Bagi ibu bapa yang sudah buat permohonan Tahun 1 ambilan 2022 status keputusan penempatan ke darjah 1 sudah boleh disemak secara dalam talian di public.moe.gov.my/.
Sekiranya anak anda sudah ditawarkan sekolah yang dikehendaki, pastikan anda tidak lupa untuk buat pengesahan dan hantarkan dokumen yang berkaitan ke sekolah terbabit.
Sekiranya tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan pada tarikh yang telah dimaklumkan dalam keputusan berkenaan iaitu daripada 1 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021.
Semak keputusan penempatan Tahun 1 2022 secara dalam talian
Setelah pengesahan dibuat, langkah seterusnya adalah anda perlu cetak surat yang berkaitan. Langkah seterusnya adalah anda perlu hubungi sekolah yang berkaitan sama ada anda perlu menghantar surat pengesahan atau sebaliknya kerana ada yang berlainan prosedur.
Jangan lupa tarikh-tarikh yang berkaitan supaya anda tidak terlepas. Sekiranya anda terpaksa membuat rayuan, keputusan rayuan akan hanya dikeluarkan pada 1 Oktober 2021.
Bagi ibu bapa yang anak mereka akan memasuki darjah 1 pada 2023, walaupun anda sudah membuat permohonan awal, keputusan bagi permohonan kemasukan 2023 hanya akan diumumkan pada tahun 2022.
Persediaan anak ke Tahun 1
Walaupun negara kini dilanda pandemik covid-19, ia tidak bermakna anda boleh membiarkan saja anak anda. Ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan sebelum melepaskan anak ke tahun 1 yang mana jika mereka tiada ini, ia mungkin akan mendatangkan masalah bukan saja kepada anak anda, malah anda sendiri.
#1. Pastikan anak kenal huruf, boleh membaca, mengeja
Tahun 1 zaman sekarang tidak sama dengan tahun 1 10 tahun yang dulu ya ibu ayah. Anda perlu pastikan anak anda sudah kenal huruf, pandai membaca dan mengeja apabila mereka masuk ke tahun 1.
Mahu tidak mahu, jika anda tidak mahu anak anda ketinggalan, pastikan mereka sudah menguasai perkara ini.
Jika mereka masih tidak boleh membaca atau mengeja, ia mungkin boleh memberi kesan kepada mereka yang mana mereka mungkin boleh mengalami kurang keyakinan diri kerana tidak pandai membaca dan mengeja seperti rakan-rakan lain.
Memang jika kita lihat buku anak rasa kasihan pun ada, terlalu tinggi untuk mereka. Tapi kita sebagai ibu bapa perlu percaya kebolehan anak dan kita perlu bantu mereka untuk buat yang terbaik.
#2. Bimbing anak di rumah
Pastikan anda take part di rumah. Usah banyak complaint mahu tidak mahu kita perlu juga hadap silibus terkini yang perlu anak ikut. Jadi, berusahalah jadi tulang belakang anak yang terbaik untuk mereka.
Lakukan yang terbaik untuk bimbing anak anda supaya dia tidak ketinggalan.
#3. Ajar anak guna dan kenal wang
Pastikan anda ajar anak guna dan kenal wang. Ini penting kerana mereka akan membuat pembelian di kantin sekolah nanti. Ajar mereka kenal duit satu persatu termasuklah wang syiling.
#4. Pastikan anak sudah boleh mengira
Mahu atau tidak, anda perlu pastikan anak anda sudah pandai mengira terutama soalan asas seperti operasi tambah dan tolak. Untuk faham mengenai wang, dia perlu guna kemahiran mengira juga.
Jadi, anda perlu pastikan anak tahu dan kuasai pengiraan.
#5. Ajar anak urus diri
In juga penting. Ajar anak urus diri, bagaimana mengurus diri di bilik air dan sebagainya. Jangan pandang rendah kebolehan mereka. Pastikan anak anda tahu membasuh najis sendiri dan sebagainya.
Jangan tak tahu ya, ada murid yang boleh buka baju tanpa rasa malu kerana mereka tidak diajar menggunakan tandas. Ada pula yang bertindak buka baju mereka dalam tanda, tetapi diletak diluar tandas dan akhirnya kotor dipijak rakan.
Sedih jadinya jika perkara seperti ini berlaku pada anak kita. Jadi pastikan anda ajar mereka cara mengendalikan diri di tandas ya. Ini sangat penting.
#6. Jangan takutkan anak dengan mengatakan cikgu garang
Jika di sekolah, cikgu adalah orang yang paling dekat dengan anak. Jadi jangan takutkan anak dengan mengatakan cikgu garang. Ia akan buat anak anda rasa takut dengan cikgu dan jika ada masalah anak anda akan takut untuk beritahu cikgu.
#7. Ajar anak pertahankan diri, elak disentuh di tempat tidak sepatutnya
Ini sangat penting! Jika ada yang membuat tidak sepatutnya pada anak, ajar mereka untuk katakan tidak atau ‘no’ dengan tegas. Ajar juga anak mengenai bahagian yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh.
Semoga anak-anak kita semua berjaya harungi alam darjah satu mereka dengan jayanya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu
Baca juga: 10 perkara yang anak anda patut boleh buat sebelum masuk pra-sekolah
Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!