X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

4 min bacaan
Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

Akibat kecuaian pengasuh yang memasang tali pinggang keledar secara salah pada tempat duduk kereta, satu nyawa melayang. Ibu bapa jangan buat 3 kesalahan utama ini kalau tidak mahu anak anda dalam bahaya!

Baru-baru ini, New York Post telah berkongsi satu berita tragis yang menggemparkan! 

Seorang bayi daripada Indiana, Major Maxie yang berusia 17 bulan telah didapati maut apabila bahagian otaknya diisytiharkan “mati” oleh doktor.

Semuanya berpunca daripada kecuaian pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga bayi tersebut.

Punca Kejadian Tragis Ini

Pengasuh terbabit adalah pekerja daripada Lifeline Youth and Family Service. Dia ditugaskan untuk menghantar bayi itu ke rumah bapanya. 

Jackie Smith, nenek kepada Major Maxie memberitahu pihak berita Fox 59 bahawa pengasuh itu menghantar cucunya ke rumah mereka selepas mengambil bayi tersebut dari rumah emaknya di Noblesville. 

Akan tetapi, setibanya di hadapan rumah mereka, pengasuh itu keluar dari kereta dan mula panik. Dia memberitahu bapa mangsa yang dia ada satu “kejutan” istimewa. 

Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

Lalu, si bapa pantas mendekati mangsa dan mendapati Major kaku di tempat duduk kereta. Selepas pemeriksaan, Major didapati tidak lagi bernafas.

Bapanya yang panik terus memberi bantuan pernafasan CPR kepada anak lelakinya itu sebelum mereka mengejarkan Mayor ke Hospital Riley.

Pemeriksaan daripada doktor mendapati bayi malang itu maut kerana dia tidak menerima bekalan oksigen ke otak selama 30 minit.

Tapi bagaimana ia boleh berlaku?

Keluarga Major mendakwa pengasuh terbabit gagal mengikat tali pinggang keledar pada tempat duduk kereta dengan betul hingga Major tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. 

Akibat daripada perbuatan terbabit, pengaliran oksigen ke paru-paru Major terhenti. Doktor tidak dapat mengesan sebarang aktiviti otak ketika Major di bawa ke hospital. Lalu, beliau diisytiharkan maut kerana otaknya tidak lagi berfungsi.

Jabatan Polis Metropolitan Indianapolis dan Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak Indiana masih sedang menyiasat kejadian ini. 

Pihak Lifeline Youth and Family Services tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media walaupun mereka digesa untuk berbuat sedemikian. 

Namun, maklumat daripada Ketua Pegawai Eksekutif badan terbabit memaklumkan mereka juga sedang menyiasat kejadian tragis ini.

Pengasuh terbabit digantung daripada kerja, namun masih menerima gajinya.

Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

Hakikatnya, ramai ibu bapa malah pengasuh masih tidak memahami penggunaan tempat duduk kereta yang betul.

Oleh sebab itu, ramai kanak-kanak dilaporkan maut di dalam kereta. Tak percaya?

Mari lihat 3 kesalahan utama yang sering dibuat ibu bapa berhubung kes tempat duduk kereta ini. 

3 Kesalahan Tentang Tempat Duduk Kereta Yang Sering Dibuat Ibu Bapa

Menurut Persatuan Pediatrik Kanada, hampir 80 hingga 90 peratus tempat duduk yang dipasang dalam kereta, telah dipasang dan digunakan secara salah oleh ibu bapa.

Hal ini bermaksud anak-anak anda yang duduk di tempat duduk kereta itu terbuka kepada bahaya kecederaan!

Monica Cheung, seorang ibu yang terlalu risau tentang statistik ini telah mendapatkan pakar untuk mempelajari bagaimana pemasangan tempat duduk kereta yang betul dan apakah kesalahan yang sering dibuat ibu bapa.

Hasilnya amat mengejutkan! 

1. Pemasangan yang longgar

Ibu bapa sering menganggap pemasangan tempat duduk kereta satu kerja senang. Tanpa membaca manual, mereka akan terus memasang tempat duduk kereta. Tapi hakikatnya, banyak tempat duduk kereta yang dipasang ibu bapa longgar! 

Kenapa? Menurut Katherine Hutka, Presiden Persatuan Keselamatan Penumpang Untuk Kanak-Kanak Kanada (CPSAC), ibu bapa tahu tempat duduk kereta itu longgar tapi mereka tak tahu bagaimana ingin membetulkannya!

Satu lagi kesalahan yang sering dibuat ibu bapa adalah pemasangan tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar ini haruslah dalam posisi rear-facing atau forward-facing. 

Cara mengatasi: Baca manual kereta anda dulu sebelum memasang tempat duduk kereta!

2. Sudut berbaring yang salah

Penting untuk dapat sudut berbaring yang betul, sebab ia mampu menjejaskan tubuh badan bayi anda yang semakin membesar.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Bersandar dan berbaring dengan betul juga dapat melindungi tulang belakang si manja. 

Sudut yang tepat mungkin berbeza-beza, bergantung kepada kereta anda. Tapi, sudut yang paling disyorkan adalah sekitar 45 darjah. 

Cara mengatasi: Beli tempat duduk kereta dengan pelbagai sudut, dan ubah sudut berbaring bergantung kepada berat dan tumbesaran anak anda. 

Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!

3. Tali pinggang keledar yang terlalu longgar atau terlalu ketat

Kadang-kadang, kita risau tali pinggang keledar itu terlalu longgar. Tapi, tali pinggang yang terlalu ketat juga boleh membawa maut!

Untuk mengetahui jika tali pinggang keledar yang dipasang terlalu longgar atau ketat, cuba cubit bahagian atas tali pinggang yang ada di bahu anak anda.

Jika anda tak dapat mencubitnya, tali pinggang itu terlalu ketat. Jika anda dapat mencubitnya, ia terlalu longgar.

Cara mengatasi: Pastikan klip dada selaras dengan bahagian ketiak anak anda. Jangan pakai baju yang terlalu tebal.

Semoga perkongsian ini membantu!

Baca juga: Jenis-Jenis Car Seat Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Sumber rujukan: New York Post, Fox 59, Today’s Parent, Persatuan Pediatrik Kanada dan Persatuan Keselamatan Penumpang Untuk Kanak-Kanak Kanada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi Maut Apabila Pengasuh Mengikat Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Kereta Secara Salah!
Kongsikan:
  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

    Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

    Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

  • Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

    Bapa melompat bersama anak kecil dengan tali hayun, ramai ibu bapa marah dan kecut perut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.