Solat Sunat Witir: Cara Solat Witir 3 Rakaat Mengikut JAKIM

Solat witir biasa disebut-sebut bila tibanya bulan Ramadan kerana ia biasanya dilaksanakan selepas solat sunat Tarawih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya Ramadan ramai yang akan menyebut mengenai solat witir yang dilaksanakan selepas selesai solat tarawih. Namun sebenarnya harus difahami ia tidak semestinya dikerjakan selepas solat tarawih kerana hukum solat witir adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan dalam Islam.

Lafaz Niat

Lafaz niat witir dua rakaat

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.

Lafaz niat witir satu rakaat

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.

Panduan Solat Sunat Witir Doa

Bilangan rakaat bagi solat sunat witir adalah dalam bilangan ganjil. Ia ditunaikan sama seperti solat sunat lain namun dalam rakaat ganjil.

Kebiasaannya ia dilaksanakan dalam tiga rakaat. Cara solat witir 3 rakaat dimulakan dengan solat sunat witir dua rakaat satu salam dan seterusnya satu rakaat satu salam menjadikan tiga kesemuanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat sunat witir boleh dikerjakan sepanjang malam iaitu selepas menunaikan solat Isyak sehingga menjelang sebelum masuk waktu Subuh.

Selepas selesai bacaan al-Fatihah adalah lebih afdal untuk membaca:

Rakaat pertama – surah Al-A’la
Rakaat kedua – surah Al-Kafirun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun jika anda mahu baca surah yang lain tiada salahnya. 

Selawat & Wirid Antara Solat

selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat tarawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.

Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadah pada bulan yang mulia ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa witir:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

Baca juga: Peluang Suami Untuk Jadi Imam, Ini Panduan & Cara Mengerjakan Solat Tarawih Di Rumah

Baca juga: Hidupkan Solat Tarawih Di Rumah, Suami Isteri Makin Sayang & Anak Jadi Lebih Disiplin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar