X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Senyum Kerana Emosi Atau Buang Angin? Parents Wajib Tahu, Jangan Syok Sendiri

4 min bacaan
Bayi Senyum Kerana Emosi Atau Buang Angin? Parents Wajib Tahu, Jangan Syok Sendiri

Senyuman pertama yang diberikan oleh si manja pada ibu dan ayah pasti akan menyejukkan hati kedua-duanya. Tetapi, tahukah anda bahawa kadang-kala, si manja bukan tersenyum atas sebab-sebab sosialisasi, tetapi kerana mereka hendak melepaskan gas sahaja! Jadi, sebelum anda cair dengan senyuman anak, anda perlu tahu jika mereka hanya penuh dengan gas sahaja.

Melihat bayi anda memberikan senyum pertama kepada ibu dan ayahnya pasti akan membuahkan rasa sayang yang membuak-buak terhadap cahaya mata anda. Tetapi kadang-kala, si manja hanya tersenyum kerana mereka perlu melepaskan gas sahaja. Maafkan kami kerana telah menghancurkan realiti anda.

Tetapi ya, bagi seorang bayi terutamanya yang baru lahir, senyuman mereka lebih cenderung kepada mereka hendak melepaskan angin dan bukan sebagai permulaan kemahiran sosial mereka. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang kaitan antara senyum bayi dan gas serta tahap-tahap kemahiran sosial anak sehingga mereka berumur 6 bulan!

Pertama sekali, mari kita kupaskan kaitan di antara senyuman cahaya mata anda dan pelepasan gas dari perut mereka.

Apakah Kaitan Senyum Bayi Dengan Kehendak Mereka Untuk Melepaskan Gas?

senyum, bayi senyum, gas, angin

Foto: Pamapedia

Tiada kajian saintifik yang sah dapat menjelaskan mengapa si manja anda tersenyum apabila mereka mengeluarkan angin dari dalam perut. 

Tetapi, ada sesetengah pakar yang berpendapat bahawa ketidakselesaan bayi terhadap gas yang berada di dalam perut mereka membuatkan mereka nampak seakan-akan sedang tersenyum walaupun sebenarnya tidak.

Anda sebenarnya boleh mengetahui jika si manja anda betul-betul sedang tersenyum, atau jika mereka membuat mimik muka seakan-akan gembira kerana angin sahaja melalui pergerakan mulut mereka.

Bayi yang “tersenyum” disebabkan gas akan lebih cenderung untuk menutup mulut serta mata mereka yang bermaksud, mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang boleh menjadi punca kegembiraan mereka seperti muka ibu dan ayah.

Ada juga sesetengah bayi yang bukan sahaja tersenyum kerana gas atau angin, tetapi oleh sebab-seba lain seperti yang berikut:

  • Tidur. Ketika anda pergi ke klinik untuk mendapat imbasan muka si manja anda ketika di dalam rahim, adakah anda dapati bahawa ia sedang tersenyum? Ya, ada sesetengah kanak-kanak yang tersenyum ketika waktu tidur walaupun di dalam rahim disebabkan oleh refleks semulajadi sewaktu tidur.
  • Refleks. Si manja yang tersenyum akibat refleks adalah dipercayai salah satu proses evolusi yang membuatkan cahaya mata anda lebih comel lantas membuatkan mereka mudah disayangi oleh penjaga atau ibu bapa.

Bilakah Bayi Akan Senyum Buat Kali Pertama?

senyum, bayi senyum, gas, angin

Foto: Merries

Kebanyakan bayi akan mula senyum akibat kegembiraan bermula dari usia 6 ke 8 minggu (2 bulan, minggu pertama) dan ia kerap berpunca daripada mengenali muka ibu dan ayah. Pada waktu ini, anda bolehlah cair kerana si manja gembira melihat muka ibu dan ayah!

Ini juga bermakna, si manja anda sudah mempunyai kemahiran sosial yang akan terus mengembang dengan baik sekiranya terdapat galakan yang betul dan memberangsangkan. Tetapi, mari kita ketahui perkembangan kemahiran sosial anak dahulu sebelum mempelajari cara menggalak perkembangan sosial mereka.

  • 0-3 bulan
    • Mula tersenyum dan menunjukkan reaksi positif dari stimulasi sosial
    • Mendengar dan mengenali suara-suara
    • Akan terdiam apabila didukung
    • Memberi respons yang positif terhadap sentuhan (senyum apabila digeletek)
    • Mudah terpujuk dengan orang dewasa yang dikenali
  • 3-6 bulan
    • Mula tersenyum dan ketawa kuat apabila diagah
    • Mengenali muka-muka
    • Menangis untuk mendapat pujukan
    • Menunjukkan keterujaan dengan mengangkat tangan dan kaki
    • Dapat membezakan antara individu-individu
    • Mengenali nama sendiri

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, maka tahniah! Mereka sedang berkembang secara sosial dan emosional dengan baik sekali. Tetapi, jika mereka sedikit lambat untuk menunjukkan reaksi-reaksi seperti di atas, anda boleh memberi galakan dalam perkembangan sosial anak dengan beberapa tips ini:

senyum, bayi senyum, gas, angin

Foto: Parenting.Co

  • Sentiasa memberikan kasih sayang dan perhatian pada anak. Peluklah atau bacakan buku kepada mereka sebelum waktu tidur. Kosa kata yang dia dengari ketika waktu pembacaan pasti dapat membantu anak anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih mudah di kemudian hari.
  • Galakkan anak mencuba perkara baru. Jika sebelum ini mereka sentiasa berkepit dengan hanya satu mainan, anda boleh menggalakkan mereka untuk mencuba mainan baru dengan bermain bersama mereka sambil memuji-muji keseronokan mainan tersebut.
  • Tunjukkan perasaan anda. Jangan risau untuk menunjukkan emosi kegembiraan atau kesedihan di hadapan anak anda. Mereka akan mula belajar tentang empati dan kemahiran emosi dan akan faham bahawa ibu dan ayah juga penat.
  • Ambil berat tentang emosi anak. Jika anda melihat bahawa si manja kelihatan agak sedih atau tidak senang duduk, ambillah sedikit masa untuk berbincang dengan mereka tentang masalahnya. Ini akan memudahkan si manja berkomunikasi tentang perasaan mereka apabila mereka menginjak dewasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Sumber: Peachymama, mommybites

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Senyum Kerana Emosi Atau Buang Angin? Parents Wajib Tahu, Jangan Syok Sendiri
Kongsikan:
  • Comelnya Anak Ibu Dah Pandai Senyum, Ini 5 Penyebab Bayi Tersenyum Mengikut Usia 0 Sampai 7 Bulan

    Comelnya Anak Ibu Dah Pandai Senyum, Ini 5 Penyebab Bayi Tersenyum Mengikut Usia 0 Sampai 7 Bulan

  • Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?

    Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Comelnya Anak Ibu Dah Pandai Senyum, Ini 5 Penyebab Bayi Tersenyum Mengikut Usia 0 Sampai 7 Bulan

    Comelnya Anak Ibu Dah Pandai Senyum, Ini 5 Penyebab Bayi Tersenyum Mengikut Usia 0 Sampai 7 Bulan

  • Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?

    Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.