Sijil Lahir Hilang, Ini Cara Mohon Semula Di JPN Melalui Online

Sijil lahir hilang sama pentingnya dengan kad pengenalan sebagai dokumen penting bukti kelahiran telah didaftarkan di bawah JPN

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sijil lahir hilang boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul kerana ia sangat penting untuk mendapatkan kad pengenalan atau urusan lain seperti pernikahan atau kematian.

Sekiranya ia terjadi, individu tersebut boleh membuat permohonan semula di JPN melalui online dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan sebelum ini.

Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  2. Pemilik sijil kelahiran sekiranya telah memiliki kad pengenalan.

Proses Pendaftaran Pengguna

  1. Log masuk portal JPN di https://www.jpn.gov.my/my/e-services
  2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian
  3. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”.
  4. Manakala, jika sudah mempunyai akaun, klik sahaja “Log Masuk”.
  5. Untuk pengguna baru, isikan semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
  6. Selesai daftar, terima emel daripada “mygovernment@malaysia.gov.my”.
  7. Klik pada butang yang disertakan dalam pautan tersebut untuk pengesahan emel dan pengaktifan akaun.
  8. Tetapkan kata laluan baru sebagai langkah keselamatan.

Log Masuk Ke Akaun

  • Log masuk semula dengan kata laluan baru
  • Laman utama sistem akan dipaparkan.

Proses Permohonan

  1. Log masuk akaun.
  2. Baca terma dan syarat yang tertera. Klik pada butang “Setuju”.
  3. Buat permohonan sebagai pemilik atau waris.
  4. Sahkan permohonan.
  5. Satu tambahan borang permohonan akan dipaparkan jika pengguna memilih waris.
  6. Cetak surat pengesahan berjaya untuk dibawa ke kaunter.
  7. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera.

Tindakan yang pantas adalah sangat penting untuk melindungi privasi data peribadi supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama

Baca juga: Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama Kini Dibuka, Hanya Perlu Walk In & Percuma

Baca juga: 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah