13 Tanda Tanda Hamil Yang Pasti, Ramai Ibu Baharu Tak Sedar Mereka Sudah Mengandung
Tanda tanda hamil adalah agak sama seperti simptom datang bulan. Sesetengah wanita merasakan sakit payudara, spotting dan pening kepala
Apabila cuba untuk hamil, anda harus peka dengan tanda tanda hamil yang mungkin membawa diri ke fasa yang lebih menggembirakan. Dan kebiasaannya tanda hamil ini sama seperti tanda nak datang bulan!
Walau bagaimanapun, kejayaan itu akan menjadi lebih licik dan misteri apabila terdapatnya implantasi awal iaitu pengeluaran darah seakan-akan haid.
Isi Kandungan
Tanda tanda hamil yang pasti
Situasi implantasi ini akan membuatkan anda sedikit keliru sama ada darah yang keluar itu adakah spotting tanda hamil atau menstruasi?
Jom kita tengok bagaimana anda boleh membezakan sama ada darah yang keluar itu satu tanda mengandung dari implantasi ataupun sebenarnya darah haid.
1. Payudara sakit/ bengkak: Apabila anda hamil, badan anda mengalami perubahan besar dalam hormon khususnya, peningkatan dalam estrogen dan progesteron bagi menyokong bayi anda yang sedang membesar.
Perubahan dalam hormon ini boleh menyumbang kepada banyak gejala, termasuk di bahagian payudara. Selalunya, perubahan pada payudara termasuklah terasa sakit atau bengkak mula menjadi ketara beberapa hari sebelum terlepas haid.
2. Cramp perut seakan nak period: Tanda tanda hamil ini boleh terasa seperti datangnya haid, ia juga boleh menjadi tanda implantasi.
Kekejangan implantasi boleh berlaku dengan atau tanpa pendarahan, dan mungkin berasa berbeza daripada kekejangan ketika ingin haid. Sebagai contoh, anda mungkin berasa sakit yang ringan hingga sederhana yang boleh datang dan hilang selama beberapa hari.
3. Perut bloated: Kita semua pernah mengalami perut kembung atau sembelit dari semasa ke semasa, dan kedua-duanya juga adalah agak biasa semasa kehamilan. Sekali lagi, perubahan hormon itu adalah puncanya.
Ia melambatkan penghadaman, yang boleh menyebabkan pengumpulan udara di dalam usus sehingga menyebabkan sembelit.
Pada awalnya, kembung perut atau sembelit mungkin ringan dan disertai dengan tanda tanda hamil yang lain. Tetapi jika anda benar-benar hamil, tanda hamil ini mungkin kekal sepanjang kehamilan anda.
4. Sakit kaki di bahagian peha: Ciri-ciri awal kehamilan yang lain adalah bahagian paha terasa sengal dan sakit, tidak seperti biasa.
5. Sakit kepala: Ciri-ciri awal kehamilan ini terjadi kerana peningkatan jumlah darah dan perubahan hormon pada awal kehamilan. Anda juga boleh mengalami sakit kepala jika dehidrasi akibat loya.
6. Mual dan muntah-muntah: Ciri-ciri awal kehamilan ini paling lazim berlaku. Ia biasanya berlaku seawal dua minggu selepas proses persenyawaan.
Dalam sekitar minggu keempat kehamilan dan tepat pada masa anda akan terlepas haid jika anda hamil. Sesetengah wanita bagaimanapun mungkin tidak mengalami loya atau muntah sama sekali.
Kami ada senaraikan susu ibu mengandung di sini untuk memastikan ibu dan anak dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.
7. Kerap kencing: Jika anda kerap berulang-alik ke tandas untuk membuang air kecil sekitar masa haid anda yang seterusnya, ini mungkin menjadi tanda pasti hamil.
Kehamilan meningkatkan jumlah darah dalam badan anda, yang memberikan buah pinggang anda lebih banyak cecair untuk ditapis dan lebih banyak bahan buangan untuk disingkirkan.
