Tolong, Kenapa Susu Badan Saya Ada Darah? Masih Boleh Berikan Susu Pada Anak Tak?

Susu ibu bercampur darah biasanya normal bagi ibu lebih-lebih lagi ibu buat kali pertama. Apa penyebab susu bercampur darah dan adakah ia selamat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu hari, ketika anda sedang pam susu badan di rumah, tiba-tiba anda perasan susu ibu bercampur darah.

Tentu anda takut melihat perkara ini apatah lagi nak beri anak anda minum susu tersebut. Tapi susu ibu bercampur darah adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu buat kali pertama.

Kita biasanya mengaitkan darah dengan sesuatu yang merisaukan, tapi susu strawberi (panggilan beberapa ibu) ini bukanlah sesuatu yang bahaya.

Malah, kebanyakan ibu tak sedar darah dalam susu melainkan semasa pam susu atau melihat darah pada najis bayi atau air liur bayi.

Hari ini kami kongsikan apa sebab susu ibu bercampur darah. Penting untuk ibu menyusu tahu info berguna berikut!

Ini 3 penyebab kenapa susu ibu bercampur darah

1. Puting merekah

Kerosakan puting selalunya adalah penyebab biasa kenapa ada darah dalam susu anda. Puting merekah dan bengkak biasanya disebabkan oleh kedudukan anak yang salah semasa menghisap puting dan masalah untuk melekap pada payudara.

Bila anak anda hisap dengan bersungguh-sungguh, ia akan menyebabkan tisu berdarah.Bincang masalah ini pada doktor untuk tip dan pengetahuan tentang bagaimana memperbaiki posisi dan lekapan pada payudara.

2. Pembengkakan vaskular

Pembengkakan vaskular juga dikenali sebagai sindrom Paip Berkarat oleh kerana warna susu yang seakan berkarat. Keadaan ini berlaku pada ibu sejurus selepas bersalin dan biasa berlaku pada wanita yang pertama kali menjadi ibu.

Ini berlaku kerana peningkatan perjalanan darah pada payudara diperlukan untuk perkembangan saluran susu dan penghasilan sel susu dalam payudara, serta kombinasi perkembangan yang mendadak untuk tisu penghasilan susu pada ibu mengandung.

Tiada rawatan yang diperlukan kerana pembengkakan vaskular biasanya baik sendiri selepas seminggu dan tak muncul semula.

Pakar juga cadangkan ibu yang mengalami masalah ini untuk terus meyusukan anak. Jika pendarahan berterusan, rujuk pakar untuk nasihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Intraductal papilloma

Intraductal papilloma adalah tumbuhan ketuat atau kutil pada liang saluran susu yang akan berdarah. Ia biasanya ada pada payudara dan tak dapat dirasai melalui sentuhan manual.

Papilloma pada payudara tak bahaya dan tak perlu dirawat dan pendarahan akan berhenti dengan sendiri.

4. Kapilari rosak

Ini boleh berlaku apabila anda mengendalikan payudara dengan kasar, menekan payudara terlalu kuat semasa mengeluarkan susu dan penggunaan pam yang salah.

Cuba kurangkan sedutan pam payudara jika darah pada susu badan adalah kerana kapilari rosak (darah merah terang menunjukkan puncanya dekat dengan puting), dan ia akan membantu mengurangkan tekanan pada kawasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah selamat untuk anak minum susu ibu bercampur darah?

Ya, adalah sangat selamat menurut pakar penyusuan, kecuali sebab-sebab tertentu.

Pakar kanak-kanak dan penyusuan terkenal di peringkat antarabangsa, Dr. Jack Newman mengatakan walaupun susu ibu bercampur darah boleh menyebabkan bayi muntah/muak dengan lebih kerap dan menyebabkan tahi mengandungi darah, “ini bukan sebab untuk berhenti menyusukan anak.

Anak anda tak akan berada dalam keadaan bahaya jika mereka menelan darah dalam susu dan ia akan keluar melalui tahi anak.

Jika anda melihat darah pada lampin anak, dan asalkan anda tahu yang darah tersebut datang dari susu anda, tak ada sebab untuk anda risau.

Bila anda tak patut beri susu ibu bercampur darah pada anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun biasanya ia selamat untuk terus menyusukan bayi walaupun ada darah dalam susu anda, ada beberapa pengecualian yang perlu anda tahu.

Wanita yang mempunyai HIV/AIDS perlu mengelakkan dari memberi anak susu campur darah.

Jika anda baru-baru ini mengidap jangkitan seperti hepatits, sepsis atau penyakit bahaya yang lain, bincang dengan doktor sebelum meberikan anak susu bercampur darah.

Doktor akan beritahu jika terdapat risiko jangkitan yang akan diberikan pada anak melalui darah dalam susu atau anda boleh meneruskan penyusuan.

Mencegah dan menghentikan susu ibu bercampur darah

Dalam kebanyakan kes, anda akan pulih dengan sendiri.

Walau bagaimanapun, jika anda rasa terlalu sakit untuk meneruskan penyusuan, simpan bekalan susu dengan mengepam susu sekurang-kurangnya 8-10 kali sehari.

Jika anda berazam untuk meneruskan penyusuan terus dari payudara walaupun berdarah, cuba tip ini untuk mengurangkan sakit:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Susukan anak di payudara yang kurang sakit dahulu.
  • Meletakkan ais pada payudara yang sakit sebelum menyusukan anak dapat membantu mengurangkan sakit.
  • Cuba posisi yang berlainan untuk mengetahui yang mana lebih selesa buat anda.

Jika pendarahan anda melebihi 14 hari, lebih baik anda bercakap dengan doktor. Jika anda tak pasti kenapa puting anda berdarah atau bagaimana darah boleh masuk ke dalam susu, jumpa doktor secepat mungkin.

Kadang-kadang jangkitan seperti mastitis dan nipple thrush yang akan menyebabkan darah dan nanah untuk masuk ke dalam susu anda dan jangkitan seperti ini biasanya perlukan rawatan segera dengan antibiotik.

Jika anda tak dapatkan rawatan yang betul, pakar mengatakan yang saluran susu mungkin akan tertutup sementara dan menyebabkan penyusuan menjadi mustahil. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Salah Menyimpan Susu Badan Boleh Jadi Berbahaya Untuk Bayi, Jauhi 9 Kesalahan Ini!

Baca juga: Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Bersalin, Ini Panduan Buat Ibu Baru Agar Penyusuan Jadi Lancar!

Baca juga: Bayi Tidak Berak Undang Kerisauan, Ibu Ayah Boleh Lakukan Beberapa Tips Ini Untuk Bantu Si Kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar