Ibu Ayah Yang Tidur Sekatil Dengan Anak Undang Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut!

Sindrom kematian bayi mengejut memang menyedihkan. Menurut kajian, salah satu punca adalah ibu ayah tidur sekatil dengan bayi!

Memang memudahkan jika ibu ayah tidur sekatil dengan anak lebih-lebih lagi bayi baru lahir yang menuntut perhatian tinggi. Namun tahukah anda, risiko sindrom kematian bayi mengejut lebih tinggi jika anda tidur sekatil dengan bayi!

Sindrom kematian bayi mengejut atau selalu dipanggil SIDS boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur bayi. Tetapi peratusnya sudah pasti lebih tinggi dalam kalangan bayi yang berusia empat bulan ke bawah.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan sindrom kematian bayi mengejut?

Apa itu sindrom kematian bayi mengejut

Sindrom kematian bayi mengejut

Sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) kadangkala dikenali sebagai ialah kematian mengejut, tidak dijangka dan tidak dapat dijelaskan bagi bayi yang kelihatan sihat.

Kebanyakan kematian1 berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama kehidupan bayi. Bayi yang dilahirkan pramatang atau dengan berat lahir rendah berisiko lebih tinggi. SIDS juga dikatakan cenderung menjadi lebih biasa pada bayi lelaki.

SIDS biasanya berlaku apabila bayi sedang tidur, malah kadangkala ia boleh berlaku semasa mereka terjaga. Jadi tiada penjelasan yang jelas tentang bagaimana boleh berlakunya bayi mati secara mengejut.

Menurut statistik, sindrom kematian bayi mengejut, yang turut dikenali sebagai SIDS, adalah antara penyumbang kematian utama di kalangan bayi berusia 1 ke 12 bulan.

Siapa yang paling berisiko terhadap SIDS?

Sudah pasti ramai ibu ayah yang ingin mengetahui lebih lanjut apakah kriteria bayi yang berisiko mengalami SIDS. Menurut kajian, bayi yang berisiko mengalami kematian mengejut tanpa sebarang tanda termasuklah: 

  • Bayi pramatang, atau berat semasa dilahirkan rendah2
  • Bayi yang selalu terdedah kepada asap rokok
  • Ibu bayi merokok, minum, atau menggunakan dadah semasa mengandung dan selepas kelahiran
  • Ibu bayi mempunyai penjagaan pranatal yang lemah
  • Terdapat sejarah keluarga SIDS
  • Ibu bayi berumur di bawah 20 tahun semasa mereka melahirkan anak
  • Bayi terdedah kepada cuaca atau keadaan persekitaran yang terlalu panas

Punca berlakunya SIDS

sindrom kematian bayi mengejut, sindrom kematian bayi mendadak, SIDS, bayi mati mengejut, bayi mati lemas, bayi mati lemas bedung, mati lemas, bayi mati mengejut, mati mengejut, sindrom bayi mati mengejut, sindroms bayi mati mengejut

Punca sebenar yang menyebabkan berlakunya SIDS tidak diketahui, tetapi ia dianggap berpunca daripada pelbagai faktor yang sentiasa berkait antara satu sama lain. 

Bagaimanapun, pakar percaya SIDS berlaku pada peringkat tertentu dalam perkembangan bayi dan ia memberi kesan kepada bayi yang terdedah kepada tekanan persekitaran tertentu.

Kerentanan ini mungkin disebabkan oleh lahir pramatang atau mempunyai berat badan lahir rendah, atau kerana sebab lain yang belum dikenal pasti lagi.

Selain itu, tekanan daripada persekitaran seperti asap rokok, lemas di tempat tidur, pernafasan tersekat atau penyakit ringan lain boleh juga dikaitkan dengan sindrom bayi mati secara tiba-tiba. 

Selain itu, terdapat juga perkaitan antara ibu ayah yang tidur sekatil dengan bayi dengan kematian bayi secara mengejut. Bayi mungkin terhempap tangan ibu ayah dan sebagainya. 

Bayi yang meninggal dunia akibat SIDS dianggap mempunyai masalah dalam cara mereka bertindak balas terhadap tekanan ini dan cara mereka mengawal kadar jantung, pernafasan dan suhu mereka.

Walaupun punca SIDS tidak difahami sepenuhnya, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risikonya. 

Cara elakkan SIDS berlaku

Kalau anda hendak tahu, panduan tidur yang selamat untuk anak kecil ini telah menekankan aspek gaya tidur menelentang, tidur di atas permukaan yang tidak terlalu lembut, penyusuan badan dan perkongsian bilik tidur.

Ia juga turut menekankan aspek pemeriksaan kesihatan prenatal yang kerap ketika ibu sedang mengandung. Imunisasi juga ditekankan yang mana ia dapat membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut.

Antara perkara yang ibu ayah patut dan tidak patut lakukan untuk mengelak kematian bayi mengejut termasuklah:

Perkara patut buat:

  • sentiasa letakkan bayi anda dalam keadaan terlentang untuk tidur
  • letakkan bayi anda dalam kedudukan “kaki ke kaki” – dengan kaki mereka menyentuh hujung katil bayi atau kereta sorong bayi
  • pastikan kepala bayi anda tidak bertutup – selimutnya hendaklah diletakkan tidak lebih tinggi daripada bahu mereka
  • biarkan bayi anda tidur di dalam katil bayi atau bakul di dalam bilik yang sama dengan anda untuk 6 bulan pertama
  • gunakan tilam yang padat, rata, kalis air dan dalam keadaan baik
  • susukan bayi anda dalam keadaan duduk bagi mengelak anda tertidur dan menghempapnya
  • Pastikan bayi tidur dekat dengan anda tetapi bukan sekatil.  Apabila bayi tidur sebilik dengan ibu, kajian menunjukkan ia mengurangkan risiko SIDS. Tetapi berbahaya untuk bayi tidur dengan kanak-kanak lain atau orang dewasa di atas katil yang sama, di kerusi tangan dan di atas sofa.
  • Vaksin3 anak anda! Bukti menunjukkan bayi yang telah diimunisasi mempunyai pengurangan risiko SIDS sebanyak 50% berbanding bayi yang tidak diimunisasi sepenuhnya.

Perkara tidak patut buat:

  • Jangan merokok semasa mengandung atau biarkan sesiapa merokok di dalam bilik yang sama dengan bayi anda – sebelum dan selepas kelahiran
  • Jangan tidur di atas katil, sofa atau kerusi berlengan bersama bayi anda. Anda mungkin boleh terjatuh atau terlepas pegangan jika anda tertidur dan sebagainya
  • Jangan berkongsi katil dengan bayi anda jika anda atau pasangan anda merokok atau di bawah pengaruh dadah. Jika baru meminum alkohol elakkan menidurkan bayi anda. Jika bayi anda dilahirkan pramatang atau berat di bawah 2.5 kg semasa mereka dilahirkan pastikan anda lebih peka dan ambil langkah berjaga-jaga
  • Jangan biarkan bayi anda terlalu panas atau terlalu sejuksuhu bilik 16 hingga 20 darjah selsius sudah memadai untuk bayi selesa. Pastikan juga barangan di sekitar bayi anda adalah ringan sudah jika ia terhempap bayi tidak akan membahayakan bayi
  • Elakkan meletak terlalu baru banyak barang, kain dan sebagainya dalam katil bayi kerana dikhuatiri membahayakan bayi anda

Apakah saranan daripada AAP?

sindrom kematian bayi mengejut, sindrom kematian bayi mendadak, SIDS, bayi mati mengejut, bayi mati lemas, bayi mati lemas bedung, mati lemas, bayi mati mengejut, mati mengejut, sindrom bayi mati mengejut, sindroms bayi mati mengejut

Berikut adalah beberapa saranan penting yang diberikan oleh American Academy of Pediatrics (AAP). Jom baca, mungkin ibu ayah boleh mendapat manfaat daripadanya dan kita sama-sama dapat elakkan sindrom kematian bayi mengejut pada bayi kita. 

  1. Bayi sepatutnya tidur secara menelentang. Tidur secara menelentang dapat mengurangkan risiko tercekik pada bayi. Tidur secara mengiring pula dikatakan kurang selamat dan tidak disarankan oleh AAP.
  2. Permukaan tempat tidur bayi tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Tilam bayi sepatutnya tidak terlalu lembut dan menggunakan cadar fitted yang ketat. Ibu ayah juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan barang permainan atau bantal untuk mengelakkan risiko lemas atau tercekik.
  3. Pentingkan penyusuan badan. Ia membantu memastikan bayi terus sihat kerana menerima vitamin dan nutrien yang secukupnya. Manfaat penyusuan badan juga dapat ditingkatkan jika ia dilakukan secara eksklusif (tanpa pemberian susu formula).
  4. Tidur di bilik yang sama tetapi bukan katil yang sama. Tidur di bilik yang sama dengan bayi dapat mengurangkan risiko SIDS sehingga 50%! Ia membantu mengelakkan masalah lemas, terbelit, atau tercekik jika bayi tidur di katil yang berasingan.
  5. Guna puting ketika tidur. Kajian ada menunjukkan yang penggunaan puting dapat mengurangkan risiko SIDS. Malah, si kecil pun mudah tidur lena.
  6. Ambil tahu tentang bahaya kepanasan pada bayi. Kajian turut menunjukkan yang risiko SIDS boleh meningkat jika berlaku kepanasan pada bayi. Sebab itu, pemakaian yang sesuai amat penting untuk bayi.
  7. Dapatkan pemeriksaan prenatal yang berkala. Pemeriksaan secara konsisten bukan sahaja membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut, malah membantu ibu memantau kesihatan bayi secara keseluruhan!

Semoga bermanfaat.

  1. NHS (October 27, 2021). Sudden infant death syndrome (SIDS). www.nhs.uk/conditions/sudden-infant-death-syndrome-sids/
  2. Nemours Kids Health (December 2021). Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). kidshealth.org/en/parents/sids.html
  3. National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) (2017). Safe Sleep For Your Baby: Reduce the Risk of SIDS and Other Sleep-Related Causes of Infant Death. www.nichd.nih.gov/publications/product/458

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Mati Semasa Lahir (Stillbirth), Info Penting Berkaitan Posisi Tidur Yang Selamat Ketika Hamil

Baca juga: Nak Mengelak Bayi Mati Dalam Kandungan (Stillbirth), Ini Makanan Yang Harus DIJAUHI

Baca juga: Anak Maut Akibat Sindrom Bayi Mati Mendadak – Ibu Malang Ini Meluahkan Segalanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!