Buat ibu ayah baharu, anda mungkin pening. Tetapi bagi ibu bapa yang sudah berpengalaman, isu perangai bayi bertukar-tukar bila dia beralih bulan memang perkara biasa. Itu antara tanda growth spurt atau tumbesaran sedang berlaku pada bayi anda.
Jadi usah terlalu risau jika bayi anda menjadi lebih cranky, manja dan mahukan perhatian lebih atau lebih kerap minum susu setiap kali dia beralih bulan kerana itu antara tanda anak anda sedang alami tumbesaran yang normal berlaku pada kanak-kanak.
Baru saja ibu nak hafal jadual penyusuan, masuk saja bulan baharu anak tiba-tiba berubah perangai. Dia mula lebih kerap meminta susu walaupun dia baru saja diberikan minum susu.
Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:
- Tanda tanda bayi sedang alami growth spurt
- Tips untuk menjaga dan menenangkan anak yang sedang alami growth spurt
- Milestone usia anak mengikut usia sebulan hingga setahun
Isi Kandungan
Apa Itu Growth Spurt dan Tanda Tanda Growth Spurt Ibu Perlu Tahu
Growth spurt1 dikaitkan dengan pertumbuhan bayi secara pesat apabila dia beralih bulan atau meningkat umur.
Walaupun sudah diberi minum susu, dia masih lagi merengek seolah-olah masih lapar. Malah jika tidak dilayan, akan merajuk dan menangis serta merengek lebih lama. Itulah yang dimaksud dengan growth spurt.
Mungkin anda sering tertanya-tanya sama ada anak mendapat susu atau rehat yang mencukupi. Sebenarnya anak anda baik-baik saja. Dia lebih cranky dan kuat meragam bila beralih bulan adalah tanda tumbesarannya baik dan normal.
Berapa Lama Growth Spurt Terjadi?
Bayi anda akan mengalami pertumbuhan yang ketara dalam tempoh dua tahun pertama mereka berkaitan tinggi dan beratnya. Mereka membesar kira-kira 10 inci (25 sentimeter) lebih panjang dan tiga kali ganda berat badan mereka semasa tahun pertama.
Bayi membesar paling pesat semasa tahun pertama mereka dan kebanyakannya berlaku dalam bentuk lonjakan pertumbuhan atau dipanggil growth spurt dan beralih bulan. Ia adalah pertumbuhan dalam masa singkat.
Semasa 12 bulan pertama kehidupan, berat bayi cenderung meningkatkan tiga kali ganda.
Sebelum berlakunya growth spurt berat bayi anda mungkin meningkat secara perlahan. Tetapi selepas dia beralih bulan, beratnya akan tiba-tiba melonjak dan anda pun mungkin akan perasan dia jadi lebih tinggi apabila pakaian newborn nya sudah singkat!
Tanda-Tanda Bayi Sedang Alami Growth Spurt
Ini antara tanda growth spurt pada bayi yang boleh anda kesan:
#1. Kerap lapar
Bayi anda jadi lebih kerap lapar. Baru saja anda beri dia susu, dia meminta lagi malah merengek dan seperti tidak sabar. Setiap satu atau dua jam anda akan rasa dia seperti lapar lagi. Kadang kala ada juga yang sekerap 30 minit.
Jika anda sedang menyusu, ketahui bahawa semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak dia merangsang pengeluaran susu untuk mengikuti selera makan yang semakin meningkat.
Bayi yang lebih dewasa juga akan mahu menyusu lebih banyak dan meningkatkan pengambilan makanan pejal, jika mereka sudah mula diberi makan.
#2. Kerap berjaga malam
Dia mungkin lebih kerap berjaga malam daripada biasa atau sebelumnya. Walaupun anda rasa si manja sudah tidur lena dan tidak akan bangun, tapi jangan pelik dia akan bangun malam dan menangis minta susu.
Bukan sekali, tetapi dia mungkin bangun dua atau tiga kali pada jam 3 hingga 6 pagi. Semasa bayi alami growth spurt anda juga akan mendapati anak mungkin bangun lebih awal daripada sebelumnya.
#3. Lebih energetik
Anda mungkin mendapati bayi anda bangun lebih awal dari jadual tidur biasa. Dia akan jadi bertambah lebih bertenaga.
Jika menyusu secara direct feeding, dia akan jadi lebih cerewet dan tidak duduk diam kerana dia memerlukan kuantiti susu yang lebih banyak. Dia akan kerap merengek jika kehendaknya tidak dituruti.
Bayi Cirit Birit Beralih Bulan
Ini juga biasa diperkatakan orang tua-tua, walau bagaimanapun tiada kajian yang sahih untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Bayi baru lahir sememangnya kerap berak, apatah lagi bayi yang menyusu badan.
Kerap berak dan tekstur najis yang sedikit cair ini selalu dikelirukan dengan cirit-birit. Jadi ibu ayah perlu peka dengan keadaan bayi anda.
Bila Hadirnya Tanda Growth Spurt Pada Bayi?
Walaupun tumbesaran dan perkembangan bayi tidak sama, tetapi mereka akan mengalami tumbesaran pesat pada tahun pertamanya. Pada ketika inilah anda akan melihat pertumbuhan pesat anak anda.
Anda mungkin akan melihat pertumbuhan pesat pada bayi anda ketika dia beralih bulan dan berusia:
- 1 hingga 3 minggu
- 6 minggu
- 3 bulan
- 6 bulan
- 9 bulan
Namun perkara ini tidak semestinya sama pada semua bayi growth spurt. Ia mungkin berubah-ubah mengikut sistem badan bayi anda sendiri.
Apa yang penting, selagi anak anda minum susu dan makan dengan kekerapan yang normal, malah lampinnya basah dan ada najis, mengikut kepada lengkung carta pertumbuhan yang sepatutnya, anda patut yakin dia membesar dengan baik.
Tips Untuk Jaga Bayi Yang Alami Growth Spurt
Pada fasa ini anda mungkin akan rasa sedikit keletihan kerana bayi growth spurt lebih banyak bangun malam dan meragam mahu susu.
Bagi yang menyusu badan, anda mungkin risau susu anda tidak cukup untuk menampung keperluan bayi. Namun ketahuilah, apabila bayi lebih kerap menyusu2 ia akan merangsang susu anda untuk keluar berdasarkan kepada keperluan bayi.
Jika anak anda menyusu formula juga tiada masalah. Cuma anda perlu bangun lebih kerap pada waktu malam. Jadi dalam fasa growth spurt ini, layan sajalah jika bayi anda lebih kerap menyusu kerana ia menandakan perkembangan mereka berlaku dalam keadaan normal.
Sekiranya anda rasakan bayi anda sedang mengalami growth spurt, apa yang anda boleh lakukan adalah beberapa perkara di bawah ini.
#1. Cuba cari posisi penyusuan yang selesa
Cari posisi penyusuan yang anda dan bayi rasa selesa. Ini kerana posisi penyusuan juga akan menyumbang kepada pengalaman penyusuan yang berkualiti.
Jadi disebabkan itulah amat penting untuk memastikan posisi penyusuan itu berlaku dengan sebaiknya dan menggembirakan kedua-dua pihak iaitu ibu dan bayi.
Jika anda lebih suka posisi mengiring ketika menyusu, teruskan saja. Tidak perlu mengikut orang lain yang mungkin ada posisi yang mereka lebih selesa.
Ini antara anda dan bayi anda, jadi hanya anda berdua yang perlu ‘persefahaman’ posisi mana yang akan mendatangkan keselesaan kepada kedua-dua pihak.
#2. Dapatkan bantuan daripada rakan dan keluarga
Mendapatkan bantuan daripada rakan dan keluarga pada masa ini supaya anda boleh menumpukan perhatian untuk memberi makan bayi anda dan berehat.
Ini kerana bayi growth spurt memang sedikit demanding. Dengan meminta bantuan daripada rakan atau ahli keluarga untuk menjaga mereka sebentar anda boleh mandi dan merehatkan minda daripada tekanan sebentar untu recharge semula dan menjaga mereka.
Bagaimana Untuk Tahu Anak Sedang Membesar Dengan Baik?
Setiap kanak-kanak membesar dan berkembang mengikut perkembangan3 mereka sendiri. Bagaimanapun ada beberapa pandangan untuk tahu bahawasanya anak anda sedang membesar dengan baik yang mana mereka membesar mengikut milestone yang sepatutnya berdasarkan peringkat umur.
Berikut adalah tanda anak anda sedang membesar dengan baik pada usia lahir hingga 18 bulan. Dalam tempoh pertumbuhan dan perkembangan yang mendalam ini, bayi membesar dan berubah dengan cepat.
Doktor mengesyorkan agar anda banyak bercakap dengan bayi anda semasa fasa ini, kerana mendengar suara anda akan membantu bayi anda mengembangkan kemahiran komunikasi.
#1. 1 hingga 3 bulan
- Menunjukkan minat terhadap objek dan wajah manusia
- Mungkin bosan dengan aktiviti berulang
- Cuba melihat anda atau orang lain
- Mula tersenyum pada orang
- Mula ketawa dan mengeluarkan bunyi vokal
- Menjadi tenang apabila diajak bicara
- Menangis secara berbeza untuk keperluan yang berbeza
- Menoleh ke arah bunyi
- Mengikut gerakan objek dengan mata
- Menggenggam objek
- Angkat kepala secara beransur-ansur untuk tempoh yang lebih lama
#2. 4 hingga 6 bulan
- Mengenali wajah yang dikenali
- Membalas ekspresi muka
- Suka bermain dengan orang ramai
- Bertindak balas secara berbeza kepada nada suara yang berbeza
- Mula meniru bunyi
- Melihat sesuatu dan mencapainya
- Mungkin boleh berguling
- Ketawa
#3. 5 hingga 9 bulan
- Mengangkat tangan ke mulut
- Saling memegang kedua-dua tangan sendiri
- Suka cermin
- Mengetahui apabila orang asing hadir
- Bertindak balas bila mendengar nama mereka
- Boleh berkomunikasi dengan gerak isyarat
- Mula duduk tanpa sokongan
- Boleh melompat apabila dipegang dalam keadaan berdiri
- Berguling di kedua-dua arah
#4. 10 hingga 12 bulan
- Suka lihat benda jatuh
- Mencari perkara yang tersembunyi
- Lebih suka kepada orang yang dikenali
- Tahu maksud “tidak”.
- Meniru bunyi dan gerak isyarat
- Mula meniti apabila boleh berpegang
- Merangkak
#5. 13 hingga 18 bulan
- Telah belajar menggunakan beberapa perkara asas seperti memegang sudu
- Boleh menunjuk bahagian badan yang dinamakan
- Boleh jadi tantrum
- Boleh menangis di sekeliling orang yang tidak dikenali
- Tahu cara menyebut beberapa perkataan
- Berkata “tidak”
- Lambaian selamat tinggal
- Berjalan sambil memegang permukaan
- Berdiri sendiri
- Boleh mendaki satu atau dua langkah anak tangga
- Boleh minum dari cawan
- Cleveland Clinic (November 19, 2021). Growth Spurts & Baby Growth Spurts. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22070-growth-spurts#:~:text=Growth%20spurts%20are%20short%20periods,until%20they%20reach%20physical%20maturity.
- Healthline (Disember 15, 2019). Understanding Baby Growth Spurts. https://www.healthline.com/health/baby/baby-growth-spurts
- Healthline (Disember 9, 2019). Ages and Stages: How to Monitor Child Development. www.healthline.com/health/childrens-health/stages-of-child-development
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Marah, Menangis Bila Disapa Orang Asing, Dia Malu Atau Takut Orang Sebenarnya?
Baca juga: 13 Tanda Anak Rasa Janggal Dengan Kita & Buat Hubungan Jadi Renggang, Jangan Biarkan!
Baca juga: 6 Kesilapan Ibu Ayah Yang Mungkin Buat Anak Jadi Memilih Makanan Atau Picky Eater!