'Kita Buat Haluan Masing-Masing', Adakah Termasuk Dalam Lafaz Talak Kinayah? Ini Jawapan Mufti

Menjatuhkan talak dengan niat untuk bercerai diperbolehkan dalam Islam, tetapi adakah talak akan jatuh sekiranya lafaz suami tidak jelas?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu-satunya perbuatan yang halal namun dibenci Allah SWT adalah talak. Ia adalah jalan terakhir jika pasangan suami dan isteri sudah tawar hati dan ingin berpisah.

Dari segi bahasa, talak bermaksud melepaskan ikatan manakala menurut syarak pula, melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai. Talak terbahagi kepada dua iaitu talak sorih dan talak kinayah. 

Talak kinayah jatuh jika disertai dengan niat

Jika suami melafazkan talak sorih atau jelas, tetap akan jatuh talak walaupun disebut tanpa sebarang niat, namun pernahkah anda tahu bahawa talak kinayah atau kiasan sah atau tidak adalah bergantung kepada niat suami? Berikut adalah jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai talak kinayah.

Soalan: 

Assalamualaikum ustaz mohon bantuan untuk menyelesaikan kemusykilan yang saya hadapi. Baru-baru  ini ada pergaduhan antara saya dan suami. Suami ada menyebut” kita buat haluan masing-masing selepas kamu melahirkan anak ini “dan saya ada beritahu suami “apa maksudnya itu? Abang jangan main-main jatuh talak nanti.

Suami kemudiannya menjawab ” Kalau jatuh, Alhamdulillah “. Mohon bantuan menyelesaikan kekusutan yang saya hadapi. Saya sedang hamil 5 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: 

Berdasarkan perkongsian laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama membahagikan talak dari segi kejelasan lafaz kepada dua iaitu sorih yang bermakna jelas dan kinayah yang berkemungkinan membawa maksud talak atau tidak.

Jika lafaz sorih disebutkan oleh si suami maka jatuhlah talak bagi si isteri. Contoh lafaz sorih ialah:

  • ‘aku lepaskan engkau’
  • ‘engkau tertalak’
  • ‘aku lepaskan engkau’

Cumanya, lafaz kinayah memerlukan niat si suami. Jika dia berniat untuk bercerai, maka jatuhlah talak kepada isteri. Contoh bagi lafaz kinayah pula ialah:

  • ‘pergilah ke ahli keluarga engkau’
  • ‘jauhkan diri dari aku’
  • dan lain-lain lagi

Lafaz suami kepada isteri yang tidak jelas adalah berbentuk kinayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam persoalan yang dikemukakan, lafaz yang disebutkan oleh suami bukannya lafaz yang jelas. Ianya dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Berkemungkinan jatuh atau tidak adalah bergantung kepada niat si suami.

Ini adalah berdasarkan apa yang berlaku Kaab bin Malik ketika mana beliau tidak menyertai perang Tabuk. Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk menjauhi isterinya. Lalu Ka’ab berkata :

أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا أَفْعَلُ

Maksudnya:” Adakah perlu aku menceraikannya atau bagaimana patut aku lakukan?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasulullah saw menjawab :

لَا بَلْ اعْتَزِلْهَا وَلَا تَقْرَبْهَا

Maksudnya:” Tidak perlu sampai begitu, hanya jauhi dia dan jangan dekatinya.”

Lalu Ka’ab mengkhabarkan perkara tersebut kepada sahabatnya yang tidak pergi ke perang Tabuk bersama beliau. Kemudian beliau (Ka’ab) berkata kepada isterinya :

الْحَقِي بِأَهْلِكِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya:”Pergilah ke ahli keluarga engkau.”

Apabila Allah menerima taubatnya, beliau kembali ke isterinya. Tidak pula beliau diperintahkan untuk berakad dengan akad yang baru. Riwayat al-Bukhari (4419)

Perkataan “Pergilah ke ahli keluarga engkau” menunjukkan bahawa talak tidak akan jatuh menggunakan lafaz kinayah melainkan dengan niat.

Sementara itu, di laman Maktabah Albakri oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, DR. terdapat banyak lafaz berbentuk kinayah, antaranya:

  • “Engkau tiada apa-apa lagi denganku”
  • “Engkau berasingan daripadaku”
  • “Engkau terputus hubungan denganku”
  • “Kembalilah kepada keluargamu”
  • “Pergilah ke mana engkau mahu”
  • “Pergi jauh daripadaku”
  • “Asingkanlah diri daripadaku”
  • “Aku biarkan kamu dengan caramu”
  • “Engkau haram bagiku”

Semua lafaz ini dianggap sebagai lafaz kiasan yang membawa maksud jatuh atau tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, adalah lebih baik jika pasangan yang ragu-ragu dengan lafaz yang disebutkan kepada pasangan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah dan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai.

Ia adalah salah satu usaha untuk membuktikan sama ada si suami berniat untuk mentalakkan atau tidak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Satu Yang Suami Patut Utamakan? Ini Jawapannya Dari Sisi Alim Ulama

Baca juga: Cerai Ketika Hamil, Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah Di Sisi Agama? Ini Jawapan Mufti

Baca juga: Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

Penulis

Noorhidayah