X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

29 Mar, 2018
Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

Jangan pernah sesekali mencuba aksi lasak pada anak, bimbang sekiranya terjadi apa-apa yang tak diingini menyesal pun tak berguna lagi.

Bapa bawa anak main tali hayun (bungee jumping) bersama!

Bintang realiti televisyen Fear Factor, Redha Rozlan atau mesra di panggil Mat Redho baru-baru ini menggemparkan netizen apabila dilihat melompat bersama anak perempuan yang berusia 2 tahun dengan tali hayun.

Video Instagram lompatan tersebut menjadi viral apabila dikongsi oleh orang ramai.

Dalam video itu, Juara Fear Factor Malaysia tersebut melompat dengan tali hayun dari jambatan 200 kaki tinggi di Kuala Kubu Bharu. Beliau tidak berseorangan tapi melompat bersama anak perempuannya, Mecca Mikaela.

Dalam video tersebut, Mekah kelihatan tenang dan tidak menangis.

Disebabkan itu, laman sosial Instagram miliknya dibanjiri dengan komen balas daripada ibu bapa yang marah di atas tindakannya itu terutama berkaitan dengan keselamatan anak perempuan terbabit.

tali hayun, tali pinggang keselamatan, tali keledar, tali terjun

“Mecca memakai harness dan gear keselamatan lengkap,” menurut Redha Rozlan. Dan anak perempuannya sendiri berkeras untuk menjadi sebahagian dari aksi tersebut.

Malah, beliau turut menjelaskan perkara yang sama di Instagram miliknya. Mecca memakai alat keselamatan yang lengkap sebelum terjun dengan tali hayun.  Menurut beliau lagi: 

  1. Mecca yang minta untuk terjun bersama tali hayun. Tiada adegan paksa memaksa.
  2. Mecca sangat berminat apabila melompat buat pertama kali dengan tali hayun dan meminta untuk lompat kedua. Tapi ayah dia sendiri yang cuak!
  3. @ rentas_adventures adalah penganjur tali hayun yang disahkan.
  4. Jangan cuba dengan anak-anak jika mereka tidak bersedia.
  5. Tonton dan nikmatinya. Cuba tenangkan diri sekurangnya sekali.

“Tiada risiko, kami patuhi keselamatan bermain tali hayun”

Walau apapun penjelasannya, ibu bapa turut membangkitkan soalan pentingnya pengetahuan risiko melompat dengan tali hayun itu.

Ada juga yang menyatakan walaupun beliau mendakwa anak perempuannya dilindungi dengan baik, dia tidak memakai topi keledar!

Pengendali tali hayun menyatakan Mecca dilindungi

tali hayun, tali pinggang keledar, tali keselamatan anak, tali penerjun

Menurut Mohd Shafiq Azmi, pengendali Rentas Adventures – kumpulan yang menganjurkan lompatan itu, peralatan keselamatan telah diperiksa oleh kakitangan sebelum individu melakukan melompat dari ketinggian 197 kaki.

“Saya faham keselamatan adalah penting kerana aktiviti ini yang pertama di Malaysia. Kami mematuhi keperluan keselamatan terutamanya dari segi peralatan yang digunakan seperti tali keselamatan dengan melibatkan penyedia perkhidmatan yang berkelayakan,” katanya.

Walaupun dengan semua penjelasan. Aktivis hak kanak-kanak ini menegaskan bahawa perbuatan Redha adalah melulu.

Terlalu mempertaruhkan keselamatan anak perempuan – kata pakar

Peguam hak asasi kanak-kanak Goh Siu Lin dipetik oleh seorang pemimpin utama yang mengatakan ibu bapa kanak-kanak itu tidak mempunyai penghakiman ibu bapa yang sewajarnya.

“Lompat dengan tali hayun seperti itu adalah sukan yang melampau dan berbahaya. Gerakan seperti itu boleh menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak. Saya belum pernah dengar kanak-kanak dibenarkan menyertai sukan berbahaya seperti itu,” katanya.

Peguam hak asasi manusia Andrew Khoo juga bersetuju. Dia berkata keperluan keselamatan “jelas sekali telah dilanggar.”

Menurut peguan terbabit, ibu bapa dan juga pihak yang terlibat dalam aktiviti berbahaya itu boleh didakwa kerana meletakkan anak dalam situasi berbahaya yang dapat menyebabkan kecelakaan fizikal atau emosi mereka terganggu.

Langkah keselamatan untuk anak jika melibatkan sukan ekstrem

tali hayun, tali pinggang keledar, tali keselamatan anak, tali penerjun

Kredit: blog.centerparcs.co.uk

Walaupun anak-anak ingin mencuba sesuatu yang baru, ibu bapa jangan terlalu lemah mendengar permintaan si anak terutama apabila ia membabitkan nyawa dan keselamatan. 

Ikut langkah keselamatan ini:

  • Cari maklumat tepat berkaitan sukan merbahaya dan kesan darinya, kemudian kongsikan dengan anak-anak.
  • Berbincang dengan pengendali sukan merbahaya berkaitan peraturan keselamatan yang harus dipatuhi.
  • Sediakan peralatan keselamatan sendiri. Pastikan anak menggunakan alat keselamatan yang betul sebelum memulakan aksi terjunan.
  • Tanya kepada anak anda, sama ada dia sudah bersedia atau belum. Kadang kala anak-anak ini di bawah pengaruh rakan yang meminta berbuat sedemikian. Jadi nasihati anak-anak agar sentiasa di bawah bimbingan yang betul.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia:

Foto kredit: @matredho, Instagram

Sumber: theAsianparent Singapore, Mirror.co, News.co

Baca juga:

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

 

Stories Rakan Kongsi
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You
It’s Crucial Now To Keep Your House Virus Free! Here Are 5 Sanitation Solutions For You

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!
Kongsikan:
  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

    Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

    Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.