Pada April 2022 yang lalu, seluruh negara dikhabarkan dengan kisah duka apabila anak kedua pelakon terkenal, Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa yang dimasukkan ke dalam wad akibat penyakit Kawasaki.
Tidak hanya mengalami demam, tahap kandungan oksigen Ayra Aryssa yang baharu berusia dua tahun menurun secara tiba-tiba.
Mereka sempat memuat naik keadaan anaknya yang mula menunjukkan tahap oksigen menurun dan memohon doa orang ramai agar anaknya segera sembuh.
Apa itu virus kawasaki
Disebabkan itu, ramai ibu ayah mula berasa bimbang terhadap penyakit kawasaki ini dan timbul persoalan adakah ia boleh menjangkiti kanak-kanak yang lain.
Apa itu virus kawasaki? Ia adalah sejenis penyakit keradangan pada pembuluh darah yang dapat berkembang menjadi penyakit jantung jika pesakit tidak menerima rawatan dengan cepat.
Kebiasaannya, sakit kawasaki ini terjadi pada kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan akan menyerang bahagian mulut, kulit dan kelenjar.
Menurut Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS berkata, sakit kawasaki bukan virus dan kanak-kanak di Asia lebih terdedah kepada penyakit itu.
Virus kawasaki punca
Memandangkan ia adalah kes yang jarang berlaku, anda pastinya ingin mengetahui punca kawasaki disease ini.
Dr Intan Hakimah yang juga Ketua Unit Imunologi Klinikal, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM menjelaskan sehingga kini belum dapat dikenal pasti punca virus Kawasaki yang dikesan oleh pakar Pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki buat kali pertama pada 1967.
Justeru beliau menasihati ibu ayah agar tidak mengambil mudah sekiranya anak demam. Jangan menganggapnya sebagai kebiasaan seperti kanak-kanak itu sedang membesar kerana perkara yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan rawatan segera pada si manja.
Bagaimana penyakit kawasaki pada anak terjadi
Penyakit Kawasaki atau turut dikenali sebagai Sindrom Kawasaki adalah jarang berlaku dan agak sukar untuk dikesan pasti.
Menurut Dr Intan Hakimah lagi, penyakit Kawasaki sukar untuk didiagnosis kerana ia mempunyai gejala serupa dengan penyakit lain termasuk demam.
Pada permulaan, sakit kawasaki anak yang dijangkiti boleh mencecah 38-40 darjah celcius melebihi empat hari dan tidak boleh kebah menggunakan ubat demam biasa.
Simptom lain pula akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam pertama berlaku.
Simptom virus kawasaki pada bayi dan kanak-kanak
Selain mengalami demam lebih dari lima hari, terdapat beberapa tanda virus kawasaki pada bayi atau kanak-kanak yang dapat ibu ayah perhatikan pada fasa pertama iaitu:
#1. Bengkak kelenjar limfa pada leher
#2. Kemerahan pada lapisan conjuctiva kedua-dua mata.
#3. Perubahan pada lapisan mukosa oropharynx. Misalnya red lips, dry fissured lips dan strawberry tongue.
#4. Sedikit bengkak atau kemerahan pada penghujung jari tangan dan kaki.
#5. Ruam kulit berwarna merah dengan pelbagai bentuk.
Bagi memastikan anak diserang oleh penyakit ini, anda perlu memastikan mereka menunjukkan sekurang-kurangnya 4 simptom daripada 5 tanda di atas.
Manakala fasa kedua biasanya akan berlaku 2 minggu selepas anak pertama kali mengalami demam. Si manja anda juga mengalami gejala-gejala lain seperti:
- Sakit sendi
- Sakit perut
- Muntah
- Cirit-birit
- Pengelupasan pada kulit tangan dan kaki, terutamanya hujung tangan dan kaki
Manakala pada fasa ketiga, gejala ini akan menghilang dengan perlahan kecuali terjadinya komplikasi lain. Ia memerlukan lebih kurang 8 minggu sebelum keadaan anak kembali normal.
Risiko maut lebih tinggi jika anak dijangkiti Covid-19
Meskipun bermula dengan gejala demam, penyakit kawasaki adalah amat bahaya dan boleh memberikan kesan lebih buruk sekiranya rawatan awal tidak diberikan kepada anak kecil. Berikut penjelasan doktor.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat simptom seperti penyakit kawasaki pada beberapa orang kanak-kanak disahkan positif Covid-19.
Menurut perkongsian oleh seorang doktor kanak-kanak, Dr. Redza Zainol, beliau meluahkan rasa bimbang mengenai penemuan terbaharu dalam siaran laman WHO dan perubatan ternama yang lain.
”Negara seperti Perancis, UK, Itali dan Amerika mula melaporkan peningkatan kumpulan pesakit kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti penyakit Kawasaki dan pada masa yang sama mereka dijangkiti Covid-19,” jelasnya.
Tambah Dr. Redza lagi, keadaan lebih serius jika anak-anak menerima gabungan dua penyakit ini serentak dan mungkin akan risiko kematian adalah tinggi berbanding pesakit lain.
Bagi memudahkan ibu ayah memahami penyakit Kawasaki, ia adalah jenis penyakit demam yang melibatkan beberapa organ terutamanya jantung kanak-kanak.
Sebab penyakit kawasaki amat berbahaya
Sekiranya anak kecil anda menghidapi penyakit ini, ia akan menyebabkan dinding salur darah koronari pada jantung menjadi lemah dan bengkak.
Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius. Namun, bagi sesetengah kes akan memberikan kesan jangka masa panjang seperti kerosakan arteri koronari.
Hampir kesemua pesakit ini melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Manakala, kanak-kanak lelaki dikiatakan dua kali ganda berisiko mengalami penyakit ini berbanding perempuan.
Gejala penyakit dikenal pasti sejak tahun 1967
Nama penyakit Kawasaki diambil sempena seorang doktor pakar kanak-kanak yang menjumpai gejala ini sekitar tahun 1967.
Pada ketika itu, sindrom Kawasaki ini paling banyak berlaku dalam kalangan anak kecil di Jepun.
Di Amerika Syarikat pula, ia dilaporkan telah berlaku kepada semua suku dan bangsa. Namun paling kerap dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai latar belakang Asia-Amerika.
Bila ibu perlu bawa anak berjumpa doktor?
Sekiranya ibu ayah mendapati suhu badan anak terlalu tinggi dalam tempoh yang lama dan tidak sembuh dengan makan ubat, ia menjadi salah satu tanda penyakit Kawasaki.
Justeru segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya jika melibatkan kes bayi berusia bawah satu tahun.
Rawatan penyakit kawasaki
Ia adalah sejenis penyakit yang rare dan bilang tepat kes yang berlaku di dunia masih belum diketahui. Cuma, dianggarkan ia menyerang 10 dari setiap 100 000 kanak-kanak bawah usia 5 tahun.
Mengenai cara rawatan, Dr Intan Hakimah berkata, kanak-kanak yang disahkan dijangkiti Kawasaki kebanyakannya pulih dalam tempoh beberapa hari.
Namun sesetengah kes serius, pesakit perlu dirawat di hospital bagi membolehkan ‘antibodi imunoglobulin’ secara infusi intravena (IV) diberikan kepada mereka.
Pesakit memerlukan cecair yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi dan mungkin diberikan aspirin untuk beberapa minggu.
Ia bergantung kepada kecepatan mengesan dan rawatan, virus ini juga boleh berterusan sehingga lapan minggu sebelum benar-benar pulih.
Rawatan yang boleh dilakukan di rumah
Sebaik sahaja anak diberikan keizinan keluar wad dan pulang ke rumah, terapi aspirin biasanya perlu diteruskan.
Walau bagaimanapun pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko sindrom Reye.
Si kecil anda mungkin akan berasa penat, meragam serta kulit akan kering selama hampir sebulan. Justeru pastikan anak mendapatkan rehat secukupnya.
Sapukan losen kulit bagi mengekalkan kelembapan jari-jari tangan dan kaki.
Komplikasi sakit kawasaki pada anak sekiranya tidak dirawat dengan segera
Penyakit Kawasaki yang lambat ditangani dapat menyebabkan beberapa keadaan yang serius, seperti:
- Serangan jantung
- Keradangan pembuluh darah jantung
- Gangguan fungsi jantung
- Keradangan pada otot jantung
Dalam sesetengah kes, bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami kerosakan pada arteri koroner. Ia boleh menjadi terlalu besar hingga terjadinya aneurisma.
Anak yang mengalami kerosakan arteri koroner berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung ketika usia dewasa.
Cara mengelakkan jangkitan penyakit kawasaki pada anak
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sakit kawasaki anak ini bukanlah kebiasaaan.
Justeru ibu ayah perlu sedaya upaya mengelakkan risiko penyakit ini pada kanak-kanak dengan menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, mengutamakan kebersihan dan mengelakkan kawasan sesak.
”Pencegahan adalah lebih baik. Kalau boleh sama-samalah kita cegah anak diserang sebarang penyakit dengan sentiasa berwaspada dalam kehidupan seharian,” jelasnya.
Kami turut menasihati ibu ayah agar menjadi role model terbaik buat anak-anak dan meneruskan kehidupan dengan norma baharu.
Sebarang jangkitan virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan masih tiada vaksin yang khusus untuk kanak-kanak bawah usia 5 tahun.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius
Baca juga: Penyakit Kawasaki Mungkin Berkaitan Simptom Baru Covid-19, Ibu Ayah Sila Peka!
Baca juga: Penyakit Kawasaki Jika Lambat Dirawat Boleh Jejaskan Jantung Anak! Apa Gejala Yang Kita Perlu Tahu?