jangan lupa pastikan kerusi yang kalian guna itu kuat, tidak mudah patah dan stabil, ya? 

Lebih bagus kalau kerusi itu bersandar ke dinding dan cukup lebar untuk menampung berat 2 orang. 

Minta suami duduk atas kerusi, kemudian ibu boleh duduk di atas pangkuannya dengan kaki terbuka. Mulakan penjelajahan!

4. Spooning

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/menyamping.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Untuk posisi ini, ibu perlu baring mengiring, kemudian suami pula mengambil tempat di belakang ibu.

Kalau nak lebih selesa, anda kena meletakkan bantal di bawah perut atau pinggang untuk meminimumkan tekanan. 

Suami pula haruslah melakukan penetrasi dari belakang!

5. Misionari

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/misionaris.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Posisi seks ketika hamil yang satu ini hanya boleh dilakukan anda pada trimester pertama ya. Jika anda nak buat juga pada trimester kedua dan ketiga, pastikan anda letak bantal di punggung.

Ini supaya posisi ibu tidak betul-betul rata di atas permukaan. Tidur menelentang tidak bagus untuk kandungan. Dan pastikan suami menampung bera

6. Di tepi katil

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/posisi seks hamil.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Turunkan badan ibu sampai ke hujung katil dan minta suami berada di hujungnya. Selepas membengkokkan lutut, letak bantal di bawah punggung anda.

Suami pula boleh melakukan penetrasi sambil berdiri atau berlutut di lantai.

7. Doggy style

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/07/doggy style.jpg Perut besat sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Pastikan anda rasa selesa ketika melakukan posisi ini. Letakkan beberapa bantal di bawah perut anda.

Pindahkan berat badan ke kedua-dua siku dan lutut.

Berasmara tanpa perlu melakukan penetrasi

Apabila penetrasi dirasakan kurang menyenangkan buat ibu mengandung, kalian juga boleh memberi dan merasai kepuasan berasmara dengan cara lain.

Antaranya ialah dengan oral seks atau saling memberi rangsangan dengan tangan. 

Komunikasi yang terbuka dalam hal seksual amat penting kerana ia mampu mencipta keintiman yang lebih dalam. Jadi, apa yang penting ialah anda menyuarakan apa yang anda mahu.

Semoga artikel ini bermanfaat! Jangan lupa save dan jadikan ia sebagai rujukan ya.

 

 

 

 

 

 

 

Penulis asal: Fitriyani; Artikel diterjemah dengan kebenaran theAsianparent Indonesia

Baca juga:

5 posisi berasmara sambil pakai bantal, dijamin isteri lebih cepat capai klimaks!