Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba Amalkan Doa Susah Tidur & Tips Tidur Nyenyak Ini!
Susah tidur malam ketika hamil memang biasa dialami, ini tips dan doa susah tidur agar ibu hamil boleh alami tidur nyenyak.
Susah tidur malam atau masalah insomnia ketika hamil pasti boleh buat ramai wanita atau ibu-ibu stres. Tapi jangan risau di sini kita akan kongsi tips untuk mudah tidur serta doa susah tidur untuk ibu hamil amalkan.
Umumnya, orang dewasa memerlukan hampir 6-8 jam waktu tidur setiap malam. Tapi bagi anda yang mengalami susah tidur malam ini, untuk mencapai target 6-8 jam itu pasti sukar, lagi-lagi ibu hamil yang sudah mempunyai anak.
Ibu hamil memerlukan waktu rehat yang cukup untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan, jadi jom semak tips untuk mudah tidur dan doa susah tidur ini.
Isi Kandungan
Doa Susah Tidur
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Bacaan Rumi: Allahumma gharatin nujum wa hadaatil ‘uyun wa anta hayyun qayyum la takkhuzuka sinatun wala naumun ya hayyu ya qayyum ahdi’ laili wa anim ‘aini
Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa tidur lena di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a mengalami masalah sukar tidur akibat insomnia, akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Doa ini boleh dibaca sendiri, pada anak-anak atau bacakan pada air untuk diminum. Caranya adalah, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air yang telah dibaca dengan doa tidur malam ini boleh digunakan untuk diminum atau sebagai mandian.
Doa mudah tidur malam
Doa kedua adalah doa tido yang diajarkan di dalam Buku Wirid dan Doa, karya Haji Jamaluddin Hashim.
“Ya Allah, Tuhan pentadbir tujuh petala langit dan segala apa yang dibawah naungan-Nya. Tuhan penguasa tujuh petala bumi dan segala apa yang dikandungkan Nya dan Tuhan yang empunya syatitan-syaitan dan segala apa yang telah disesatkan. Jadilah Tuhanku untukku sebagai pelindung. Aku mohon perlindungan Mu daripada bencana kejahatan makhluk Mu sekeliannya. Dengan bahawa mengalahkan aku oleh sesiapa juga daripada makhluk-makhluk Mu itu. Dan juga daripada melakukan keaniayaan atas diriku. Maha gagah perlindungan Mu. Maha besar pujian kepada Mu. Dan tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain daripada Mu. Dan tiada Tuhan yang wajib ditaati melainkan Tuhanku.”
Punca Susah Tidur Malam Semasa Kehamilan?
Bagi bakal ibu baru di luar sana, mengalami masalah kurang tidur selepas bayi dilahirkan adalah satu perkara biasa yang akan terjadi. Tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa ia juga boleh berlaku semasa trimester pertama kehamilan.
Kebanyakan wanita mengalami masalah susah tidur malam semasa hamil. Wanita hamil cenderung mendapat lebih banyak waktu tidur semasa trimester pertama akan tetapi mengalami penurunan besar dalam kualiti tidur mereka.
Ternyata kehamilan boleh membuat anda berasa letih sepanjang hari. Ia juga boleh menyebabkan insomnia pada waktu malam.
Insomnia Ketika Hamil
Insomnia bermakna anda mengalami kesukaran untuk tidur, terus tidur dengan nyenyak atau kedua-duanya. Wanita boleh mengalami insomnia semasa semua peringkat kehamilan, tetapi ia cenderung lebih biasa pada trimester pertama dan ketiga.
Ia akan terjadi di antara waktu rehat tengah malam yang mana boleh berlaku masalah hormon di luar kawalan. Selain itu masalah kehamilan seperti kesesakan dan pedih ulu hati juga boleh menjadi punca akan susah tidur yang mana mungkin akan menyebabkan anda menghabiskan lebih banyak masa di luar bilik.
Walaupun insomnia mungkin menyedihkan, namun ia tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan.
Menjelang akhir kehamilan, ramai wanita mengalami kesukaran untuk mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang lena. Semasa trimester pertama, anda mungkin tidak mempunyai perut yang besar untuk menampung bayi namun terdapat masalah lain yang boleh menghalang tidur malam yang nyenyak.
Jadi eloklah diamalkan doa susah tidur pada waktu begini. Minum air yang telah dibacakan doa juga dapat membantu ibu-ibu hamil mudah tidur.
Berikut merupakan punca-punca masalah sukar tidur malam ketika kehamilan:
- perlu kerap membuang air kecil
- loya atau muntah
- sakit belakang
- payudara tegang
- ketidakselesaan perut
- kaki kejang
- sesak nafas
- pedih ulu hati
- mimpi yang jelas
Penyebab lain insomnia boleh dikaitkan dengan tekanan. Anda mungkin berasa bimbang tentang proses bersalin, atau bimbang tentang cara anda mengimbangi kerja dengan menjadi ibu baru. Fikiran ini boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam, terutamanya selepas ‘lawatan’ anda ke tandas.
Sukar untuk mengalihkan perhatian anda daripada pemikiran ini, tetapi cuba ingat bahawa perasaan bimbang itu adalah tidak produktif.
Sebaliknya, cuba tulis semua kebimbangan anda di atas kertas. Ini akan memberi anda peluang untuk mempertimbangkan penyelesaian yang mungkin. Jika tiada penyelesaian, atau tiada apa yang boleh anda lakukan. Perkara ini juga boleh membantu mengosongkan fikiran supaya anda boleh berehat.
Adakah Masalah Susah Tidur Akan Semakin Teruk Jika Bayi Anda Semakin Membesar?
Memandangkan anda mungkin mengalami insomnia dan tidur terganggu pada bila-bila masa semasa kehamilan, anda mungkin menghadapi kepenatan selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan tanpa titik akhir yang nyata.
Tetapi daripada membiarkan gangguan tidur ini membebankan anda, semak dengan doktor anda pada temu janji pranatal anda yang seterusnya untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa apabila menjadi ibu ayah, ia bermakna anda mempunyai banyak tanggungjawab baru dan pengalaman yang manis.
Namun, ini juga bermakna tidur anda bakal terkorban kerana bayi baru lahir anda itu memerlukan penjagaan yang kerap dan mungkin masih perlu menyusu pada waktu malam.
Tapi kalau anda nak rehat, tidurlah ketika bayi anda sedang tidur. Nanti mereka berjaga, anda tak boleh tidur sesuka hati tanpa memberikan pengawasan kepada bayi, kan?
Cara Atasi Susah Tidur Malam Dengan Bahan Semulajadi
Selain amalkan doa susah tidur, kami juga ingin berkongsi apa 8 bahan semulajadi yang boleh membantu anda mengatasi masalah tidur ini. Semoga dengan 8 bahan semulajadi di bawah, anda dapat tidur lebih nyenyak dan boleh perform jadi ibu ayah terbaik!
1. Pengambilan Teh Hitam
Asid amino dalam makanan dan minuman tertentu sebenarnya boleh memberi khasiat pada sistem saraf. Ia membolehkan anda mudah tidur dengan nyenyak.
Salah satu asam amino yang terbaik adalah L-theanine. Zat ini boleh didapati dalam teh hitam, teh hijau dan white tea. Asid amino mengatasi masalah susah tidur malam dengan mengurangkan rasa cemas jadi anda boleh jadi senang untuk tidur. Amalkan teh ini sebelum tidur.
Kami ada senaraikan teh terbaik yang selamat untuk ibu hamil minum di sini.
2. Minum White Tea
Walaupun white tea mengandungi kafein, namun ia lebih banyak asid amino L-theanine. Sebuah kajian dari Asian Pacific Journal of Nutrition mendapati gelombang otak akan meningkat jika individu mengambil lebih banyak asid amino L-theanine. Gelombang otak ini akan memberi rasa relaks pada tubuh, jadi anda akan lebih senang nak tidur!
3. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih relaks. Teh hijau juga amat berkesan untuk mencegah sleep apnea.
4. Buah Lemon
Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin. Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, boleh mengatasi stres dan anda dapat mengatasi masalah susah tidur malam!
5. Buah Limau Nipis
Sama seperti buah masam lain yang mengandungi vitamin C, limau nipis juga mampu menenangkan sistem saraf dan menghilangkan stres malah rasa cemas yang parents selalu rasa. Sebab itu buah ini amat bagus untuk mengatasi masalah susah tidur malam.
6. Buah oren
Brain Research Bulletin pada tahun 2015 melaporkan vitamin C yang ada dalam buah oren mencegah ketidakseimbangan memori dan menjaga antioksidan dalam otak. Hal ini mampu menurunkan masalah susah tidur malam dan memberi tidur yang lebih nyenyak.
7. Kayu manis
Kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Jika anda selalu terbangun di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang meningkat. Kalau tak mahu asyik terbangun lagi, cuba masukkan kayu manis dalam menu harian anda!
8. Halia
Selain bagus untuk sistem pencernaan, halia juga amat bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam. Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak. Ia memberi rasa lebih relaks.
Jadi ibu dan ayah semua, kalau anda ada masalah susah tidur malam atau insomnia, apa kata anda cuba 8 bahan semulajadi ini. Moga-moga masalah insomnia anda akan semakin pulih. Semoga maklumat ini bermanfaat buat kesihatan anda!
Amalan Tidur Malam Dalam Islam
Jika di dalam Islam, ada beberapa cara yang disyorkan untuk seseorang itu amalkan jika mengalami masalah sukar tidur. Berikut adalah amalan tersebut:
1. Amalan baca doa sebelum tidur
Adalah disarankan untuk membaca doa sebelum tidur jika di dalam Islam.
“Bismikallahumma amuutu wa ahyaa”
Maksudnya: “Dengan nama Mu, ya Allah, aku mati dan hidup.”
2. Baca ayat Al-Quran
Juga disyorkan untuk umat Islam yang mengalami masalah tidur malam untuk membaca ayat Al-Quran untuk memberikan ketenangan. Ayat yang boleh dibaca seperti Ayat Kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas yang mana memiliki kekuatan khusus untuk melindungi dari gangguan dan memberikan ketenangan.
3. Zikir
Zikir dapat membantu menghilangkan keresahan dan membuatkan fikiran kita kepada Allah SWT. Antara zikir yang boleh dibaca seperti “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan selain Allah) atau “Astaghfirullah” (Aku memohon ampunan Allah).
Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas tidur seketika. Ia dapat membantu seseorang merasakan tenang dan melepaskan segala keresahan kepada Allah SWT.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Bagi kebanyakan wanita, insomnia semasa trimester pertama akan berlalu juga. Jika anda menghadapi masalah sukar tidur malam, cuba tidur siang pada siang hari. Tetapi cuba untuk tidak mengambil sebarang suplemen, ubat-ubatan, atau herba yang merangsang tidur sehingga anda berunding dengan doktor pakar.
Jika insomnia anda menjejaskan keupayaan anda untuk berfungsi, doktor anda mungkin boleh menetapkan ubat penenang yang selamat untuk diambil semasa kehamilan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
- WhatToExpect (n.d.) Insomnia During Pregnancy. How to Sleep Better While Pregnant. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/insomnia.aspx
- healthline ( January 10, 2018) Insomnia in Early Pregnancy. Why it Happens and What to Do. www.healthline.com/health/pregnancy/early-insomnia#takeaway
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mata Macam Panda Sebab Dapat Baby Baru? Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa Tak Cukup Tidur
Baca juga: Koleksi Gambar Tidur Anak Dan Bapa Yang Lucu & Mencuit Hati, Macam-Macam Gaya!
Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!