Ramai Ingat Ibu Hamil Tak Perlu Pakai Tali Pinggang Keledar, Perlu Ya! Ini Cara Betul Pemakaiannya

Bila perut semakin membesar, nak memandu pun terbatas apatah lagi untuk memakai tali pinggang keledar dengan selesa. Tapi anda perlu pakai juga ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai di antara kita yang rimas dengan tali pinggang keledar dalam kenderaan sedangkan ia sangat penting untuk menjaga keselamatan, apatah lagi bila hamil, lagilah perlu.

Walau bagaimanapun ramai ibu hamil yang fikir, bila perut semakin membesar sudah tidak perlu pakai tali pinggang keledar sedangkan ia penting untuk menjaga keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan. 

Jadi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk ibu hamil terutama perut yang semakin membesar untuk memakai seat belt  ini atau tali pinggang keledar dengan selamat?

Tali pinggang keledar bantu ibu dapat perjalanan selamat

Kredit: saferideforkids

Kami faham, ada yang risau mengenai impak kemalangan yang mana apabila berlakunya kejutan tali pinggang akan dengan sendirinya berfungsi menahan penumpang atau pemandu daripada terdorong ke depan dan terhantuk pada dashboard kereta.

Jadi anda pasti bimbang dengan keadaan ini kan? Pasti anda bimbang jika berlaku sesuatu sudah pasti perut yang terikat kemas dengan tali pinggang akan turut tertarik sekali dan membahayakan bayi dalam kandunga.

Apa yang penting di sini adalah anda perlu pakai peranti keselamatan ini dengan cara yang betul. Bukan pakai hentam saja ya. 

Cara pakai tali pinggang keledar yang betul untuk ibu hamil

Menurut Dr Imelda Balchin yang berkongsi mengenai cara pemakaian selamat alat ini, ia adalah penting untuk ibu memakainya dengan cara yang betul supaya tidak tercedera jika berlaku kemalangan.

Cara mendapat perlindungan tali pinggang keledar dan mengelak berlakunya seat belt trauma jika terbabit dengan kemalangan adalah dengan memastikan kedudukannya yang betul.

Ia mestilah berada di: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tali pinggang atas berada di antara payudara ibu dan di atas rahim ibu (bukan di tengah dan bukan di atas)

  2. Tali pinggang bawa berada di bawak rahim ibu (bukan di tengah dan bukan di atas)

Ini adalah cara selamat memakai tali pinggang yang dikongsikan doktor obstetrik dan ginekologi ini supaya semua ibu hamil tahu cara pemakaian yang betul.

Nampak simple saja kan? tetapi salah cara memakainya atau langsung tidak pakai lebih membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi cegahlah sebelum terlambat kerana padah tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku.

Jadi sentiasalah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin terjadi.

Tips memandu dengan selamat untuk ibu hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: carsguide

Memandu ketika hamil agak mencabar juga terutama jika perut semakin membesar. Ini tips dikongsikan untuk ibu hamil yang memandu agar dapat mendapat pemanduan selamat.

Selepas pakai tali pinggang keledar dengan cara dan kedudukan yang betul, ini yang perlu anda buat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Laraskan tempat duduk kepada kedudukan selamat dan selesa

Kredit: pregnancyrelated

Gerakkan tempat duduk mengikut jarak yang selesa daripada injak kaki, jarak ideal adalah anggaran 10 inci daripada stereng, melindungi abdomen anda jika beg udara mengembung ketika berlaku kemalangan.

Jika stereng kereta anda boleh dilaraskan, alihkan pusat stereng daripada perut dan lebih ke arah dada. Setelah menukar posisi tempat duduk anda, pastikan anda laraskan juga cermin pandang belakang dan luar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mengalami sakit belakang, letakkan bantal bulat kecil atau tuala gulung di bahagian bawah belakang anda untuk lebih keselesaan ketika memandu.

#2. Persediaan jika mual, loya

Simpan juga lebih “beg tadah muntah” di dalam dompet dan kotak sarung tangan. Sentiasa elakkan daripada memandu dalam keadaan terganggu. Pandu ke tempat yang selamat bila rasa lapar atau kurang sihat.

#3. Sentiasa ingat untuk berehat

“Pregnant brain” atau menjadi pelupa ketika mengandung memerlukan lebih persiapan daripada biasa, jadi sediakan panduan perjalanan anda lebih awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau boleh, elakkan memandu jarak jauh dan rehat sebentar dengan kerap bagi menggalakkan pengaliran darah ke tapak kaki, kerana tapak kaki dan buku lali akan lebih mudah bengkak apabila duduk terlalu lama.

Jadi, berehat sebentar dan regangkan juga gerak-gerakkan kaki, tapak kaki dan jari-jemari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Kredit foto: saferideforkids

Baca juga: Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

Baca juga: Apa ibu bapa TAK PATUT BUAT jika nak guna stroller bayi dengan selamat

Baca juga: Abdomen Kanak-Kanak 6 Tahun Terbelah Dua Kerana Salah Pakai Seat Belt

Penulis

Lala Annuar