Lebih Setahun Dihalang Berjumpa, Lelaki Terkilan Fikiran Anak Diracun Bekas Isteri & Ayah Tiri

Suami isteri bercerai adalah perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat. Namun paling menyedihkan apabila anak kecil menjadi mangsanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua hubungan rumah tangga berakhir dengan bahagia, ada yang terhenti di tengah jalan dan memisah untuk berpisah atas sebab-sebab tertentu. Bagi suami isteri bercerai, hak penjagaan anak yang masih kecil kebanyakannya akan diberikan kepada ibu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kisah suami isteri bercerai, dihalang dari berjumpa anak
  • Pasangan menangis dengar anak jawab nama sendiri dengan berbinkan bapa tiri

Pastinya setiap perceraian meninggalkan kesan emosi terhadap pasangan dan anak-anak. Adalah satu rezeki jika kedua-duanya masih berbaik meskipun berpisah. Namun ada juga yang bertindak sebaliknya.

Kisah suami isteri bercerai, dihalang dari berjumpa anak

Menerusi perkongsian Facebook oleh Marlyn Draman, dia sempat memuat naik beberapa video sewaktu menemani suami berjumpa dengan anaknya.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak berusia 7 tahun itu dilihat enggan bersamanya dan bersikap aggresif sambil mengeluarkan kata-kata yang kasar.

Lihat keadaan anak seusia ini, mustahil dia boleh bertindak sedemikian lebih-lebih lagi pada ayahnya sendiri.

Berulang-ulang kali suamiku bertanya pada anaknya, ''Apa yang Papa dah buat?''

Namun Hazim hanya meronta-ronta dan tangannya tidak henti memukul tanpa berkata apa-apa.

Setelah ibu dan ayah tirinya menyuruh Hazim bercakap, akhirnya Hazim buka mulut. Dan ayat yang diucapkan tidak habis seolah terlupa ayat yang telah diajarkan oleh seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga menggunakan perkataan 'Hang' apabila membahaskan diri dengan ayah kandung, sama seperti ayat bapa tirinya. Dengarkanlah betul-betul, adakah itu ayat dari seorang anak kecil seusia itu?

Si anak kecil ini pun sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan.

''Hang rasuk bapak aku...'' (apa yang dirasuk)

Tapi sebab dah diajar bercakap seperti itu, maka dia sebut sahajalah. Logik akal yang waras, seorang anak tidak akan berani memukul orang yang lebih tua darinya terutama ayah sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan atas sebab apa si anak nak membenci ayahnya sebegitu rupa? Apa yang ditanamkan dalam pemikiran anak ini?? Dia baru sahaja berusia 7 tahun.

Dan pandai mak dan bapak tiri tu ajar agar mengatakan si ayah tidak pernah ajak solat, sedangkan terang-terang anak cakap dulu pernah ada solat bersama papanya. Kan dah kantoi lagi..

Pasangan menangis dengar anak jawab nama sendiri dengan berbinkan bapa tiri

Dalam video yang lain, Marlyn memuat naik suami dengan anaknya yang berjumpa di tadika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak tertahan dek rindu, si ayah tekad ke taska anak untuk berjumpa bagi melepaskan rindu.

Si bapa tiri datang dengan polis dengan niat ingin menghalang, namun pihak polis membenarkan setelah ditunjukkan surat perintah Mahkamah.

Namun setelah setahun lebih anak ini terpisah dengan ayahnya, dia telah di brainwashed sehingga sanggup memaksa anak menukar sebutan nama dan binkan bapa tirinya.

Nama sebenar anak Sahul Hazim bin Sahul Hamid. Tapi diubah kepada Mohamad Hazim bin Mohamad Hanif.

Mengapa sanggup seorang manusia merosakkan pemikiran anak kecil ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Pasangan Tidak Tahan Dengan Ujian Rumah Tangga, Pilih Bercerai Di Usia Muda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Elak Buka Aib Walaupun Sudah Bercerai, Wanita Ini Berkahwin Dengan Rakan Bekas Suaminya

Baca juga: Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan