8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Susu ibu mengandung sememangnya penting untuk ibu hamil. Usah runsing mencari kerana kami ada senaraikan susu terbaik untuk ibu hamil.

Selain asid folik, susu ibu mengandung sangat penting dalam tempoh seawal kita baru mula hamil. Ibu perlu memastikan mendapat nutrisi yang secukupnya, baik kepada janin mahupun kepada kesihatan ibu itu sendiri.

Memang ada di antara kita yang tidak sukakan susu, namun susu juga adalah sumber penting untuk membekalkan nutrien yang penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA, EPA dan zat besi.

Lagi-lagi dalam tempoh kehamilan kerana ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Iaitu kira-kira 1000-1300 mg kalsium setiap hari.

 Apatah lagi, jika ibu mengalami mual, kurang tenaga dan tidak berselera pada trimester pertama.

Tips Memilih Susu Ibu Mengandung Untuk Ibu Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

1. Pilih Susu Rendah Lemak & Tinggi Protien

Kebiasaannya ibu akan memilih susu lembu tetapi  susu lembu yang rendah lemak adalah pilihan yang tepat.

2. Minum Susu Tanpa Gula & Perisa

Sebaiknya minum susu tanpa gula dan perisa tambahan bagi mengelakkan sebarang tinggi gula dalam badan, anda boleh memilih susu jenis ini.

3. Kaya Kalsium dan Vitamin D

Pilih susu ibu hamil yang kaya kalsium dan vitamin D. Pesakit kencing manis cenderung memiliki struktur tulang yang lemah. Jadi, susu yang tinggi kalsium dan vitamin D boleh membantu menyokong komposisi tulang dengan baik.

4. Hadkan Pengambilan Susu

Lebih baik jika ibu mengandung mengehadkan pengambilan susu dengan minum 1 gelas susu untuk ibu mengandung dalam sehari.

Susu mengandungi karbohidrat, jadi pengambilan susu yang berlebihan boleh mengumpulkan gula dalam darah. 

Pentingnya Pengambilan Susu Ibu Mengandung Dalam Tempoh Kehamilan

Nak dikatakan, memang ramai ibu yang tak suka minum susu, tapi kena juga minum bila sudah tahu diri hamil. Sebenarnya susu ibu mengandung ini perlu diamalkan supaya tubuh ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi.

Namun begitu, ramai ibu yang baru hamil tidak tahu jenama susu ibu mengandung yang terbaik dan boleh diamalkan sepanjang sembilan bulan kehamilan.

Untuk itu, kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi jenama susu untuk ibu hamil terbaik buat anda.

8 Susu Ibu Mengandung Yang Anda Boleh Cuba

Memang terdapat banyak pilihan susu ibu mengandung di pasaran yang anda boleh cuba, tapi di sini kami senaraikan 8 susu untuk ibu hamil yang menjadi pilihan dan susu yang sesuai untuk ibu mengandung dengan bajet untuk ibu!

Susu Ibu Mengandung Terbaik
Mama's Choice Almond Milk Booster
Terbaik untuk perkembangan otak bayi seawal kehamilan
more info icon Beli di Mama's Choice
Momma Pregolact Milk
Terbaik untuk menyokong kesihatan ibu
more info icon Beli di Shopee
Enfamama A+ Vanilla
Terbaik untuk menyokong tumbesaran janin
more info icon Beli di Shopee
Frisomum Gold
Terbaik untuk membekalkan nutrisi
more info icon Beli di Shopee
Prenagen Mommy
Terbaik pelbagai perisa
more info icon Beli di Shopee
Anmum Materna
Terbaik tanpa gula tambahan
more info icon Beli di Shopee
Similac Mom
Terbaik untuk perkembangan otak
more info icon Beli di Shopee
Karihome Mama Milk
Terbaik sesuai untuk ibu menyusu
more info icon Beli di Shopee

Mama’s Choice Almond Milk Booster – Chocolate

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Perkembangan Otak Bayi Seawal Kehamilan

 

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Nak pastikan ibu menghasilkan susu badan yang banyak, tidak semestinya kena tunggu selepas bersalin baru nak usahakan. Seawal kehamilan lagi ibu sudah boleh mengambil susu Mama’s Choice Almond Milk Booster ini. 

Ia merupakan milk booster pertama yang menggabungkan DHA dengan galaktagogue, serbuk susu badam ini membantu ibu meningkatkan penghasilan susu badan dan memperbaiki kualiti susu ibu.

Mama’s Choice Almond Milk Powder diperbuat daripada bahan semula jadi yang terbukti secara klinikal meningkatkan penghasilan susu badan sekaligus kualiti susu ibu.

Apa yang kami suka?

  • Dengan fenugreek, ia meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Diperkaya dengan DHA, baik untuk perkembangan otak bayi
  • Badam membantu memperbaiki kualiti susu ibu
  • Kurma pula kaya dengan vitamin dan mineral serta meningkatkan hormon oxytocin untuk penghasilan susu ibu
  • Daun katuk meningkatkan hormon prolaktin untuk penghasilan susu

Momma Pregolact

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Menyokong Kesihatan Ibu

 

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Momma Pregilact ini mempunyai rumusan bagi menyokong kesihatan ibu hamil dan menyusu secara keseluruhan. Malah, susu ibu hamil yang bagus ini boleh diminum oleh individu yang mempunyai masalah Fibroid dan Cyst.

Susu terbaik untuk ibu mengandung ini diperkaya dengan protein dan zat besi yang badan perlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah supaya tahap Hb ibu hamil boleh meningkat dengan cepat.

Pasangan TTC juga sesuai diamalkan secara konsisten dan berterusan agar melancarkan haid dan meningkatkan kualiti dalaman.

Apa yang kami suka?

  • Tanpa krimer / maltodextrin
  • Menaikkan bacaan Hb ibu hamil
  • Mengawal paras gula

Enfamama A+

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Menyokong Tumbesaran Janin

susu ibu mengandung

Susu ini bagus untuk ibu hamil yang berada dalam fasa trimester satu hingga tiga. Susu ini kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Selain itu, ia mampu mengurangkan risiko kecacatan kongenital.

Ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, zat besi, Vitamin B complex dan Vitamin C.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai ramai
  • Mengandungi prebiotik baik untuk usus
  • Kaya dengan nutrisi
  • Mengandungi DHA yang tinggi

Frisomum Gold

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Membekalkan Nutrisi

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Susu ibu mengandung terbaik ini merupakan keluaran Dutch Lady yang diadun khas bagi membekalkan nutrisi dan pemakanan ibu hamil. Ia boleh dikatakan satu susu yang sesuai sebagai susu untuk ibu hamil 0-3 bulan.

Antara khasiat yang terkandung seperti ALA, LA, Nucleotides, asid folik, kalsium dan zat besi. Malah ia juga dapat mengurangkan rasa mual dan menjadikan anda lebih cergas serta produktif.

Apa yang kami suka?

  • Perisa Vanilla
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang menjaga badan dan mengekalkan berat seimbang kerana mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
  • Mengurangkan masalah sembelit

Prenagen Mommy

Susu Ibu Mengandung Terbaik Pelbagai Perisa

susu ibu mengandung

Susu ini sesuai diamalkan bermula dari satu bulan hingga sembilan bulan kehamilan. Apa yang lagi best, susu ini mempunyai perisa susu yang pelbagai seperti coklat, vanila, mocha dan strawberi.

Malah, susu untuk ibu mengandung ini merupakan salah satu jenama susu yang kurang gula dan natrium / garam.

Antara lain khasiatnya seperti asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D, magnesium, fosforus, omega 3 dan 6 serta insulin.

Apa yang kami suka?

  • Kurang gula dan natrium/garam
  • Sesuai untuk ibu yang kurang menggemari susu
  • Lengkap dengan nutrien penting

Anmum Materna

Susu Ibu Mengandung Terbaik Tanpa Gula Tambahan

anmum materna susu ibu mengandung

Anmum Materna dikeluarkan oleh Fernleaf yang dapat menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Ada ibu yang suka minum Anmum adalah kerana susunya berperisa asli tanpa gula tambahan. Selain rendah lemak.

Khasiat lain yang ada dalam Anmum Materna seperti Gangliosida, Asid lemak, Asid Sialik, Asid folik dan lain-lain.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang terkenal
  • Tiada gula tambahan dan rendah lemak
  • Diperkaya dengan zat besi, folat, kalsium, probiotik, GA & DHA

Similac Mom

Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Perkembangan Otak 

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Susu Similac ini dirumuas khas bagi memperkuatkan pertumbuhan dan otak semasa awal kehamilan. Malah, ia juga memiliki kandungan lemak yang rendah dan sangat sesuai untuk anda.

Selain daripada itu, Similac Mom juga dirumus dengan sistem nutrisi EyeQ yang dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli bagi mencegah pengoksidaan DHA kerana ia penting bagi pembangunan otak dan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan lagi.

Apa yang kami suka?

  • Susu rendah lemak
  • Dirumus dengan nutrisi EyeQ
  • Memenuhi keperluan nutrisi ibu

Karihome Mama Milk

Susu Mengandung Terbaik Sesuai Untuk Ibu Menyusu

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Karihome Mama Milk adalah susu kambing untuk ibu hamil yang diformulasikan dengan nutrisi yang lengkap untuk ibu mengandung.  Juga sesuai untuk ibu selepas bersalin. Karihome Mama Milk yang diperbuat dari New Zealand ini berperisa vanila sesuai untuk mengurangkan rasa mual dan membantu pertumbuhan janin dalam rahim membesar dengan sihat.

Apa yang kami suka? 

  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengandungi DHA, Vitamin A & E
  • Tinggi dengan kalsium

Perbandingan Harga Susu Ibu Mengandung

Jenama Harga (RM) Berat
Mama’s Choice Almond Milk Booster – Chocolate RM35.90 200g
Momma Pregolact RM173.00 420g (2 unit)
Enfamama A+ RM71.70 800g 
Frisomum Gold RM52.90 900g
Prenagen Mommy RM41.25 400g
Anmum Materna RM34.90 650g
Similac Mom RM 45.90 900g
Karihome Mama Milk RM 58.90 400g

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Khasiat Susu Untuk Ibu Hamil

1. Mencegah Osteoporisis

Osteoporisis adalah penyakit tulang reput yang boleh menyebabkan patah tulang. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko ibu mendapat penyakit osteoporosis, pastikan mengambil cukup makanan yang berkalsium tinggi.

2. Menguatkan Tulang Dan Gigi

Semasa mengandung, bayi yang sedang berkembang dalam rahim menyerap nutrisi yang banyak dalam tubuh badan ibu. Susu kaya dengan kalsium yang dapat membina tulang dan gigi yang kuat serta dapat menambah bekalan kalsium dalam tubuh. Semasa berbadan dua, berat badan bertambah maka protein dan kalsium dari susu dapat membantu tisu serta otot yang sihat.

3. Menyokong Proses Perkembangan Janin

Jika tidak mengambil kalsium yang secukupnya, ia boleh membantutkan pembentukan dan tumbesaran tulang dan gigi bayi.

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Diabetes Tahap 2

Doktor menyarankan ibu mengandung mengambil 2-3 cawan setiap hari untuk mengurangkan risiko penyakit diabetes tahap 2 semasa tempoh kehamilan. 

5. Meningkatkan IQ Bayi

Kandungan iodine yang terdapat dalam susu membantu merangsang perkembangan otak dan melahirkan anak yang bijak dan cerdas.

6. Mengelakkan Masalah Gastrik

Minum susu semasa mengandung dapat mengelakkan masalah gastrik kerana susu dapat membantu menstabilkan asid perut dan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh ibu hamil.

7. Membekalkan Air

Selain itu, minum susu juga membekalkan air kepada badan ibu hamil agar memastikan mereka kekal terhidrat.

8.Anak Membesar Dengan Sihat

Anak dapat membesar dengan ketinggian yang sihat dan terhindar dari risiko kencing manis apabila dewasa kelak.

9. Pembentukan Rahim & Penghasilan Darah Yang Baik

Antara kebaikan protein dalam susu seperti pembentukan rahim, penghasilan darah yang baik, payudara bersedia mengeluarkan susu badan, perkembangan bayi jadi sihat dan mengawal paras gula dalam darah serta selera makan.

Waktu Sesuai Untuk Minum Susu Ibu Mengandung

8 Pilihan Susu Ibu Mengandung Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan, Lengkap Dengan Nutrisi Penting!

Anda sekarang sudah mengetahui pentingnya meminum susu ibu hamil dan manfaatnya bagi janin. Sekarang, anda harus mengetahui waktu yang tepat untuk meminum susu mengandung tersebut agar kandungan dan vitamin yang terkandung dapat diserap sempurna oleh tubuh anda.

Waktu terbaik mengambil susu ibu mengandung adalah ketika trimester 1 kerana pada saat ini, perkembangan janin sangat pesat. Minum susu ibu hamil pada trimester awal juga membuat kandungan nutrisi yang anda makan pun akan banyak diserap oleh janin sehingga sangat penting bagi pertumbuhan janin dalam kandungan. 

Ibu hamil yang ingin minum susu, sebaiknya menyesuaikan dengan waktu yang tepat. Menurut pakar perubatan tradisional dari India, Dr. Ashutosh Gautam, mengatakan bahawa ibu hamil yang inginkan tubuh mereka bertenaga perlu meminumnya di pagi hari.

Namun jika anda ingin membuat tidur lebih baik dan meningkatkan memori janin, boleh meminum susu ibu hamil ketika malam hari kerana kandungan susu ibu hamil mengandung asid amino tryptophan iaitu prekursor yang berguna untuk neurotransmitter serotonin. Nah, dari neurotransmitter inilah yang bersifat menenangkan sehingga akan membuat proses tidur anda lebih cepat.

Meminum susu pada waktu malam juga akan membantu meningkatkan penyerapan kalsium sehingga kalsium yang terkandung dapat diserap sempurna oleh tubuh anda. Waktu minum susu ibu hamil sebaiknya dilakukan ketika malam hari sebelum tidur.

Anda boleh minum susu hangat dengan madu sebelum tidur untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Selain itu, minum susu ibu hamil pada malam hari juga boleh mempertahankan kadar gula darah yang optimal di malam hari.

Kepentingan Susu Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan Sembelit

Produk tenusu boleh menyebabkan sembelit, namun susu berasaskan tumbuhan adalah alternatif yang lebih sihat dan mudah dihadam terutamanya untuk ibu hamil.

Produk tenusu boleh melambatkan transit usus dan menyukarkan untuk mengosongkan kandungannya, terutamanya pada orang yang mengalami intoleransi laktosa.

Atas sebab ini, mengelakkan produk tenusu apabila anda sembelit amat perlu kerana ia juga boleh menyebabkan kesan berbahaya yang lain, seperti kemunculan ekzema, keasidan dan kembung perut atau lendir yang berlebihan.

Susu berasaskan tumbuhan, sebaliknya lebih sihat dan tidak dikaitkan dengan isu kesihatan yang berkaitan dengan susu berasaskan haiwan.

Ia juga membolehkan kita mengekalkan tabiat meminum susu yang baik dengan menggantikannya dengan alternatif berasaskan tumbuhan berbanding langsung tidak meminum susu ketika hamil.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menjelaskan bahawa walaupun susu berasaskan tumbuhan tidak menyebabkan sembelit dan tidak melambatkan transit usus.

Alternatif berasaskan tumbuhan yang paling disyorkan untuk ibu yang mengalami masalah pencernaan ialah susu oat dan susu beras, yang biasanya mengandungi 14% daripada bijirin ini dan, pada tahap yang lebih rendah, susu badam, dengan 4%.

Susu berasaskan tumbuhan yang termasuk kacang juga disyorkan seperti susu beras dan susu kacang hazel kerana ia boleh diterima dengan baik dan mempunyai rasa yang lebih kuat.

Justeru, pilihlah susu mengikut kesesuaian selera anda supaya tubuh dapat menambah kalsium dan protein semasa hamil.

Meskipun ibu mungkin alami mual atau muntah setelah minum susu tapi anda mungkin boleh cuba minum susu yang berperisa supaya gejala itu hilang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu hamil wajib tahu dan minum susu-susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

Baca juga: Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Baca juga:  Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil