Hukum solat sunat malam atau solat tahjud adalah sunat muakkad. Ia amat dianjurkan sebagai ibadah tambahan bagi mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. Berikut kami kongsikan panduan lengkap bagi mengerjakan solat tahajud.
Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an mengenai solat tahjud ini:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Rumi: Wa minal-laili fa tahajjad bihī nāfilatal lak(a), ‘asā ay yab’aṡaka rabbuka maqāmam maḥmūdā(n).
Maksudnya: “Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)
Waktu Solat Tahajud
Waktu Solat Tahajjud adalah bermula selepas waktu Isyak hingga sebelum waktu Subuh, dengan diiringi tidur. Waktu yang paling utama adalah pada sepertiga malam yang terakhir.
Bilangan rakaat solat tahajjud
Pada umumnya, solat sunat tahajjud boleh dilakukan tidak kira berapa rakaat sekali pun. Namun, ia juga boleh dilakukan sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan masing-masing.
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat malam sebanyak 11 rakaat sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA. Selain daripada hadith ini, terdapat hadith-hadith lain yang menceritakan berkenaan sifat solat malam Nabi SAW, antaranya:
Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah RA berkata:
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. [Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)]
Walaubagaimanapun, terdapat juga hadith lain yang menunjukkan bahawa Nabi SAW solat pada waktu malam melebihi 11 rakaat iaitu sebanyak 13 rakaat. Antara yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW solat pada waktu malam dengan 13 rakaat adalah Ibn Abbas RA dan juga Aisyah RA.
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat pada waktu malam 13 rakaat termasuk witir dan Baginda SAW juga solat sunat 2 rakaat al-Fajar”. [Riwayat Muslim (764)]
Cara solat tahajud
Awalnya, solat sunat tahajjud wajib bagi kaum muslimin. Setelah turun perintah solat lima waktu, solat sunat tahajud ini menjadi sunat muakkad. Bagi Rasulullah, solat sunat tahajjud ini tidak pernah ditinggalkannya.
Cara solat tahajjud pada dasarnya sama dengan solat sunat pada umumnya. Sebelum tahajud, disyaratkan suci dari hadas kecil dan hadas besar; suci badan, pakaian dan tempat dari najis; menutup aurat; dan menghadap kiblat.
Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah menerangkan, cara solat tahajjud hendaklah sebelum tidur berniat untuk bangun solat tahajud sehingga jika ia tertinggal (tidak terjaga), tetap mendapat pahalanya.
Cara solat tahajud dikerjakan dengan dua rakaat. Para ulama berbeza pendapat mengenai batasan jumlah rakaatnya. Rasulullah terkadang melaksanakan 11 rakaat tahajud termasuk witir dan terkadang 13 rakaat termasuk witir.
Secara ringkas, cara solat sunat tahajud dua rakaat adalah seperti berikut:
- Niat solat tahajud
- Takbiratul ihram, diikuti dengan doa iftitah
- Membaca surah Al Fatihah
- Membaca surat atau ayat Al Qur’an. Rasulullah biasa membaca surat yang panjang-panjang.
- Ruku’ dengan tuma’ninah
- I’tidal dengan tuma’ninah
- Sujud dengan tuma’ninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
- Sujud kedua dengan tuma’ninah
- Berdiri lagi untuk menunaikan rakaat kedua
- Membaca surat Al Fatihah
- Membaca surat atau ayat Al Qur’an
- Ruku’ dengan tuma’ninah
- I’tidal dengan tuma’ninah
- Sujud dengan tuma’ninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
- Sujud kedua dengan tuma’ninah
- Tahiyat akhir dengan tuma’ninah
- Salam
Niat Solat Tahajud
أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Doa Tahajud Rumi Dan Jawi
Doa sunat tahajud insya Allah dikabulkan oleh-Nya, lebih-lebih lagi jika dikerjakan di sepertiga malam yang terakhir, waktu paling mustajab untuk berdoa.
