Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

Ketahui cara yang betul dan selamat untuk pakai tali pinggang keledar bagi wanita hamil serta kesan-kesan yang tidak diingini jika dipakai dengan cara salah

Kepentingan memakai tali pinggang keledar

Setiap pemandu dan penumpang kenderaan bermotor diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar ketika dalam perjalanan menggunakan kereta.

Tetapi jika anda ibu hamil, ini mungkin satu cabaran terutamanya kalau perut anda sudah semakin besar. 

Adakah lebih selamat untuk meletakkan tali pinggang melentang pada perut?

Adakah cara ini akan memudaratkan bayi dalam kandungan jika berlakunya kemalangan?

Jangan bimbang, hari ini kita akan bincang tentang cara betul dan selamat untuk memakai tali pinggang keledar semasa hamil.

Apakah cara yang betul untuk memakai tali pinggang keledar ketika hamil?

Tali pinggang keledar sebenarnya adalah “car seat” pertama bayi anda.

Apabila dipakai dengan betul, ia boleh menjaga keselamatan anda dan bayi anda jika berlakunya kemalangan.

Semua orang, tidak kira sama ada anda hamil ataupun tidak, sepatutnya memakai tali pinggang keledar dengan cara yang sama.

Berikut adalah bagaimana anda perlu pakai tali pinggang keledar ketika anda hamil:

Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

Kajian mendapati bawa kira-kira 200 janin boleh diselamatkan setiap tahun jika ibu hamil telah memakai tali pinggang keledar. Sumber gambar: GuideForMum.com

Tali pinggang yang melintang sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, dengan rata dan tidak terbelit. 

Ini untuk memastikan tali pinggang itu berada pada tulang punggung dan tidak melintang pada perut ibu. 

Jika berlakunya kemalangan dan tali itu melintang pada perut ibu hamil, ia boleh menyebabkan kecederaan pada buah pinggang, hati, limpa, usus, saraf tunjang tulang belakang, plasenta serta janin.

  1. SENTIASA pakai tali pinggang keledar anda, walaupun duduk di belakang
  2. Angkat perut dan pastikan tali pinggang dalam keadaan rata and berada di atas paha tetapi di bawah perut
  3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
  4. Tali pinggang bahu sepatutnya berada di celah-celah payudara ibu hamil.
  5. Jika ibu hamil adalah pemandu, laraskan kedudukan roda stereng ke atas.
  6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan.
  7. Jika ibu hamil adalah penunggang hadapan, laras kerusi anda ke belakang sebanyak yang mungkin untuk mengelak dari terlalu dekat dengan airbag.
Produk tali pinggang keledar tambahan untuk wanita hamil

Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

Jauhi produk-produk yang mengatakan mereka boleh menukarkan kedudukan tali pinggang keledar untuk wanita hamil agar mereka lebih selesa dan “selamat”.

Produk-produk ini tidak mempunyai kelulusan dan tidak pernah diuji dalam ujian kemalangan maka mereka tidak selamat untuk digunakan.

Jangan percaya gimik pemasaran mereka kerana ini soal keselamatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Dengan mengubah posisi atau menukarkan fungsi tali pinggang keledar, ia boleh menyebabkan tali pinggang menjadi longgar dan berbahaya.

Reka bentuk produk-produk ini juga tidak bagus dan akan menempatkan tali pinggang melintang atas rahim dan memudaratkan.

tali pinggang keledar

Jika ia diuji dengan patung ujian kemalangan, ujian itu masih tidak tepat dan tidak dapat mengukur sejauh mana risiko kecederaan kepada janin. 

Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dapat mengurangkan kecederaan kepada ibu hamil TANPA menggunakan produk tambahan

Risiko kecederaan janin juga dapat dikurangkan sebanyak 50%.

Bagaimana pula dengan airbag kereta?

Untuk wanita hamil yang bimbang airbag kereta boleh mencederakan bayi dalam kandungan, jangan bimbang lagi.

Hasil kajian ini menunjukkan kesan penggunaan airbag dan tali pinggang keledar sama seperti penggunaan tali pinggang keledar sahaja. Airbag kereta tidak akan mendatangkan kesan.

Semoga ini akan membantu dan menjaga keselamatan semua ibu-ibu hamil yang membaca. Sebarkan untuk keselamatan semua.

Sumber: The Car Seat Lady

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Selama Ini Kita Telah Membawa Car Seat Dengan Cara Yang Salah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner