X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ngeri! Suami Ini Potong Kaki Isteri Depan Anak-Anak Dengan Parang

15 Sep, 2017
Ngeri! Suami Ini Potong Kaki Isteri Depan Anak-Anak Dengan Parang

Sanggup seorang suami memotong kaki isterinya dengan parang di hadapan anak-anak! Apakah puncanya? Ikuti kisah keganasan rumah tangga ini di sini.

Keganasan rumah tangga semakin melampau

Ngeri. Itulah yang terlintas di fikiran setelah membaca berita ini. Ia adalah keganasan rumah tangga yang tak dapat dibayangkan dengan mata!

Khamis lalu, media Coconuts Bali dari Indonesia melaporkan seorang suami memotong kaki kiri isterinya dan cuba untuk memotong kaki kanan wanita itu juga!

Suami tersebut tinggal di Canggu, Indonesia dan dikenali sebagai Kap. Isterinya pula bernama Putu Kariani, berusia 33 tahun. 

Serangan dilakukan di rumah mereka dengan parang di hadapan anak-anak! Anak-anak yang mengalami trauma itu sekarang telah dihantar ke rumah nenek mereka untuk jagaan yang lebih selamat.

https://www.instagram.com/p/BYr51-LnBQc/

Apabila Kap memotong kaki Putu, hanya nafsu marah berleluasa dalam dirinya. Namun, dia tiba-tiba “rasa bersalah” lalu membawa Putu ke klinik untuk menerima rawatan.

Setibanya di sana, polis pantas menahan suami kejam itu dan membawa Putu ke hospital. Kaki kiri Putu telah dibedah. Kap pula terpaksa menjalani ujian psikiatrik.

Suami potong kaki isteri ini sudah lama mendera isterinya!

Menurut laporan daripada ahli keluarga terdekat pada mangsa, Putu telah lama didera secara fizikal oleh suaminya. 

Malah, Kap juga pernah mengugut untuk mencucuh api rokok di kulit wanita malang itu. 

Isu keganasan rumah tangga bukan isu asing lagi di Indonesia, apatah lagi di Malaysia. Memang ada ramai suami yang mendera secara fizikal mahupun emosi isterinya.

Namun, ramai memandang ringan masalah ini dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana menganggap suami itu “akan berubah“.

suami potong kaki isteri

Kredit: GoFundMe

Begitu juga dengan situasi Putu. Ahli keluarga Putu menceritakan bagaimana Putu sebenarnya sudah lama ingin memohon cerai dari suaminya. Namun, keluarga mangsa sering memujuk dia. 

Putu dipujuk untuk memaafkan suaminya dan jangan meminta cerai. Baru minggu lepas Putu yang datang dengan pelbagai lebam di badan meminta izin dari keluarga untuk mohon cerai dari suaminya.

Tapi sekali lagi dia dihalang.

Sekarang, keluarga itu menyesal menyuruh Putu bertindak sedemikian. Kalau tak, Putu pasti takkan kudung, hilang satu kaki. 

Cemburu punca suami potong kaki isteri

Menurut data yang dikumpul oleh Counting Dead Women in Indonesia, hampir 193 wanita telah dibunuh.  50% mangsa dibunuh oleh suami, kekasih, pasangan atau lelaki yang tertarik pada mereka.

Hanya 4 orang wanita saja yang dibunuh oleh wanita lain!

Malah, menurut statistik United Nations Office on Drugs and Crime, 55% wanita yang jadi mangsa pembunuhan di seluruh Asia dibunuh oleh orang yang dikenali (keluarga) atau pasangan!

Mengapa hal seperti ini terjadi? 

Cemburu adalah motif utama. Suami Putu contohnya – menuduh Putu ada hubungan sulit. Sebab itu dia layak “dipotong kakinya”. 

suami potong kaki isteri

Kredit: AskOpinion

Putu mungkin bertuah kerana berjaya diselamatkan daripada serangan yang kejam ini, namun masih ramai isteri di luar sana yang nyawanya “diragut” oleh suami yang cemburu. 

Tempoh hari, kami melaporkan seorang isteri hilang 5 jari apabila suaminya potong jari itu kerana mahu dia berhenti belajar.

Pada bulan Jun lepas, seorang suami sanggup bakar isteri sampai mati akibat menjumpai mesej dari lelaki lain dalam telefon isterinya. 

Malah, ada juga kes di mana seorang wanita disembelih kekasihnya akibat tidak mahu melakukan hubungan seks! 

Ngeri sungguh jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap wanita. 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Untuk semua isteri, ibu malah wanita di luar sana – jaga keselamatan anda. Tiada yang lebih penting melainkan keselamatan diri sendiri. 

Kenapa? Demi anak-anak juga! Kalau kita (seorang ibu dan isteri) tak menjaga keselamatan diri sendiri, siapa nak jaga anak-anak kita?

Bagi yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga, usah takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Sumber rujukan: Coconut Bali, Info Denpasar, dan Tribun Bali

Kredit gambar: Info Denpasar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ngeri! Suami Ini Potong Kaki Isteri Depan Anak-Anak Dengan Parang
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham