Selepas Makan Mesti Senak Perut, Lagi-Lagi Ketika Hamil, Adakah Ia Normal?

Senak perut selepas makan disebabkan oleh perut terlalu penuh dengan 'isi' sehinggakan sistem penghadaman tak dapat bekerja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senak perut merupakan salah satu keadaan di mana seseorang itu tidak akan berada dalam keadaan yang selesa ketika menghadapinya. Mana tidaknya, dengan perut menjadi sebu, kembung, atau senak sistem pencernaan selepas waktu makan, memang rasa tak tentu arah.

Nak makan banyak pun rasa takut sebab nanti terlalu kenyang dan perut menjadi terlalu penuh bagaikan ingin meletup. Risau pula jikalau terjadi apa-apa yang tidak diingini. Walhal, kita hanya ingin menjamu selera dengan tenang. Bila dah sakit, potong mood betul!

Waktu itu mulalah berfikir apa ubat sakit perut, cara buang angin dalam badan, kenapa perut rasa senak, kenapa perut masuk angin, dan sebagainya. Pelbagai persoalan akan bermain di minda. Jangan bimbang, baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana keadaan senak perut ini boleh berlaku dan cara terbaik untuk merawatinya.

Kenapa Senak Perut Terjadi? Ini Sebabnya

Situasi perut rasa senak ini merupakan situasi di mana perut seseorang akan berasa terlampau penuh seakan-akan mahu meletup selepas makan. Jangan bertukar pula dengan kembung perut ya. Kembung perut adalah situasi di mana perut anda penuh dengan gas akibat lambat makan/tidak makan langsung.

Masalah senak perut ini akan terjadi jika anda makan terlalu banyak sehinggakan sistem penghadaman tidak dapat menjalankan tugas untuk memproses dan mencerna makanan yang telah masuk ke dalam perut selain gas yang sedia ada.

Oleh disebabkan itu, keadaan perut senak akan terjadi.

Sebagai usaha untuk mengurang dan melegakan keadaan senak perut ini, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Kami anda menyenaraikannya supaya dapat memberikan manfaat buat anda di luar sana. Yang penting, jangan panik.

Jenis-jenis Senak Perut Yang Wujud

#1. Senak perut selepas makan.

Seperti yang kami beritahu di atas, senak perut selepas makan ini terjadi jika anda mengambil hidangan dalam kuantiti yang terlalu banyak pada satu masa. Ia akan menyebabkan sistem penghadaman anda tidak dapat bekerja untuk memproses dan mencerna makanan yang masuk ke dalam perut. Sebab itulah terjadinya keadaan senak perut selepas makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, ada yang langsung tak boleh bangun untuk beberapa seketika!

#2. Senak perut ketika hamil.

Sakit di bahagian perut ketika hamil sememangnya tidak boleh diambil enteng. Ya, memang benar bahawa ada janin yang sedang membesar di dalam perut ibu mengandung, walau bagaimanapun, ibu juga akan mengalami keadaan yang membuatkan mereka tidak selesa iaitu senak perut dan perut bergas.

Perut bergas boleh disebabkan oleh peningkatan kadar hormon progesteron yang menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja dengan lebih lambat. Ini menyebabkan waktu yang dihabiskan makanan dalam usus besar lebih lama, dan akan menjadi punca perut bergas.

Selain daripada itu, rahim yang kian membesar juga dapat memberikan tekanan tambahan pada organ dan membuatkan sistem pencernaan berjalan lebih lambat.

#3. Senak perut sebelah kiri.

Perut rasa senak sebelah kiri berkemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kembung perut. Keadaan seperti ini akan berlaku apabila perut anda terlalu penuh dan juga meregang. Pada masa yang sama, anda juga akan mengalami simptom lain seperti kekejangan, kerap sendawa, cirit-birit, sembelit dan juga selalu kentut.

Masalah senak perut atau kembung perut sememangnya sesuatu yang normal. Setiap orang akan mengalaminya dalam hidup mereka oleh disebabkan oleh diet tidak seimbang ataupun makan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Cara Menghilangkan Senak Perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Cuba sendawa atau kentut.

Untuk menghilangkan keadaan senak perut ini, pertamanya anda perlu ketahui bahawa senak perut ini mungkin berlaku akibat gas atau angin yang tertinggal dalam perut selepas makan. Kemungkinan besar disebabkan oleh anda makan terlalu lambat.

Oleh itu, anda boleh cuba cara sendawa atau kentut selepas makan kerana percubaan seperti ini selalunya berjaya. Tapi kalau boleh, jangan ‘port’ yang sesuai, jangan pula di meja makan atau di khalayak ramai.

#2. Bergerak dengan lebih banyak.

Anda disarankan untuk tidak duduk statik selepas makan agar makanan yang masuk ke dalam perut akan lebih mudah ‘turun. Dalam masa yang sama, ia akan memudah dan mempercepatkan proses pencernaan.

Walau bagaimanapun, pergerakan yang dimaksudkan tidak perlu pada intensiti yang terlalu tinggi seperti sukan lasak. Nanti termuntah pula, perut sudah kenyang pergi melompat-lompat atau berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cukuplah sekadar berjalan kaki mengelilingi kawasan rumah. 40 langkah pun sudah memadai untuk kesihatan perut.

#3. Berehat dengan cukup.

Bila dah makan, dan berjalan untuk pastikan makanan ‘turun’, maka tibalah masanya untuk anda berehat. Waktu ini anda boleh duduk atau baring tanpa risau akan ketidakselesaan pada bahagian perut.

Nak tidur sejenak pun boleh selepas bergerak dan berjalan. Ini kerana, tidur adalah suatu proses yang akan memulihkan sebarang ketidaknormalan pada tubuh badan seseorang, sekaligus menyamankan segala ketidakselesaan yang ada.

#4. Jangan merokok selepas makan.

Perhatian buat kaum Adam yang jenis suka mencapai kotak rokok sejurus selepas makan. Kononnya nak ‘neutral’ kan rasa dalam mulut, sebab itu kena merokok. Tak perlu ya! Ini kerana ia hanya akan membuatkan anda menyedut asap dan angin daripada sekeliling, dan masuk ke dalam perut. Kesannya, senak perut lepas makan itu akan menjadi lebih teruk!

#5. Mengurut.

Urutan yang lembut pada bahagian perut adalah sangat membantu. Caranya mudah sahaja, seseorang itu hanya perlu menggunakan ibu jari untuk menekan dan mengurut bermula dari tengah dada hingga ke bawah pusat dengan lembut serta perlahan-lahan sehingga anda merasai kelegaan itu.

Untuk memaksimumkan lagi kepuasan mengurut, anda boleh menggunakan minyak angin yang bukan sahaja akan melicinkan, malah boleh memberikan sensasi dingin. Memang lega habis!

Cara Membuang Angin Dalam Badan

#1. Minum air suam secara perlahan-lahan

Pakar Gastroenterologi, Dr Jamile Wakim-Fleming mencadangkan seseorang untuk minum air hangat sepanjang hari. Perkara ini akan membantu mengurangkan angin dalam badan anda melalui dua cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pertama – air suam membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Semakin cepat makanan bergerak ke usus, semakin sedikit kemungkinan jumlah gas meningkat.
  • Kedua – air suam membantu menenangkan usus. Untuk memindahkan makanan melalui usus, jika tanpa kehadiran air suam, usus perlu sentiasa mengembang dan kontrak. Proses ini dipanggil peristalsis. Air suam membuatkan usus kurang kontrak, menyebabkan penghasilan gas yang kurang.

#2. Ambil halia

Halia adalah petua cara tradisional yang ramai amalkan untuk membuang angin dalam badan. Kini ramai menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia & madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia.

Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk sesi pembuangan angin dalam badan.

#3. Bawang putih

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi petua membuang angin dalam badan. Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.

Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami angin dan kembung perut, melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokkannya untuk memudahkan lagi proses pengeluaran angin dalam badan.

#4. Bersenam

Ramai yang tidak tahu bahawa kadangkala orang yang mendapat angin dalam badan berpunca dari kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku.

Sekurang kurangnya setiap individu yang kerap mengalami angin hendaklah melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat satu senaman yoga yang turut boleh menghilangkan angin dalam badan anda. Mulakan dengan baring terlentang dan kemudian tarik lutut kiri ke arah dada. Kekalkan posisi dengan kedua-dua tangan, tarik lutut untuk lebih mendekati dada. Selepas itu, ulang dengan kaki yang lain.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Angin pasang dan pusat terkeluar masa mengandung, adakah anda perlu risau?

Baca juga:  Banyak Angin Dalam Badan, Bolehkah Saya Minum Eno Masa Mengandung?

Baca juga: Cubalah 5 Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Cepat

Penulis

Murns A.