Bayi baru lahir ibarat kain putih yang bakal dicorakkan ibu bapa. Pelbagai amalan dilakukan dengan harapan bayi dapat membesar dengan baik. Antara amalan di awal kelahiran mengikut panduan Islam dan sunnah adalah tahnik bayi.
Apa yang dimaksudkan dengan tahnik? Tahnik atau amalan ‘belah mulut’ yang digelar oleh masyarakat Melayu ialah amalan menyuapkan mulut bayi dengan tamar, iaitu kurma.
Kebiasaannya, golongan ustaz atau ulama’ akan dijemput oleh ibu bapa untuk mentahnikkan bayi mereka sebagai simbolik mengambil keberkatan agar bayi yang dilahirkan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.
Ia kerana biasanya mereka ini adalah golongan yang biasa mengeluarkan perkataan baik-baik dan berhikmah dari mulut mereka.
Isi Kandungan
Tahnik Bayi Sunat Atau Wajib?
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tahnik bayi adalah satu sunnah. Ia tidaklah sampai ke tahap wajib. Yang dimaksudkan dengan tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi.
Jika seseorang itu meninggalkan perkara tersebut tidaklah dikira berdosa. Seelok-eloknya yang mentahnikkan bayi itu adalah dari kalangan orang yang berilmu dan soleh seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi.
Baca juga: Nak Anak Sentiasa Mendengar Kata, Ibu Ayah Boleh Amalkan 7 Doa Mustajab Ini
Berkenaan dengan tahnik telah disebut di dalam satu riwayat daripada Saidatina Aisyah. Kata beliau :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِىَ بِصَبِىٍّ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ
Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah didatangi dengan kanak-kanak. Lalu Baginda memberkati mereka dan mentahnikkan mereka. Kemudian Baginda didatangi dengan seorang kanak-kanak lalu kanak-kanak itu kencing di atas Baginda. Lantas Baginda meminta air dan memercikkan air tersebut ke atas kencing itu. Baginda tidak membasuhnya,”
Riwayat Muslim (688)
Waktu Sesuai Tahnik Anak
Cara melakukan tahnik ialah dengan mengunyah buah tamar atau kurma dan diletakkan dihujung jari, kemudian digosokkan ke lelangit bayi. Jika tiada buah tamar, boleh digantikan dengan sesuatu yang manis seperti madu.
Waktu paling afdhal adalah selepas kelahiran dan setelah dibersihkan tubuh badan bayi. Orang yang afdal melakukan tahnik adalah orang soleh, ahli ibadah atau orang yang bertakwa.
Namun boleh melewatkan amalan tahnik dan dituntut dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran anak tersebut.
Cara Tahnik Baby Sendiri Mengikut Ustaz Don
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
Menurut perkongsian Ustaz Don, berdasarkan hadis di atas, adalah sunnah bertahnik. Yang berbezanya adalah kaedah dan kaifiatnya. Berikut adalah antara bacaan yang Ustaz Don bacakan sewaktu tahnik yang mana mengikut hasil perkongsian dari:
- Al-Marhum TG Dato Haron Din
- TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB: https://www.facebook.com/taufik.husin.35 - Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid
- Ustaz Muhadir Hj Joll
Jadi berikut adalah kaedah tahnik yang Ustaz Don lakukan ke atas anak sendiri.
Cara Tahnik Anak Sendiri
Langkah 1
Sediakan kurma (ajwa terbaik) dan air zamzam (seeloknya dalam botol kecil dengan penitik)
Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita), dan semoga nanti doa yang dipanjatkan, mudah untuk Allah kabulkan.
Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah
Langkah 4
Ayat Kursi
Langkah 5
- Selawat Syifa
- Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)
Langkah 6
- Qul huwaALLah
- Qul A’uzubirab bil falaq
- Qul A’uzubirab binnas
Langkah 7
Ambil kurma. Kunyah sehingga lembik. Ambil dengan jari. Gunakan jari kelingking kerana ia lebih kecil biarpun kebiasannya menggunakan jari telunjuk. Masuk ke dalam mulut bayi. (Cara untuk memasukkan jari ke dalam mulut bayi boleh dilihat menerusi video yang banyak terdapat di dalam laman YouTube)
Langkah 8
Sambil jari di dalam mulut bayi, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
Langkah 9
Keluarkan jari dari mulut bayi. Suap air zam zam. Bacakan doa yang Ustaz Don bacakan seperti mana di dalam videonya. Menurutnya, doa tersebut adalah mengikut pada arwah TG Dato Haron Din.
Langkah 10
Baca Doa. Menurutnya, bapa boleh membaca doa apa sekalipun, tidak kira apa sahaja bahasa kerana Allah mengerti, namun yang penting adalah keikhlasan seorang bapa yang mendoakan anaknya.
Berdooalah dengan penuh:
- Ikhlas
- Tawadhuq
- Terharap Allah dengaq n perkenankan
- Sungguh-sungguh.
Doa Dan Amalan Yang Biasa Dilakukan Ketika Tahnik
Sesudah ditahnikkan adalah baik dibaca terlebih dahulu bacaan di bawah ini dengan niat mudah-mudahan menjadi anak yang soleh atau solehah, terpelihara dari gangguan syaitan dan sihat tubuh badan.
1.Surah yusuf ayat 64
فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Makdunya: Allah jualah penjaga Yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja Yang menaruh belas kasihan”.
2.Surah al-Buruj ayat 20-21
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ , بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ , فِى لَوْحٍ مَحْفُوظٍ
Ayat 20. sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
Ayat 21. (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya;
Ayat 22. (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
3.Surah al-Hijr ayat 17
وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ
4. Surah al- Ikhlas
5. Surah al-Alaq
6. Surah an-Nas
7. Bacaan
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِن كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat allah yang sempurna dari kejahatan panahan mata dengki dan syaitan serta setiap kemudaratan.
8. Bacaan
حَصَنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّمِ وَدَفَعْتُ عَنكَ بِأَلْفِ أَلْفِ لاَحَوْلَ وَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Aku serahkan jagaan dirimu ( anak ) kepada tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berkuasa,
Aku pertahankan dirimu ( anak ) dengan sejuta ucapan la haula wala Quwwata illa Billlahil aliyyi al-adhim.
9. Surah al-Qadr
10. Surah al-Ikhlas
11. Bacaan doa
اللَّهُمَّ أَنْشَأَهُ نَشْأَةً صَالِحَةً وَأَحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً وَأَسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى وَاجْعَلْهُ بَرًّا بِوَالِدَيْهِ غَيْرَ عَاقٍ لَهُمَا وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِينَ الْعَارِفِينَ الْعَامِلِينَ وَأَكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ وَالْحَاسِدِينَ وَأَعِذْهُ عَن خَلْقِكَ أَجْمَعِينَ وَلاَتُحْوِجْهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالْحَاضِرِينَ أَجْمَعِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Bolehkah Tahnik Bayi Dilakukan Waktu Aqiqah/Cukur Jambul?
Seeloknya tahnik bayi dilakukan sebaik bayi dilahirkan atau dalam tujuh selepas kelahiran bayi. Namun tidak mengapa jika dilewatkan juga, bermakna sekiranya anda melakukan aqiqah selepas 2 bulan kelahiran pun tidak mengapa. Yang pasti seeloknya sebelum bayi sudah mula makan makanan pejal.
Manfaat Tahnik Dalam Kesihatan
Buah kurma yang digunakan dalam amalan tahnik bayi mempunyai kandungan yang bermanfaat untuk kesihatan bayi. Kurma adalah pilihan yang baik sebagai bahan untuk tahnik kerana ia mengandungi nutrien yang baik untuk bayi.
Kurma mengandungi karbohidrat yang apabila dikunyah dan dicampurkan dengan air liur, akan berubah menjadi glukosa. Ini penting kerana bayi yang baru lahir mempunyai kadar glukosa yang sedikit dalam darah mereka.
American Heart Association mengiktiraf kurma sebagai ‘makanan baik untuk jantung’ kerana kandungan kolesterol dan lemak tepunya yang rendah. Ini disebabkan kurma mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.
Kurma mempunyai tekstur yang agak pekat dan sedikit keras, oleh itu ia perlu dihaluskan sebelum digunakan dalam amalan tahnik bayi. Kurma adalah satu-satunya jenis buah yang boleh dianggap sebagai “super fruit” kerana kandungannya yang sangat baik. Menurut Healthline, nutrien yang terdapat dalam kurma adalah seperti berikut:
- Tiamin: 0.05 mg
- Riboflavin: 0.02 mg
- Niasin: 0.51 mg
- Folat: 2.45 μg
- Vitamin K: 4.93 μg
- Vitamin A: 149 IU
- Beta-karoten: 89 μg
- Zink: 0.44 mg
- Zat besi: 0.9 mg
- Lutein: 23 μg
- Zeaxanthin: 86.34 μg
- Fosfor: 33.88 mg
- Magnesium: 14.34 mg
Memberikan kurma kepada bayi dengan amalan tahnik juga membantu mematangkan sistem limfa, baik secara lokal mahupun sistemik. Sistem limfa ini adalah kelenjar limfa yang berkaitan dengan sistem pertahanan tubuh.
Amalan tahnik bayi ini juga boleh membantu bayi pramatang. Ini kerana bayi pramatang sangat memerlukan penyelesaian segera, iaitu pemberian glukosa.
Banyak hospital sekarang memberikan glukosa kepada bayi dan kanak-kanak kecil untuk dihisap oleh bayi atau kanak-kanak itu sebaik selepas kelahiran, selepas itu baru ibu boleh menyusukan mereka.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seperti Tahnik, Gel Gula Untuk Bayi Pra-Matang Bagi Mencegah Kerosakan Otak
Baca juga: Doa Lembut Hati Anak Yang Ringkas Dan Mustajab, Ibu Ayah Amalkan Selalu Setiap Hari
Baca juga: 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah