Jom Cuba 7 Projek Seni Kreatif Guna Krayon Dengan Anak Ini! Pasti Si Manja Suka

Jangan buang krayon yang tidak digunakan ibu-ibu. Anda masih boleh guna lebihan itu untuk buat aktiviti seni lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, krayon sebenarnya mempunyai banyak cara untuk digunakan? Seni kreatif menggunakan krayon ini bukan saja mudah untuk dibuat, malah bagus untuk mengisi masa lapang anda bersama anak-anak juga!

Sekiranya anda mempunyai anak-anak, kami pasti anda mempunyai sekurang-kurangnya sekotak krayon yang bersepah di lantai pada masa tertentu bukan?

Jadi kami telah mengumpulkan beberapa cara untuk anda manfaatkan penggunaan krayon ini dengan baik, dan meluangkan masa melakukan aktiviti kanak-kanak dengan lebih berfaedah.

Aktiviti Kanak-Kanak Menggunakan Krayon: Kepelbagaian Seni Kreatif Berdasarkan Krayon

Krayon boleh digunakan untuk mencipta seni kreatif abstrak yang cantik, mengecat batu atau gabungkan dengan seni lilin untuk mendapatkan hasil yang sangat menarik.

Jom tengok beberapa seni menarik dengan krayon dan cara melakukannya.

#1 Krayon Cair Dengan Efek Cat Air

Cipta seni abstrak yang cantik di atas kanvas dengan menggunakan krayon yang rosak, atau tidak digunakan lagi. Ia pasti sesuatu yang menyeronokkan!

Potong krayon menjadi pendek dan lekatkan di atas kertas kosong mengikut citarasa anda. Bila gam sudah kering, cairkan krayon menggunakan pengering rambut, dan halakan warna tersebut ke arah yang disukai.

#2 Scribble Krayon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contengan nampak lebih menarik dengan krayon! Hanya lakukan contengan secara rawak di atas kertas dan warnakan setiap ruangan yang ada dengan warna yang berbeza.

Pastikan anda mewarnakan keseluruhan contengan tersebut bagi mendapatkan hasil warnaan yang padat. Hasilnya sangat cantik dan menawan!

#3 Nota Rahsia Krayon

Ketahui betapa mudahnya untuk kanak-kanak membuat mesej rahsia untuk rakan-rakan (atau hantar nota kotak makan) dengan tutorial krayon ajaib ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya mudah sahaja, tulis mesej ringkas di atas kertas berwarna putih, minta rakan anda untuk menggunakan warna yang berlainan dan warnakan di atas mesej rahsia tadi.

Mesej tadi akan timbul dengan serta-merta.

#4 Peralihan Warna Krayon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Konsep ini sangat menarik! Anda hanya perlu mewarna keseluruhan kertas dengan warna-warni krayon, tekapkan kertas yang diwarnakan tadi dalam keadaan terbalik di atas kertas putih yang berbeza.

Lukiskan haiwan atau objek kegemaran anda di belakang kertas yang diwarnakan tadi dengan tekapan yang kuat ya. Alih kertas tersebut dan hasilnya pasti memuaskan hati!

#5 Cat Air dan Krayon

Apa kata kali ini kita gunakan gabungan krayon dan cat air. Caranya mudah sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunakan krayon berwarna putih untuk melakarkan gambaran bagi memenuhi kertas putih. Cuba lukisan pepohon bunga atau apa sahaja corak abstrak yang memenuhi setaip ruangan kertas tersebut.

Seterusnya warnakan dengan pilihan warna anda menggunakan cat air, dengan kepekatan yang berbeza. 

#6 Krayon Cair Atas Batu

Untuk melakukan seni ini, anda perlu membantu anak anda ya! Dapatkan batu yang agak besar, dan anda memerlukan ketuhar juga.

Panaskan batu di dalam ketuhar, keluarkan batu tersebut dengan menggunakan alas yang agak tebal kerana batu tersebut sangat panas! Letakkan di permukaan yang tebal dan tidak akan koyak atau mencair.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jatuhkan krayon di atas batu dan krayon akan mencair sendiri, malah membentuk corak abstrak yang cantik!

#7  Cetakan Kertas Kasar 

Ini seni krayon yang boleh dipakai ke mana-mana sahaja! Anda perlukan T-shirt kosong dan krayon yag berkualiti tinggi.

Lukiskan gambar pilihan anda di atas kertas kasar, ingat ya, warnakan dengan tebal dan berulang kali. Apabila siap, tekapkan di hadapan baju putih dan gunakan seterika untuk mencairkan krayon tersebut. Jangan lupa untuk alas bahagian belakang baju tadi supaya kesan krayon tidak melekat di belakang baju tersebut.

Wah! Menariknya semua projek seni ini! Ia bukan sahaja mudah untuk dilakukan, malah hasilnya juga menakjubkan!

Pasti anak-anak akan teruja! Jom cuba!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellowonderful.co

Baca juga: Anak Suka Conteng Dinding? Jangan Terus Marah! Ini 5 Kebaikannya Untuk Anak

Baca juga: Telatah Lucu Dua Beradik Main Air Sirap – Kepentingan Seni dan Kreativiti Buat Kanak-Kanak

Baca juga: Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?

Penulis

Beto Rahman