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
“Barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuninya. Barangsiapa yang memohon (sesuatu) kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya. Dan barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya.” (HR. Bukhari)
Maka apa pun permintaan seorang hamba, mohonkanlah kepada Allah SWT. Baik kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Terutama meminta ampun di atas dosa yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Rasulullah mengajarkan doa tahajjud yang khusus dibaca.
1. Doa Solat Tahajud dari riwayat Ibnu Abbas RA:
Doa selepas tahajud:
Doa tahajud rumi:
‘Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq
AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billah’
Maksud doa selepas tahajud JAKIM:
Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
▪︎Ya Allah, kepada Mu lah aku berserah diri, kepada Mu lah aku kembali, kepada Mu lah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum.
▪︎Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
▪︎Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
2. Doa tahajud dari riwayat Aisyah RA
Doa tahajud ringkas:
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ أَنْتَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Maksud doa solat tahajjud rumi:
Ya Allah, Tuhannya Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui yang gaib dan yang nampak. Engkau yang memutuskan diantara hamba-Mu terhadap apa yang mereka perselisihkan.
Berilah petunjuk kepadaku untuk menggapai kebenaran yang diperselisihan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa saja yang Engkau kehendaki menuju jalan yang lurus. (HR. Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)
Doa tersebut dibaca Rasulullah saat mengawali solat tahajud, yakni dibaca sebagai doa iftitah.
Adapun doa tahajud ringkas, kita bebas berdoa dengan segala doa yang baik. Terutama doa dari Al Quran dan Hadis. Boleh juga doa dalam bahasa Melayu, ia tidak dilarang.
Kelebihan solat tahajud
Kelebihan solat sunat tahajud adalah sangat luar biasa. Jika dilakukan secara konsisten, lama-kelamaan diri anda terbiasa untuk melakukannya setiap malam.
Solat tahajud shafiqolbu juga menjadi panduan buat mereka yang baru pertama kali atau dalam proses membiasakan diri dengan ibadah ini.
1. Kedudukan Terpuji
Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Isra ayat 79:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)
2. Kunci Masuk Surga
Rasulullah SAW bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصِلُوا الأَرْحَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (orang-orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, dan solatlah pada malam hari ketika orang lain sedang tidur; nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah)
3. Solat sunat paling utama selepas solat fardhu
Solat sunat tahajud juga disebut qiyamul lail, ia merupakan solat sunat yang paling utama. Sebagaimana sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ
“Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. An Nasa’i)
4. Kemuliaan dan Kewibawaan
Selain mendapatkan kedudukan mulia di akhirat kelak, orang-orang yang ahli solat sunat tahajud juga mendapat kedudukan yang mulia di dunia. Allah akan memberinya kemuliaan dan kewibawaan.
وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْـمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ
“Dan ketahuilah, bahwa kemuliaan dan kewibawaan seorang mukmin itu ada pada solat malamnya” (HR. Hakim; hasan)
5. Doa dimakbulkan
Orang yang mengerjakan solat sunat tahajud kemudian berdoa, insya Allah doanya dikabulkan Allah. Apalagi jika ia melakukannya di sepertiga malam yang terakhir.
6. Kebiasaan orang soleh
Solat sunat tahajud merupakan kebiasaan orang-orang soleh terdahulu. Maka siapa yang saat ini sentiasa mengerjakannya, maka ia pun tercatat sebagai orang-orang yang soleh sebagaimana mereka.
“Biasakanlah dirimu untuk solat malam kerana ia amalan orang-orang soleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR. Ahmad)
7. Ibarat sedekah secara sembunyi
Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Keutamaan solat malam dibandingkan dengan solat di siang hari seperti keutamaan sedekah secara sembunyi-sembunyi dibanding sedekah terang-terangan.”
Aisyah RA berkata, “Hendaklah kalian mengerjakan qiyamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Jika Baginda sakit, maka beliau mengerjakannya sambil duduk.”
Abu Dzar Al Ghifari RA berkata, “Rajinlah mengerjakan solat tahajud di kegelapan malam untuk menghadapi sepi dan gelapnya di alam kubur.”
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi
Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka
Baca juga: Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal