Menjalani kehidupan sebagai seorang ibu pada zaman moden ini memberikan banyak cabaran yang tersendiri. Jika dahulu, kita melihat ibu ayah amat mudah menguruskan anak ramai. Namun segalanya sudah berubah, ibu-ibu moden meluahkan rasa penat dan tertekan setelah menimang cahaya mata kedua.
Tidak dinafikan bahawa tekanan datang dari segenap perkara. Menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak-anak dilihat sebagai tugas yang begitu mencabar, lebih-lebih lagi apabila suami isteri sama-sama bekerja.
Seorang ibu mula berasa penat apabila memiliki dua orang anak
Menurut perkongsian oleh seorang ibu di Facebook Dayana Zakariah, meluahkan bahawa apabila diberikan rezeki anak kedua, dirinya merasakan seolah-olah seperti mengurus 10 orang.
Anak dua. Dalam seronok dapat khabar gembira ramai kawan-kawan menantikan hari untuk melahirkan anak yang kedua, dalam hati ini tidak henti berdoa semoga dia diberikan sebanyak-banyaknya kesabaran dan kekuatan.
Bila anak kedua lahir, ia bukan bermaksud anak bertambah seorang lagi. Tetapi sebagai ibu kita akan rasa perubahan yang dihadapi seperti menjaga 10 orang anak secara serentak. Walaupun tak pernah rasa ada anak 10 orang pun, tapi jujurnya, memang penat.
Sangat penat dan sangat menguji emosi, terutamanya ketika berpantang.
Masa pantang dulu, Mama selalu pesan:
”Sabar, pantang anak kedua ibu harus kuat. Memang paling susah, nanti anak yang seterusnya akan lebih mudah. InsyaAllah, tidak sesusah ini.”
Macam mana kita pun tengah menyesuaikan diri dengan situasi baharu. Anak sulung pula terlebih-lebih, tengah struggle emosi untuk faham apa yang sedang terjadi.
Perubahan yang drastik ini memerlukan PERKONGSIAN. Kalau sebelum ini, dua-dua ibu ayah hanya tertumpu pada dia seorang, tapi kenapa dengan tiba-tiba ada orang baru masuk dalam keluarga merebut perhatian juga?
Menjadi seorang ibu itu tidak mudah, tapi tidak juga mustahil
Kalau sebelum ini, semua mainan dia punya, kenapa tiba-tiba ada yang bukan dia punya, ada yang kena kongsi?
Kalau sebelum ini, namanya yang dipanggil, yang diagah, kenapa tiba-tiba ada nama lain yang di agah-agah?
Sebenarnya sampai sekarang pun, Tasneem masih tanya macam-macam soalan.
“Kenapa Ahmad boleh menyusu?”
“Kenapa Ahmad boleh dukung?”
“Kenapa Ahmad boleh kencing kat pampers?”
Padahal dia wean off, dah pandai jalan, dah off pampers lama dah.
Baru ni, Tasneem tanya, “Ibu, bila kakak dah kecil, boleh tak kakak nak kencing kat pampers?”
Part of me rasa statement “bila dah kecik” tu kelakar, but another part of me rasa sedih.
Seorang ibu yang baik kena bersikap adil dengan anak-anak
Ya, dia masih keliru. Mungkin dia rasa Ahmad dapat perhatian dan layanan lebih berbandingnya. Sebagai seorang ibu bapa kepada dua orang anak, satu perkara yang sentiasa kena titikberatkan ialah berlaku adil.
Tapi yang lebih berat ialah untuk memahamkan anak tentang adil.
Ada beberapa nasihat yang saya rasa patut dikongsi oleh ibu bapa yang lain:
- Sentiasa libatkan anak pertama. Bila nak mandikan si adik, minta tolong dia simbah air dengan perlahan. Nak tidurkan adik, minta dia tolong zikir sama-sama sambil tepuk perlahan. Masa tengah menyusu anak kedua, ibu boleh bermain-main dengan anak sulung
- Sediakan masa yang khas untuk anak sulung. Tak payah lama pun. Ketika adik tidur, ambil masa untuk baca buku sekejap, main plastisin atau ajak dia buat kerja rumah bersama-sama. Ia mungkin hanya beberapa minit, tapi percayalah masa tersebut amat berkualiti
- Kalau dah tiba masanya untuk anak wean off/ off diapers/asing tempat tidur, usahakan untuk selesaikan sebelum anak kedua lahir. Jika tidak, ia akan jadi lebih sukar. Sebab persoalan ”kenapa” akan sentiasa muncul dalam fikiran anak sulung.
Walaupun nasihat ini sangat membantu saya, semoga ini memberi manfaat kepada anda juga. Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu. Lagipun, yakinlah ALLAH ADA❤️
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda ti dak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Beranak Setahun Sekali, Ibu Ini Dedah Realiti Setiap Hari ‘Kelam Kabut’ Urus Dua Anak Serentak
Baca juga: Ngeri, Ibu Dua Anak Hidup Dengan Usus Terkeluar Dari Perut Sejak 3 Tahun Lalu!
Baca juga: Gambar Ibu Ini Bersama Kedua Anak Perempuannya Pasti Menarik Perhatian Anda