X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tangan Kebas Ketika Hamil Bukan Petanda Baik, Ibu Mungkin Alami Sindrom Carpal Tunnel

6 min bacaan
Tangan Kebas Ketika Hamil Bukan Petanda Baik, Ibu Mungkin Alami Sindrom Carpal Tunnel

Ibu hamil pernah rasa tangan atau jari-jemari rasa kekebasan, berdenyut-denyut? Itu petanda sindrom carpal tunnel! Bincang dengan doktor jika ibu mengalami tanda-tanda ini.

Ramai ibu hamil terlepas pandang mengenai tangan kebas ketika hamil dan menganggapnya adalah perkara normal, tetapi benarkah begitu? Malah, kebanyakan ibu mengandung juga lebih memikirkan masalah stretchmarks yang dihadapi. Namun jarang pula kita bertanya tentang tangan kebas ketika hamil. 

Semasa saya sedang mengandung, saya sudah bersedia secara mental untuk mengharungi pelbagai kesan sampingan apabila hamil ini.

Mabuk hamil, payudara kembang, kaki kembang, sakit tulang belakang atau emo? Saya tak takut, lagipun ia cuma berlaku sepanjang anda mengandung sahaja. Tetapi kesan sampingan ini jauh lebih teruk dari stretchmarks! 

Ia adalah sindrom carpal tunnel atau sindrom terowong karpal yang menyebabkan ibu hamil rasa sangat sakit dan tidak selesa. Masih ada ibu hamil tidak tahu tentang kebas tangan ini dan cara menghilangkan kebas tangan dengan baik. Ayuh kami terangkan di bawah.

Isi Kandungan

  • Gejala Biasa Tangan Kebas Ketika Hamil
  • Apakah Penyebab Sindrom Ini?
  • Bila Sindrom Ini Bermula?
  • Cara Kurangkan Tangan Kebas Ketika Hamil
  • Bila Perlu Jumpa Doktor

Gejala Biasa Tangan Kebas Ketika Hamil

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa tangan kebas? Sebenarnya ramai yang tidak penyedari simptom simptom carpal tunnel yang berlaku semasa hamil. Mereka beranggap ini adalah perkara biasa. Tidak sebenarnya!

Ini antara gejala tangan kebas semasa hamil yang perlu dititipkan:

Tangan Kebas Ketika Hamil Bukan Petanda Baik, Ibu Mungkin Alami Sindrom Carpal Tunnel

 

  • Kebas (semut-semut) tangan dan jari pada waktu malam terutamanya pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari paling kecil.
  • Rasa kebas dan menyengat di tangan.
  • Meluap-luap rasa sakit di tangan atau jari-jemari.
  • Sakit dan kebas mungkin dirasakan menjalar ke atas sehingga ke lengan ataupun bahu.
  • Sensasi seperti terbakar di tangan, pergelangan tangan dan lengan.
  • Kesukaran untuk memegang objek.
  • Radiasi sakit di bahu, leher dan lengan.
  • Bengkak di tangan dan jari.

Dalam kes sindrom carpal tunnel atau tangan kebas yang teruk, kehilangan deria rasa pada jari dan otot tapak tangan boleh semakin merosot.

Apakah Penyebab Sindrom Ini?

tangan kebas ketika hamil, tangan kebas semasa hamil, tangan kebas, jari kebas, kebas tangan, sakit pergelangan tangan ketika hamil, punca tangan kebas, jari tangan kebas

Kebanyakan kes sindrom carpal tunnel ini akan berlaku dalam beberapa bulan yang terakhir semasa kehamilan. Jika anda pernah mengalaminya melalui kehamilan sebelum atau pun pernah terjadi walaupun bukan ketika hamil, berkemungkinan gejala ini akan dapat dirasai lebih awal.

Sindrom carpal tunnel berlaku apabila urat saraf yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari tersepit di pergelangan tangan. Selalunya, anda akan mengalaminya dalam satu atau kedua-dua tangan dan akan terasa lebih kuat pada tangan dominan iaitu yang sering digunakan.

Punca tangan kebas disebabkan oleh bengkak urat-urat lain yang berada di sekitar saraf tersebut sehingga rasa sakit atau kebas di bahagian tangan dan jari pesakit. Dalam kebanyakan kes juga, rasa kebas turut berpunca daripada masalah berat badan, cecair berlebihan dan hormon.

Antara sebab-sebab lain sakit pergelangan tangan ketika hamil termasuklah:

  • Patah tulang di tangan ataupun di pergelangan tangan
  • Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti waktu mengandung ataupun pada pesakit kencing manis.
  • Ketumbuhan di sekitar laluan carpal tunnel.
  • Beberapa penyakit lain seperti tulang tendon sakit

Bila Sindrom Ini Bermula?

“Pada mulanya saya anggap jari tangan kebas ketika hamil itu perkara yang biasa kerana saya tidak merasakan sebarang kesakitan lain. Tapi sekitar bulan ke-5 kehamilan saya, badan saya mula bengkak.

“Selain menghadapi masalah untuk tidur dan tidak dapat memakai kasut kegemaran saya, edema teruk ini telah mencubit saraf median di pergelangan tangan saya dan membuatkan jari kebas.

“Akibatnya, tangan saya sering rasa sesemut dan kebas sehingga berasa tidak selesa untuk menulis atau melakukan tugas lain yang banyak menggunakan otot tangan.

“Lama-kelamaan, rasa sakit itu datang berterusan, dan akan bertambah teruk tibanya waktu malam.  Saya terpaksa memakai pendakap pada pergelangan tangan sepanjang baki kehamilan saya dan menahan kesakitan tangan kebas pada waktu malam.

“Nasib baik selepas anak saya dilahirkan, edema ini beransur kurang dan sindrom carpal tunnel saya bertambah pulih. Saya berhenti memakai pendakap beberapa bulan selepas itu. Tapi keadaan tangan saya tidak pulih sepenuhnya.

“Apabila melakukan kerja untuk masa yang lama, contohnya menaip, saya dapat merasakan jari manis saya akan mula kebas dan keadaan ini akan kekal begitu selama beberapa jam. Saya perlu berhenti dan berehat dari semasa ke semasa supaya sakit kebas tangan itu boleh berhenti.

“Walaupun keadaan saya jauh lebih teruk semasa saya hamil, ia masih boleh memberi kesan kepada cara saya berkerja.”

Sekira ibu-ibu mengalami tanda-tanda ini, bincanglah dengan doktor anda. Sekurang-kurangnya, doktor mungkin boleh memberi pertunjuk dan cara untuk mengurangkan keadaan ini.

Cara Kurangkan Tangan Kebas Ketika Hamil

tangan kebas ketika hamil, tangan kebas semasa hamil, tangan kebas, jari kebas, kebas tangan, sakit pergelangan tangan ketika hamil, punca tangan kebas, jari tangan kebas

Sebenarnya tiada cara menghilangkan kebas tangan yang anda lalui semasa kehamilan. Namun begitu, masih terdapat beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk kurangkan rasa sakit tersebut iaitu :

  • Jangan mengambil makanan yang boleh meningkatkan rasa kebas.
  • Jangan lakukan pergerakan leher secara tiba-tiba.
  • Jangan mengangkat benda berat atau mengangkatnya dengan postur badan yang salah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai natrium yang tinggi. Ia adalah kerana makanan jenis ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi serta pengekalan air yang membuatkan anda menjadi kebas.
  • Memakai pergelangan tangan Splints semasa tidur juga dapat membantu memberi keselesaan pada tangan, mencegah lengan daripada lenturan dan memastikan ibu hamil tidak tidur di atasnya dan mengakibatkan aliran darah ke tangan terhenti.
  • Perbaiki postur badan semasa duduk dan juga berdiri.
  • Berjalan dengan kerap juga membantu mengurangkan kekebasan di tubuh.
  • Pengambilan suplemen vitamin B12 dan vitamin D jika doktor mendapati anda kekurangannya melalui ujian yang dilakukan.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Berasa kebas tangan semasa hamil adalah perkara normal, namun begitu terdapat kemungkinan ia akan menjadi lebih teruk. Keadaan ini disebabkan oleh kecederaan atau berlakunya sumbatan. Antara tanda-tandanya :

  • Kesakitan perut yang teruk
  • Kontraksi
  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur
  • Bengkak yang teruk

Sekiranya anda telah mencuba cara menghilangkan kebas tangan dan dapati terdapat tanda-tanda ini, segera hubungi doktor anda. Ketika hamil, sangat penting bagi anda untuk menitikberatkan kesihatan diri dan peka dengan setiap perubahan atau sebarang gejala yang dihidapi.

Oleh itu, sentiasa pastikan anda mengambil langkah-langkah awal mengesan gejala-gejala tersebut bagi membantu kepada pengesanan masalah kesihatan yang dihadapi dan mengelakkan sebarang komplikasi yang akan berlaku semasa kehamilan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

Baca juga: Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!

Baca juga: Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tangan Kebas Ketika Hamil Bukan Petanda Baik, Ibu Mungkin Alami Sindrom Carpal Tunnel
Kongsikan:
  • Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

    Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

    Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya

  • Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

    Mengapa Selalu Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Mudah untuk Merawat di Rumah!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.