Dengan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin mendadak pasti ramai ibu ayah risau dengan kesihatan anak-anak. Ramai juga yang risau mengenai ketahanan tubuh badan dan tahap ketahanan sistem imunisasi badan anak.
Namun masih ada juga yang masih menolak untuk mendapatkan imunisasi wajib yang ada dalam jadual imunisasi kebangsaan untuk kanak-kanak di Malaysia.
Memang itu pilihan masing-masing namun yang merana ada anak yang tidak bersalah.
Sistem imunisasi badan makin tidak berfungsi jika kerap dijangkiti penyakit ini
Tahukah anda, perkara yang tidak pernah kita terfikir pun tetapi ada kaitannya dengan sistem imun yang semakin melemah adalah sering terkena jangkitan telinga.
Pelikkan? Tapi itulah hakikatnya. Jadi sekiranya anak anda sering mendapat penyakit seperti yang kami senaraikan di bawah, cepat-cepatlah bertindak.
Ia tanda sistem imun anak anda semakin melemah dan tidak berfungsi dan mereka perlukan bantuan sebenarnya!
9 tanda utama sistem imun anak tidak berfungsi dengan baik
Ada beberapa tanda yang akan muncul jika anak anda mengalami kekurangan imuniti primer yang bermaksud suatu gangguan di mana bahagian sistem ketahanan badan hilang atau tidak berfungsi seperti biasa.
- Mendapat empat kali atau lebih jangkitan telinga dalam satu tahun.
- Mendapat dua kali atau lebih jangkitan sinus yang serius dalam satu tahun.
- Dua kali atau lebih diberikan antibiotik dalam beberapa bulan tetapi hanya memberi sedikit kesan
- Mendapat dua kali atau lebih pneumonia dalam satu tahun
- Bayi tidak naik berat badan dan tidak membesar dengan normal
- Terdapat nanah terkumpul di kulit atau organ dalaman
- Sering mendapat jangkitan pada lidah dan jangkitan kulat atau fungal pada kulit
- Memerlukan antibiotik intravena untuk mengubati jangkitan
- Mendapat dua kali atau lebih jangkitan kuman dalam darah
Cara tingkatkan sistem imun anak
Sistem imun yang kuat sangat penting dalam perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Jadi apakah yang boleh ibu ayah buat untuk meningkatkan sistem imun mereka?
#1. Pastikan diet anak ‘berwarna-warni’
Biarkan si kecil anda menikmati warna ‘pelangi’ daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran menawarkan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut warna yang berbeza.
Jadi, ia adalah penting untuk anak anda mendapat pelbagai vitamin dan mineral yang baik. Contohnya, vitamin C dan karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren.
Vitamin ini mempunyai kualiti untuk meningkatkan sistem imun yang membantu badan menghasilkan sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan.
Anda haruslah cuba untuk menyajikan anak-anak anda lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Sama ada ia segar, beku, dalam tin atau kering, ia boleh dimasukkan ke dalam hidangan utama, puding, makanan ringan atau jus smoothie.
#2. Tidur yang cukup
Kekurangan tidur boleh membuat kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit dengan mengurangkan sel-sel pembunuh semula jadi mereka yang membantu jangkitan sistem imun.
Jumlah tidur kanak-kanak bergantung kepada umur mereka. Sebagai petunjuk umum, bayi yang baru lahir memerlukan 18 jam sehari, kanak-kanak kecil sehingga 13 jam dan kanak-kanak berumur 3-12 tahun sehingga 12 jam sehari.
#3. Makan ikan berminyak
Asid lemak omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan dan ditemui dalam ikan berminyak (salmon, mackerel, herring, tuna segar), minyak sayuran dan biji sesawi, walnut, kacang pecan, kacang hazelnut, flaxseeds dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Ikan putih (seperti haddock, plaice, ikan kod dan Coley) juga mengandungi beberapa omega-3 walaupun dalam dos yang lebih rendah.
Cuba masukkan ikan dalam diet anak anda dua kali seminggu, satu bahagian ikan berminyak dan yang lain, ikan putih. Beberapa kajian mendapati omega-3 juga boleh memberi manfaat untuk melawan jangkitan pada kanak-kanak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Tanda Anak Rasa Janggal Dengan Kita & Buat Hubungan Jadi Renggang, Jangan Biarkan!
Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur
Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam