8 Susu Budak Ini Terbaik Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak, Jika Bimbang Anak Tak Cukup Nutrisi

Susu untuk tumbesaran kanak-kanak dapat menjadi pelengkap bagi mencukupkan nutrisi hariannya, jadi ibu ayah perlu pilih yang terbaik.

Tumbesaran anak pastinya harus dipantau oleh ibu bapa sepanjang masa. Jika anak menghadapi masalah tidak mahu makan atau picky eater, tentunya ibu ayah akan runsing kan? Apabila berlaku situasi ini, perlukah si kecil diberikan susu budak untuk tumbesaran sebagai pelengkap bagi mencukupkan nutrisi hariannya?

Pemilihan Susu Budak Untuk Tumbesaran Terbaik

  • Cuba pek kecil untuk percubaan kali pertama – Tidak semua sistem pencernaan kanak-kanak sesuai dengan susu formula jenis tertentu, reaksinya mungkin berbeza-beza. Agar tidak membazir, cuba dulu susu bersaiz kecil atau dapatkan secara pek percubaan yang boleh didapati secara percuma menerusi laman web rasmi susu.
  • Perhatikan tanda alergi – Reaksi alergi setiap anak berbeza-beza. Alergi boleh berlaku seperti ruam, masalah pencernaan, sakit perut, bintik merah dan sebagainya. Perhatikan adakah anak anda mendapat alergi selepas meminum susu, jika ya hentikan pengambilan susu tersebut dan segera berjumpa dengan doktor.
  • Perhatikan kandungan nutrisi – Selain memerlukan tenaga yang mencukupi, kanak-kanak juga memerlukan nutrisi untuk menyokong kesihatan dan perkembangannya seperti DHA untuk perkembangan otak, susu tinggi kalsium untuk perkembangan tulangnya atau probiotik untuk perncernaannya.
  • Pilih perisa yang disukai si kecil – Susu formula untuk kanak-kanak biasanya ditawarkan dalam pelbagai pilihan variasi rasa. Pilihlah rasa yang disukai anak agar dia sendiri minum susu tanpa perlu dipaksa.

8 Susu Budak Untuk Tumbesaran Terbaik

Apabila anda lihat pada rak di pasaraya, terdapat pelbagai jenama susu budak untuk si kecil yang boleh memeningkan kepala ibu ayah untuk membuat pilihan.

Sekarang, anda tak payah dah luangkan masa yang lama untuk memilih, apa kata anda cuba tinjau beberapa pilihan susu budak untuk tumbesaran dari perkongsian ini.

Susu Budak Untuk Tumbesaran Terbaik
Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3
Terbaik dengan kandungan probiotik, baik untuk usus
Beli di Shopee
Pediasure Complete Chocolate
Terbaik dengan rasa coklat
Beli di Shopee
Friso Gold Langkah 3
Terbaik untuk masalah sembelit
Beli di Shopee
S26 Progress Langkah 3
Terbaik untuk tambah selera makan
Beli di Shopee
Susu Kambing Wildan Adek
Terbaik susu kambing
Beli di Shopee
Sustagen Kid 3+
Terbaik harga berpatutan
Beli di Shopee
Fernleaf Full Cream
Terbaik susu penuh krim
Beli di Shopee
Gentle Sheep - Sheep Milk Powder Step 3
Terbaik untuk sistem pencernaan
Beli di Shopee

Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3

Susu Budak Terbaik Dengan Kandungan Probiotik, Baik Untuk Usus

Susu untuk kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun ini diformulasikan dengan kandungan Optipro HA Protein hypoallergenic, Bifidobacterium Lactic dan DHA.

Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan mempunyai masalah penghadaman makanan, susu formula ini sesuai dan selamat untuk diberi. Diformulasi dengan 100% protein gandum yang dihidrolisasi, ia membantu bayi mencerna dan menyerap protein dengan mudah.

Susu Nankid Pro ini juga mengandungi lebih 100 juta probiotik yang membantu sistem penghadaman dan fungsi perut dan usus.

Ia juga berperanan untuk mengurangkan risiko alergi dan memberi nutrisi penting untuk pertumbahan tulang anak. Ternyata susu ini susu formula terbaik.

Apa yang kami suka :

  • Manfaat : membantu pembentukan otot, membentuk dan mempertahankan kepadatan tulang dan gigi, menyokong perkembangan kanak-kanak, dan mengasah kebolehan motoric dan kognitif anak.
  • Kandungan :asid lemak penting LA, ALA, 12 vitamin dan 9 mineral, whey protein, minyak ikan, omega 6
  • Sukatan sajian yang mudah, hanya larutkan susu ke dalam gelas dengan jumlah sukatan sesuai

Pediasure Complete 

Susu Budak Terbaik Dengan Rasa Coklat

Susu formula terbaik ini adalah minuman serbuk nutrisi padat dengan tenaga yang diformulasikan untuk menyokong nutrisi bagi perkembangan kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun yang menghadapi masalah makan.

Dilengkapi dengan 25 nutrien utama dalam pemakanan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan tulang yang kuat dan otot tisu lebih sihat. 

Ia juga dapat membantu menambahkan selera makan anak-anak terhadap makanan berunsur sayuran, buah-buahan serta kesukaran menerima pelbagai sumber makanan atau selera makan berkurang.

Turut diperkaya unsur karbohidrat, DHA, AA serta bakteria hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus yang membantu memperbaiki sistem penghadaman kanak-kanak.

Susu berperisa coklat ini menjadi kegemaran ibu bapa yang inginkan kepelbagaian rasa dalam memberi susu formula kepada bayi tercinta. Ianya juga disyorkan oleh pakar kesihatan kanak-kanak.

Apa yang kami suka :

  • Manfaat susu Pediasure dikhaskan untuk kanak-kanak usia 1 hingga 10 tahun yang menghadapi masalah makan.
  • Dilengkapi dengan triple protein, campuran 3 minyak sayuran, 12 vitamin dan 8 mineral, kalsium , fosfor. Turut diperkaya dengan DHA, AA, LA, dan ALA 6, Prebiotik FOS, dan Probiotik, zat besi dan zinc.

Friso Gold Langkah 3

Susu Budak Terbaik Untuk Masalah Sembelit

Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak anda. Bukan itu sahaja, menurut reviu para ibu bapa, formula ini adalah sama seperti formula Friso yang lain di mana ia mudah untuk dicerna.

Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan hanya dengan suhu sederhana panas atau suam. Ini menjadikan penyediaannya mudah dan tidak perlu digoncang dengan banyak hanya untuk melarutkannya secara tidak langsung mengelakkan daripada pembentukan gas.

Friso Gold 3 ini mengandungi nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6, Vitamin E & C, GOS, ZInc dan DHA. Semua ini bukan sahaja membantu proses tumbesaran malahan menguatkan lagi ketahanan badan.

Selain daripada mudah untuk dicerna, formula ini juga dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan mudah untuk diterima oleh kanak-kanak.

Apa yang kami suka :

  • Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun
  • Bebas daripada fruktosa (gula) dan perisa
  • Diformulasikan dengan lebih daripada 50 nutrien asas

S26 Progress Langkah 3

Susu Budak Terbaik Untuk Tambah Selera Makan

Selepas anak kita melewati usia 12 bulan ke atas, ramai ibu ayah akan mula pening kepala kerana usia begini, anak-anak biasanya memang kuat bermain tetapi makan kurang.

Jadi, penting untuk kita pilih susu formula terbaik untuk mereka yang dapat bekalkan zat yang diperlukan untuk sihat.

Susu Formula S26 Progress Langkah 3 dari Wyeth dirumus khas untuk anak berusia 1 tahun hingga 3 tahun untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka.

Ia diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida.

Apa yang kami suka :

  • Kandungan AA dan DHA, diperlukan oleh badan untuk perkembangan otak, Lutein untuk mata dan Choline penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.
  • Baik untuk masalah sembelit

Susu Kambing Wildan Adek 

Susu Budak Terbaik Berasaskan Kambing

Walaupun susu formula dari lembu banyak di pasaran, ada juga sebilangan ibu ayah yang lebih gemar memilih susu daripada sumber kambing.

Secara semula jadi susu kambing mengandungi lebih banyak protein dan lemak berbanding susu lembu. Ia juga mengandungi lebih kalsium, potasium, vitamin A dan zat-zat lain yang baik untuk kanak-kanak. 

Susu kambing Wildan antara susu kambing yang mengekalkan keasliannya dan sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Ia sangat digalakkan untuk kanak-kanak yang mudah mendapat alahan dengan susu lembu disamping membantu meningkat tahap imunisasi badan si kecil yang sedang membesar.

Susu ini dapat membantu menambah selera makan anak, mengatasi masalah sembelit dan juga baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak, serta dapat meningkatkan daya tumpu pembelajaran.

Apa yang kami suka :

  • Diformulasikan dengan perisa strawberi, coklat & vanila yang sungguh lazat.
  • Mengandungi vitamin A,D,E & K dari ekstrak delima, madu, kismis, kurma & gam arab.
  • Mampu menguatkan tulang dan gigi serta membantu perkembangan otak dengan DHA dan AA.
  • Tidak berbau

Sustagen Kid 3+

Susu Budak Terbaik Harga Berpatutan

Pada usia 3 hingga 6 tahun, si kecil sudah memiliki hal-hal yang menjadi kesukaan mereka. Ibu mungkin menghadapi pengalaman si kecil yang selalu memilih satu jenis makanan tertentu yang menjadi kesukaannya.

Masalah makan ini umum terjadi pada anak pada usia ini dan mungkin membuat ibu khuatir akan keperluan nutrisi hariannya.

Sustagen Kid 3+ ialah susu pertumbuhan yang diformulasikan oleh Mead Johnson untuk kanak-kanak usia 3 hingga 6 tahun untuk membantu memenuhi nutrisi anak sesuai dengan angka kecukupan gizi (AKG).

Dengan 3 makanan utama dan 3 gelas Sustagen setiap hari akan membantu memenuhi nutrisi anak 100% sesuai angka kecukupan gizi (AKG).

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai nutrien-nutrien penting yang terdapat dalam kumpulan Piramid Makanan.
  • DHA: banyak ditemui di dalam otak.
  • Serat makanan (Inulin):membantu meningkatkan Bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
  • Sumber nutrisi yang penting: Protein, kalsium, zat besi, nutrien-nutrien dan vitamin yang lain.
  • Sustagen memenuhi hampir 80 peratus kadar nutrien yang disyorkan oleh Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia.
  • Terdapat dalam 3 perisa iaitu Asli, Vanila dan Coklat.
  • Harganya yang lebih murah berbanding susu formula langkah 3 yang lain.

Fernleaf Full Cream Milk Powder

Susu Budak Terbaik Penuh Krim

Sokong keperluan pemakanan keluarga anda dengan nutrien penting termasuk kalsium setiap hari. Setiap segelas susu tepung penuh krim Fernleaf penuh dengan kebaikan semula jadi dan membekalkan nutrien penting untuk menyokong keperluan harian anda.

Bukan itu sahaja, susu tepung penuh krim Fernleaf ini ialah minuman sarapan pagi yang hebat, bahkan boleh dijadikan tambahan yang menarik pada salah satu resipi masakan anda. Ia kaya, berkrim, lazat dan berperisa, dicipta untuk dinikmati seisi keluarga.

Apa yang kami suka :

  • Diperbuat dengan 100% susu daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand
  • Susu yang sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Seisi keluarga boleh menikmatinya!
  • Tinggi kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Kaya dengan protein untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan.
  • Mengandungi vitamin B2 untuk pembebasan tenaga daripada protein, lemak, dan karbohidrat dan vitamin B12 untuk menyokong pengeluaran sel darah merah.
  • Termasuk magnesium untuk menyokong penyerapan kalsium

Gentle Sheep – Sheep Milk Powder Step 3

Susu Budak Terbaik Untuk Sistem Pencernaan

Memenangi Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2021 di mana mereka berjaya menewaskan beberapa syarikat tenusu global, ia melaksanakan misi teras Spring Sheep Milk untuk membawa kebaikan berkhasiat tulen susu biri-biri New Zealand yang diberi makan rumput terbaik kepada dunia.

Bukan sahaja susu yang kaya dan berkrim dengan dua kali ganda pepejal susu lembu bermakna ia lebih kaya dengan tenaga, protein, lemak dan banyak vitamin dan mineral malah susu biri-biri lebih tinggi dalam asid amino kerana ia lebih baik daripada susu lembu dengan membekalkan kesemua 10 asid amino penting.

Mengandungi DHA & ARA (asid lemak Omega-3 dan Omega-6), serat prebiotik GOS/FOS dan Beta-Palmitin (OPO), susu budak ini turut dilengkapi dengan 24 vitamin dan mineral penting termasuk Zat Besi, Zink, Vitamin B6 dan Vitamin C untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan.

Rasa yang lazat, berkrim, tak hamis dan menyenangkan, ia adalah rasa yang disukai kanak-kanak.

Apa yang kami suka :

  • Mudah diserap perut dan susu untuk anak yang alah terhadap susu lembu
  • Dapat meningkatkan imuniti anak
  • Tiada GMO, gula tambahan, pewarna dan perisa tiruan

Perbandingan Harga Susu Budak Untuk Tumbesaran

Jenama Harga Berat
Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3 RM66.88 800 gram
Pediasure Complete RM106.00 850 gram
Friso Gold Langkah 3 RM55.10 600 gram
S26 Progress Langkah 3 RM92.88 1.65 kilogram
Susu Kambing Wildan Adek RM55 550 gram
Sustagen Kid 3+ RM62 1.2 kilogram
Fernleaf Full Cream Milk Powder RM53.90 1.65 kilogram
Gentle Sheep -Sheep Milk Powder Step 3 RM130.00 700 gram

Kelebihan Beri Susu Budak Untuk Tumbesaran Anak

Susu merupakan sumber yang baik bagi pelbagai nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna anak anda kerana ia kaya dengan nutrien penting seperti vitamin D, kalsium dan berbagai nutrient lain.

Malangnya, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja Malaysia tidak mengambil susu dan hasil tenusu secukupnya.

Trend kanak-kanak makin kurang minum susu apabila semakin membesar, ini membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia juga sejajar pula dengan peningkatan pengambilan minuman manis yang kurang berkhasiat seperti minuman ringan atau minuman berperisa buah. Semua tabiat pemakanan yang tidak sihat ini menyumbang kepada masalah obesiti dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

Kalsium yang terkandung dalam susu kanak-kanak jumlahnya sangat tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan. Badan manusia menggunakan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Jika makanan yang diambil anak setiap hari tidak mengandungi kalsium yang mencukupi, anak disarankan untuk mengambil susu.

Bagi kanak-kanak, susu boleh menjadi pilihan terbaik terutamanya mereka yang susah makan. Ketika ini sudah banyak pilihan susu budak yang boleh dipilih ibu ayah, bahkan si kecil yang mempunyai alahan terhadap susu lembu juga mempunyai pilihan susu khas untuk keperluan nutrisi mereka.

Dengan begitu banyak kebaikan yang boleh didapati daripadanya, susu merupakan salah satu minuman paling berkhasiat yang anak anda wajib minum.

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anak anda mencapai jumlah sajian susu yang disarankan dengan menjadikannya lebih enak untuk diminum:

  • Hidangkan anak anda susu sejuk. Anda boleh menyimpannya dahulu di dalam peti sejuk atau tambahkan sahaja beberapa ketul ais sebaik sebelum menghidangnya.

  • Guna susu segar, UHT atau susu tepung berbanding susu pekat manis apabila membuat minuman seperti kopi atau teh.

  • Buat susu kocak atau smoothie yang menggunakan susu sebagai ramuan utama. Anda boleh membuat pelbagai jenis dengan hanya menambah buah, biskut, mentega kacang atau coklat ke dalam susu. Cipta resepi istimewa anda sendiri!
  • Cari resipi yang menggunakan susu dalam ramuannya dan tambahkannya ke dalam koleksi hidangan untuk keluarga anda. Susu boleh digunakan dalam biskut, untuk membuat puding dan juga ditambahkan ke dalam sup cendawan atau sup ayam untuk mejadikannya lebih berkrim. Anda juga boleh menambah susu ke dalam telur hancur untuk hidangan yang lebih enak. Sebagai alternatif, gunakan susu untuk menggantikan santan.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu ayah membuat pilihan susu untuk tumbesaran kanak-kanak!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Apa Ibu Perlu Lakukan Kalau Bayi Tersedak Susu, Penting Untuk Ikuti Langkah-Langkah Ini

Baca juga:  Tidak Digalakkan Campu Susu Dengan Ubat Anak! Ini Sebabnya

Baca juga : Campur Pelbagai Suplemen Ke Dalam Susu Anak, Doktor Tegur Tindakan Berani Ibu Ini

Penulis

Nursyamimi