Dalam dunia yang semakin mencabar, memiliki anak juga satu cabaran. Ketika ini bukan hanya isteri saja yang urus anak, kadang kala suami juga ada yang urus anak seorang diri.
Jadi tidak bolehlah kita pukul rata hanya isteri seorang yang urus anak. Ada keluarga yang memang si suami yang urus anak mungkin atas faktor tempat kerja dekat dengan rumah atau suami bekerja dari rumah.
Jika memang mereka ibu atau bapa tunggal, memang tidak dapat dinafikan semuanya atas bahu mereka, tetapi yang masih mempunyai pasangan, jangan biarkan senang-senang saja pasangan urus anak seorang diri tidak kiralah dia suami atau isteri. Boleh cepat koyak emosi mereka nanti!
Buat anak sama-sama, urus anak pula seorang diri, take note ya semua
Anak itu amanah Allah, dia bukanlah beban yang mana anda rasa pasangan saja yang kena uruskan seorang diri. Anda tidak mahu pening-pening urus hal anak.
Salah ya tindakan itu. Tidak kiralah anda di pihak isteri atau suami, jika masih bersama pastikan jangan semudah ABC lepas tangan biar pasangan urus anak seorang diri lebih-lebih lagi jika anak anda baru berusia 0 hingga 3 tahun!
Tahukah anda, di fasa usia ini, anak memang sangat menguji kesabaran. Tidak cukup dengan hanya kata sabarlah, sabarlah dan masalah selesai. Tidak akan selesai selamanya jika anda terus biarkan dia seorang diri.
Menurut pengasas positive parenting circle, Mohd Fhais Salim, its takes two to tango. Jadi jika masih ada pasangan dan anda biarkan dia urus anak kalian seorang diri, maka cepat-cepatlah berubah sebelum terlambat.
Sebelum emosi mereka semakin koyak, lebih baik anda ambil langkah cepat untuk menyelamatkan keadaan.
Umur 0 hingga 3 tahun fasa paling struggle
Umur 0-3 tahun adalah fasa paling struggle sekali. Jangan biarkan pasangan seorang diri mengurus anak, serius mudah la trigger emosi dia nanti. Tahukah anda kenapa fasa ini adalah fasa paling struggle?
Ini antara sebab-sebabnya:
#1. Fasa egocentric anak
Fasa egocentric, ini di mana anak bukan reti patuh cakap kita, semua benda kena ikut kata dia. Kita marah pun dia buat tak reti je. Last-last kita yang sakit hati.
Ini kerana pada usia ini anak biasanya tidak faham lagi apa yang ada di sekelilingnya. Kalau dia kata A, A lah jawabnya. Boleh mengamuk jika kita tidak ikut kata dia.
#2. Fasa imaginasi anak paling liar
Masa ni imaginasi dia pada tahap paling liar sekali, mana tahu takut budak ni, semua benda dia nak cuba. Kita pula yang naik seram tengok dia berani sangat.
Ketika inilah dia akan memanjat seolah-olah dia tak takut apa-apa. Masih belum faham erti bahaya dan banyak lagi. Malah jika kita kata bahaya pun dia tak boleh hadam apa itu bahaya.
Jadi bayangkan jika pasangan anda seorang diri menguruskan, jangan pelik jika dia cepat naik hantu atau marah-marah anda. Tolong jangan pelik!
#3. Anak paling tak sabar dalam usia ini
Anak paling tak sabar, bila dia dah tunjuk nak sesuatu time tu juga dia nak, walaupun kita tengah sibuk basuh pinggan dia nak juga kita buatkan susu. Meluap luap rasanya kalau kena.
Memang fasa yang sangat menguji kesabaran. Orang suruh tunggu sekejap, dia memang takkan faham dan tidak mahu faham pun. Yang dia tahu dia dapat apa yang diminta.
#4. Mudah bad mood
Lebih dasyat lagi bila time dia dah betul betul mengantuk tapi suruh tidur tak nak tidur. Haish, time ni la dia mula nak bad mood, semua benda tak kena di mata.
Apa yang kita buat semua tidak kena di matanya. Kalau tak sabar, memang lama dah agaknya tinggalkan saja. Sebab pasangan kita sabarlah dia masih setia jaga.
Ini contoh je, banyak lagi sebenarnya. Kalau sehari satu ragam, kira setahun 365 ragam nak kena hadap sensorang. Bukan badan je, tapi emosi dengan otak sama-sama letih.
Perkataan sabar sahaja tak mencukupi untuk menceritakan betapa struggle-nya pasangan kita. Kena campur tangan bab mengurus anak ni. Jangan pandang enteng, kita nampak anak kita tu badan kecil je tapi besar amat ujiannya. Hari-hari rambut gugur sebab sabar melayan dia la tu!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kerana Suka Jadi Mak Yang ‘Malas’, Biar Anak Urus Diri Sendiri, Ini Kesan Yang Ibu Ini Terima!
Baca juga: Gara-Gara Penat Urus Anak Lumpuh & Sakit Jiwa, Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu!
Baca juga: Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya