X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risiko & Tanda Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Melalui Proses Pembedahan?

4 min bacaan
Risiko & Tanda Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Melalui Proses Pembedahan?

Tanda cyst dan fibroid semasa mengandung boleh terjadi kepada mana-mana wanita. Jika saiznya melebihi 5cm, ibu mungkin dinasihatkan melalui pembedahan

Meskipun bukan kanser, tanda cyst pada ovari dan fibroid dalam rahim adalah tidak baik. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan gejala dan simptom ringan atau teruk seperti mengalami kembung, sakit berterusan atau pendarahan.

Kedua-dua fibroid rahim dan cyst ovari ini biasanya akan dialami oleh 75 peratus wanita. Secara umumnya, cyst ialah kantung yang berisi air dan boleh terjadi di mana-mana bahagian organ seperti hati, kulit, otak, kelenjar tiroid atau lain-lain.

Tanda cyst ketika mengandung

cyst ketika hamil

credit to sources

Antara tanda cyst ketika hamil yang biasanya terjadi ialah sakit pada bahagian punggung, ari-ari berasa kejang, kembung perut, sakit perut belah abdomen kiri atau kanan iaitu di kedudukan ovari dan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Kesakitan ini boleh dirasai kerana saiz cyst yang semakin membesar, adakalanya telah pecah atau berpintal.

Cyst yang sering dijumpai semasa mengandung berasal dari corpus lutenum. Kadang-kadang air boleh terkumpul dalam sarung telur ini dan kelihatan seakan-akan cyst melalui ultrasound.

Biasanya, saiznya boleh mencapai sehingga 5 sentimeter. Apabila usia kandungan memasuki 14 hingga 16 minggu, kebanyakan cyst ini akan mula mengecut. Sebab itulah ramai ibu mengatakan ‘masa awal-awal mengandung dulu, doktor ada jumpa cyst. Bila scan semula cyst tersebut sudah tiada.’

Justeru, anda tidak perlu panik sekiranya doktor tidak melakukan apa-apa rawatan sewaktu disahkan cyst pada awal kandungan. Temujanji untuk scan semula ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu sudah memadai.

Risiko tanda cyst semasa hamil, boleh menjejaskan ibu dan janin

Walau bagaimanapun ada juga cyst boleh membesar sehingga 10 sentimeter atau lebih. Ia berisiko berputar, pecah dan berdarah. Sekiranya ini berlaku, anda akan mengalami rasa sakit di abdomen serta pembedahan kecemasan diperlukan bagi membuang cyst dan menghentikan pendarahan.

cyst ketika mengandung

credit to sources

Jika doktor menasihati anda melalui proses pembedahan membuang cyst, ini adalah kerana saiznya sudah besar. Pembedahan yang dirancang (elective) adalah lebih baik berbanding pembedahan secara kecemasan (emergency).

Ini bergantung kepada saiz cyst dan kemudahan yang ada di hospital berkenaan. Pembedahan boleh dijalankan secara lubang kecil dan dimasukkan kamera (laparoscopy) atau laparotomy (potong abdomen).

Manakala risiko keguguran adalah sehingga 12 peratus jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan semasa anda berada di trimester pertama. Jika cyst perlu dibuang, waktu paling selamat adalah ketika trimester kedua, namun masih ada sedikit risiko rahim mengalami kontraksi dan bayi mungkin dilahirkan awal.

Komplikasi yang boleh berlaku semasa hamil

Jika fibroid berada bersebelahan dengan plasenta, ia berupaya menjejaskan pengaliran darah kepada fetus seperti yang dijelaskan oleh pakar. Bukan itu sahaja, perkembangan saiz fibroid boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang dan keguguran.

Meskipun kebanyakan kes berlaku tidak menganggu kelahiran, namun ada beberapa faktor perlu dipertimbangan seperti ia menghalang laluan kelahiran serta posisi bayi dalam kandungan.

Sekiranya fibroid menutup laluan atau bayi berada kedudukan songsang/ melintang, pembedahan caesar perlu dijalankan. Selain itu, fibroid ketika mengandung boleh menjadi penyebab rahim bermasalah untuk mengecut.

Ia adalah salah satu sebab utama tumpah darah selepas bersalin. Bagi mengelakkannya berlaku, suntikan ubat akan dipreskripsikan untuk memastikan rahim dapat mengecut.

Apa yang berlaku jika ibu tidak mahu melakukan pembedahan ketika cyst telah besar?

pembedahan cyst ketika mengandung

credit to sources

Doktor tidak dapat berbuat apa-apa jika pesakit tidak memberikan kebenaran untuk proses pembedahan membuang cyst. Namun anda perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih setelah doktor menjelaskaan dengan lengkap risiko-risiko sekiranya tidak dibedah.

Antaranya ialah ovarian cyst yang besar akan pecah atau berdarahan. Jika ini berlaku, pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Pembedahan secara tergesa-gesa ini bukan sekadar membuang cyst, namun mungkin terpaksa membuang keseluruhan organ kilang ovari.

Pembedahan yang dilakukan secara kecemasan ini turut mengundang risiko dan komplikasi lebih besar seperti alahan keterlaluan terhadap ubat bius, pendarahan teruk dan kecederaan pada organ sekitar rahim (usus, saluran darah, pundi kencing).

Selain itu, risiko jangkitan kuman semasa pembedahan kecemasan adalah lebih besar dari pembedahan biasa. Justeru bagi mengelakkan risiko menjadi lebih teruk, berbincang dan ikutilah nasihat doktor yang merawat.

Sumber: Aida Sue, Dr Zubaidi

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Sedang Membesar!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Risiko & Tanda Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Melalui Proses Pembedahan?
Kongsikan:
  • Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang

    Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang

  • Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

    Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang

    Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang

  • Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

    Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.