Doktor Beritahu Anak Lumpuh Kerana Spina Bifida, Ibu Ini Buktikan Anak Boleh Berjalan

Spina Bifida adalah keadaan tidak normal boleh menyebabkan anak lumpuh cacat dan tidak boleh berjalan. Namun ibu ini buktikan hal sebaliknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Anak puan takkan sama macam kanak-kanak normal lain,” itu pemakluman doktor kepada seorang ibu selepas bayi keduanya didiagnosis Spina Bifida Lypomyelomeningocele. Wanita tersebut diberitahu, terdapat benjolan pada punggung anaknya. Tidak tergambar bagaimana perasaan ibu itu apabila diberitahu anaknya juga tidak boleh berjalan selain berdepan dengan risiko.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak menghidap masalah spina bifida, ibu berjuang dapatkan rawatan
  • Kenali apakah masalah Spina Bifida yang sering terjadi kepada bayi
  • Jenis-jenis kecatatan
  • Sebab-sebab ia terjadi
  • Tanda-tanda mengalaminya

“Dia takkan boleh berjalan, dia akan lumpuh cacat dan sebagainya. Perkembangan dia tak sama macam normal kids dan risiko-risiko lain akan ada,” demikian perkongsian ibu tersebut, ririnsumri92 pada akaun TikTok.

Anak menghidap masalah spina bifida, ibu berjuang dapatkan rawatan

Bagaimanapun, kata-kata tersebut dijadikan sebagai semangat kepada ibu itu untuk terus berjuang demi anaknya.

Kesungguhan ibu tersebut bersama suami akhirnya menjadi kenyataan apabila melihat perkongsian video-video lain menunjukkan, kanak-kanak itu boleh berjalan.

Wanita itu memberitahu, anaknya turut menjalani pembedahan dan kini, ibu itu juga memberi kesedaran kepada ibu-ibu yang lain mengenai Spina Bifida dan kepentingan mengambil asid folik.

“Ada komen-komen mengatakan saya tak makan asid folik. Saya ambil asid folik sebelum mengandung lagi dan semasa mengandung kerana saya merancang (mengandung).

“Jadi saya ambil asid folik, tetapi benda ini terjadi.  Ada yang kata tak makan tapi sihat sahaja 4,5 orang anak. Itu Allah sayang awak,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenali apakah masalah Spina Bifida yang sering terjadi kepada bayi

Dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah, salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.

Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas. Kadangkala sebahagian daripada otak turut terdedah.

Jenis-jenis kecacatan Spina Bifida

  • Spina Bifida Occulta
    Saraf tunjang normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
  • Meningocoele
    Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
  • Meningomyelocoele
    Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Keterukan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya kecacatan teruk melibatkan saraf tunjang bahagian atas, kemungkinan bayi tidak dapat hidup lama kerana lumpuh seluruh badan. Hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/congenital juga mungkin terjadi.

Kebanyakkan kes mengalami keterukan sederhana. Kanak-kanak begini memerlukan pelbagai rawatan dan rehabilitasi.

Sebab-sebab masalah ini terjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Sebab sebenar masih tidak diketahui.
  • Ia disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
  • Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Tanda-tanda

  • Masalah ini boleh dikesan semasa masih mengandung melalui ultrasonography, MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP).
  • Selepas lahir, kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
  • Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
  • Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau tompokan rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak

Baca juga: Meskipun Tidak Merokok, Ibu Hamil Ketagih Vape Juga Berisiko Keguguran & Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Kepentingan Asid Folik Untuk Pembentukan Janin, Elak Risiko Cacat Lahir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan