6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

lead image

Set berpantang yang best bila ia menggunakan 100% bahan semulajadi dan banyak manfaat dalam kandungannya itu!

Banyak yang bertanya set berpantang apa yang best dan popular untuk diamalkan selepas bersalin. Okay baiklah mari kami senaraikan enam set berpantang yang terbaik di Malaysia ini. Semoga ia membantu anda semua. 

Tapi sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan set berpantang? Set bersalin berfungsi mempercepatkan luka bersalin supaya sembuh dan membantu mengembalikan bentuk tubuh kembali langsing seperti anak dara. 

Lumrah wanita Asia harus mengikuti 44 hari tempoh berpantang menurut masyarakat kaum Melayu. Pantang larang yang dimaksudkan seperti tidak boleh minum ais, tak boleh makan pedas, berminyak dan sebagainya. 

Semasa berpantang, ibu perlukan set berpantang yang bagus mengikut kriteria yang telah dimaktubkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Bahkan, ibu juga kena pastikan ia selamat dan halal digunakan. 

Antara kriteria yang anda harus lihat seperti set berpantang yang sudah lama di pasaran, mempunyai banyak testimoni dan boleh digunakan tanpa was-was

Jadi untuk memudahkan anda, kami akan senaraikan 6 set berpantang yang terbaik ini seperti…

6 set berpantang yang popular di Malaysia 

#1. Set berpantang – Nona Roguy 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/set bersalin NR.jpg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Nona Roguy merupakan set berpantang dan bersalin yang paling popular di Malaysia. Namun, harganya sedikit mahal tapi banyak kelebihan. 

Ia juga mempunyai tablet phytonatal yang boleh mengatasi masalah sembelit di kalangan para ibu selepas melahirkan sama ada secara normal ataupun ceaseran. 

Jika set bersalin anda tidak sediakan seperti set Nona Roguy ini, ibu perlu membeli ubat cucuk punggung di farmasi berhampiran. 

Selain itu, set Nona Roguy  juga bantu mempercepatkan ibu kurus selepas bersalin. Bahkan testimoni dari pengguna juga mengatakan yang sama. 

#2 . Set berpantang dan bersalin Orang Kampung 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/SET BERSALIN ORANG KAMPUNG.jpg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Set orang kampung ini juga bagus dan memadai untuk mengelak anda makan jamu yang pelbagai jenis itu. Apa yang pasti, set ini sangat berbaloi dan murah serta sesuai digunakan semua ibu.  

Antara benda yang akan dapat dalam set Orang Kampung ini iaitu seri lulur, seri pilis, seri susut, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak gamak, minyak merah, ubat periuk, jeli gamat dan bengkung. 

#3. Set berpantang – Shaklee 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Set BERSALIN shaklee 5.jpeg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Set berpantang Shaklee juga mendapat testimoni yang bagus dari para pengguna. Bahkan, ia disyorkan oleh beberapa pakar di Malaysia. 

Malah harga set Shaklee ini sangat berpatutan dan boleh mengikut bajet masing-masing kerana produk ini tak kurang hebatnya seperti produk yang lain juga. 

#4. Set berpantang D Herbs Mak Bidan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/set bersalin dherbs.jpg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Set bersalin D Herbs Mak Bidan ini juga murah dan lengkap. Malah, ia masih boleh digunakan walaupun sudah habis berpantang dan sangat berbaloi. 

Antara set yang anda boleh dapatkan seperti Dherbs Mak Bidan Postnatal Set (Set Bersalin), Dherbs Set Wajah Madu Propolis 3 in 1, Dherbs Aura 7 bunga skin series dan banyak lagi. 

#5. Set berpantang Anugerah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Set Bersalin Anugerah.jpg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Kebanyakan orang menggunakan set bersalin Anugerah (luaran) dan kombinasi bersama set Shaklee (dalaman). 

Antara yang popular dalam set ini ialah seperti losyen sejuta khasiat dan minyak sejuta rahsia. Bahkan, ia berbau wangi dan sangat baik untuk digunakan. Set ini juga lengkap untuk keperluan bayi dan ibu. 

#6. Set Bersalin Jamu Jelita

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/ar 03.1.jpg 6 set berpantang yang popular di Malaysia, anda pilih yang mana satu?

Set ini juga lengkap dengan bengkung dan beberapa item lain di dalamnya yang sangat sesuai untuk penjagaan ketika berpantang. 

Set Jamu Jelita yang anda akan dapat seperti air selusuh, balm hangat herba, jus tradisi wanita, minyak selesa, rendaman herba, sabun nyaman dan  tungku herba tradisi, 

Kesimpulannya, ia terletak di tangan anda untuk pilih set bersalin yang sesuai, murah dan pakej lengkap.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. Jangan lupa kongsikan di laman sosial anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sensistop

Baca juga:

Ibu, amalkan 5 resepi jamu ini untuk tampil slim, suami pasti tak akan cari lain!