X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerana Suka Jadi Mak Yang 'Malas', Biar Anak Urus Diri Sendiri, Ini Kesan Yang Ibu Ini Terima!

4 min bacaan
Kerana Suka Jadi Mak Yang 'Malas', Biar Anak Urus Diri Sendiri, Ini Kesan Yang Ibu Ini Terima!

Ramai ibu bapa kini terlalu 'rajin' hingga takut beri peluang anak urus diri sendiri. Sekali sekala perlu jadi ibu bapa 'malas' demi kebaikan anak!

Ramai ibu bapa risau mahu biarkan anak urus diri sendiri, takut mereka tidak reti dan sebagainya. Kerisauan ibu bapa ini kadang kala memakan diri sendiri dan anak-anak.

Kenapa jadi mak yang ‘malas’ itu perlu dan banyak kebaikan untuk anak? Jom kita baca perkongsian pakar ini. Menurut Pediatric Occupational Therapist, Maryam Jamadi banyak kelebihan boleh anak dapati jika kita ajar dan percaya mereka untuk urus diri sendiri.

Kita tidak selamanya ada untuk mereka, jadi anak harus diajar untuk mengurus diri sendiri kerana tiba masanya, mereka akan berseorangan menguruskan diri sendiri nanti.

Baca juga: Apa perkembangan anak 1 tahun 11 bulan ini?

Urus diri sendiri kemahiran penting harus anak kuasai

Urus diri sendiri

Menurut Maryam, dia memang seorang ibu yang ‘malas’ kerana:

– Biarkan anak menangis untuk luahkan perasaan sedih dia
– Biarkan anak jalan depan saya bila di ‘shopping mall’, saya ikut dia nak pergi mana-mana yang dia mahu. 
– Biarkan anak pakai pakaian sendiri dan uruskan diri sendiri. 
– Biarkan anak mewarna ikut warna yang dia mahu walaupun salah. 
– Biarkan anak menconteng ikut imaginasi dia. 
– Biarkan anak pakai kasut terbalik sampai dia sedar dan betulkan sendiri. 
– Biarkan anak makan cekodok pisang dengan sos tomato bila dia kata nak cuba. 
– Biarkan anak main apa yang dia mahu main. 
– Biarkan anak pakai berlapis-lapis atau main tukar-tukar baju. 
– Biarkan anak basuh cawan dan pinggan sendiri. 
– Biarkan anak mandi lama-lama sampai dia penat mandi. 

Perasan tak? Daripada 11 perkara ini, yang mana satu pernah anda buat? Mungkin satu, dua atau tiga. Atau mungkin langsung tiada? Semak balik checklist ini kalau anda mahu perubahan baik kepada anak anda. Kenapa?

Menurut ahli terapi ini, kenapa kita perlu membiarkan anak menguruskan diri sendiri? Ini kerana anak belajar melalui 3 E terutamanya semasa 3 tahun ke bawah:

1. Experience (Pengalaman)
2. Experiment (Eksperimen)
3. Exploration (Eksplorasi)

Beri anak peluang, jangan jadi ibu ayah yang terlampau rajin!

Urus diri sendiri

Selagi tak melangkaui limit, selagi itu saya akan biarkan sebab kita kena faham yang anak memang sentiasa dalam proses pembelajaran. Tapi dalam membiar-biarkan perlu ada limitnya, tak adalah segala benda kita biarkan. Contohnya, anak gunting duit kertas pun kita biarkan. 

Limit saya lebih daripada segi adab, pemakaian (pakaian berlainan jantina dan terdedah) dan pemilihan pemakanan.

Banyak sangat kes yang saya jumpa berkaitan kelewatan perkembangan apabila mak ayah terlampau rajin sehingga tak beri peluang anak buat sendiri.

Makan bersuap,
Pakaikan pakaian,
Pakaikan kasut,
Sentiasa dukung anak,

Tak pernah beri kebebasan untuk anak berjalan sendiri di luar rumah walaupun anak dah pandai jalan.  Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah, yang menjadi masalah apabila anak tak diberi peluang langsung untuk uruskan diri sendiri.

Kelebihan anak uruskan diri sendiri

#1. Perkembangan normal

Urus diri sendiri

Banyak komponen perkembangan lain akan meningkat semasa anak belajar uruskan diri sendiri selain skil urus diri. Contohnya:

– Butang atau zip pakaian ➡️ Skil motor halus
– Pakai seluar sambil berdiri ➡️ Keseimbangan badan dan skil motor kasar
– Basuh pinggan ➡️ Deria sentuhan dan koordinasi dua belah badan
– Melipat baju ➡️ Skil kognitif (pemikiran)
– Kalau kita bercakap dan bercerita dengan anak ataupun anak cerita apa yang dilakukan ➡️ Skil bertutur
– Semua aktiviti yang anak buat sendiri ➡️ Skil fokus

#2. Emosi dan sosial 

Mengikut teori dari Erik Erikson berkaitan perkembangan psikososial (psikologi dan sosial), anak umur:

– 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 

Anak akan melalui fasa autonomi vs malu/ragu-ragu. Waktu ini memang normal anak akan nak buat semua perkara sendiri dan waktu terbaik untuk anak belajar. Jika anak diberikan kebebasan untuk uruskan diri, tahap keyakinan diri anak akan berkembang.

Tetapi jika anak sentiasa disekat, anak akan jadi ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri dan secara tak langsung menyebabkan masalah kurang keyakinan diri.

– 3 tahun hingga 5 tahun

Anak akan melalui fasa inisiatif vs kesalahan. Jika kita banyak beri kebebasan untuk anak uruskan dan buat pilihan semasa 3 tahun ke bawah, waktu ini anak akan mula berinisiatif dan mempunyai banyak idea sendiri semasa bermain.

Skil imaginasi dan skil bermain akan berkembang banyak semasa ini. Anak akan mula banyak buat “projek” sendiri tapi penting juga untuk tekankan aspek keselamatan.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Tetapi jika anak tak dapat kembangkan perasaan nak berinisiatif, anak akan menjadi seorang yang takut-takut nak mencuba perkara baru.

Inilah isu yang paling merisaukan sebab kesannya bukan waktu ini sahaja tetapi di masa akan datang.
Jadi, bila kita banyak beri kebebasan pada anak secara tak langsung keyakinan diri anak juga meningkat. Sekiranya ada permintaan, saya kongsikan lebih lanjut tentang fasa ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Maryam Jamadi 

Baca juga: 14 punca kenapa perkembangan anak anda perlahan dan agak LAMBAT

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kerana Suka Jadi Mak Yang 'Malas', Biar Anak Urus Diri Sendiri, Ini Kesan Yang Ibu Ini Terima!
Kongsikan:
  • Doktor Ini Pesan Pantau Perkembangan Anak, Boleh Slow And Steady Tapi Janganlah Slow Sangat!

    Doktor Ini Pesan Pantau Perkembangan Anak, Boleh Slow And Steady Tapi Janganlah Slow Sangat!

  • 9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak - jangan tangguh lagi!

    9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak - jangan tangguh lagi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Doktor Ini Pesan Pantau Perkembangan Anak, Boleh Slow And Steady Tapi Janganlah Slow Sangat!

    Doktor Ini Pesan Pantau Perkembangan Anak, Boleh Slow And Steady Tapi Janganlah Slow Sangat!

  • 9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak - jangan tangguh lagi!

    9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak - jangan tangguh lagi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.