Jadi, tanda pasti hamil mungkin membuatkan anda menjadi kerap kencing. Ini merupakan satu gejala yang boleh bermula lebih awal dan akan berlarutan sepanjang kehamilan anda.
8. Keletihan
Tanda pasti hamil yang lain adalah rasa letih yang melampau. Sesetengah wanita mungkin merasakan tanda pasti hamil ini sebelum tahu bahawa mereka hamil.
Malah, keletihan mungkin berlaku sejurus seminggu selepas pembuahan. Ini kerana perubahan mendadak dalam tahap hormon, terutamanya peningkatan progesteron.
9. Selalu mengantuk: Selain mudah berasa letih, anda juga akan lebih senang untuk berasa mengantuk dan tertidur meskipun di siang hari yang menjadi tanda pasti hamil.
10. Lapar tanda awal kehamilan: Ia juga merupakan salah satu simptom mengandung yang sering dialami wanita. Keadaan ini terjadi akibat daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan apabila hamil.
11. Tanda awal kehamilan: selera makan berkurang
Namun, ada juga wanita mengalami tanda awal kehamilan seperti hilang selera makan akibat kerap mengalami rasa mual dan muntah-muntah.
12. Sensitif pada sesuatu bau dan rasa
Ramai wanita menyatakan bahawa kepekaan terhadap bau adalah salah satu tanda awal kehamilan. Malah, sebanyak dua pertiga wanita menjadi lebih sensitif atau reaktif terhadap bau di sekeliling mereka semasa mengandung.
Dan selalunya deria bau yang meningkat ini boleh bertahan sepanjang trimester pertama atau seterusnya, dan menyumbang kepada gejala lain seperti loya, dan keinginan atau keengganan untuk makan.
13. Spotting atau pendarahan implantasi
Ramai wanita terkejut apabila mengetahui bahawa tompok atau pendarahan kecil boleh menjadi salah satu tanda pasti hamil, tetapi kira-kira satu pertiga wanita mengalami tanda tanda hamil ini.
Ini sering dipanggil sebagai pendarahan implantasi kerana doktor percaya ia berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat (atau implan) sendiri ke dalam lapisan rahim. Ini berbeza daripada pendarahan yang boleh berlaku daripada sesuatu seperti keguguran, yang biasanya lebih berat.
Keputihan tanda hamil
Keputihan tanda hamil adalah apabila ia berwarna putih susu. Sebaik sahaja proses persenyawaan terjadi, dinding faraj anda mula menebal yang boleh menyebabkan lelehan putih susu berterusan sepanjang kehamilan.
Keputihan tanda hamil ini biasanya tidak berbahaya. Jika lelehan disertai dengan bau atau sensasi terbakar atau gatal-gatal, hubungi doktor anda dengan segera.
Apa Itu Implantasi?
Implantasi adalah keadaan di mana sperma membuahkan telur dalam tiub fallopian. Selepas itu, sel dibahagikan dan bilangannya semakin bertambah.
Kemudian, telur yang disenyawakan itu akan bergerak ke arah rahim. Di sana, ia akan tumbuh sehingga cukup matang dan menjadi blasctocyct.
Setelah itu, blastocyct akan terbenam dalam tisu uterus/rahim dan ini dikenali sebagai implantasi. Bahkan, implantasi selalu berlaku dalam tempoh masa sepatutnya anda datang haid.
Jadi, ia akan menyebabkan sesetengah wanita keliru sama ada anda hamil atau datang bulan. Jika terjadi implantasi ini, ibu hamil tak perlu bimbang kerana ia adalah salah satu simptom hamil awal.
Ketahui Simptom Implantasi
Secara lazimnya, simptom implantasi yang berjaya adalah seperti berikut:
- Kekejangan: Wanita tersebut akan merasakan kekejangan atau ketidakselesaan pada abdomen bahagian bawah (di kawasan perut). Namun tak semua wanita alaminya kerana tanda hamil setiap orang adalah berbeza-beza.
- Kekejangan ini berlaku apabila blastocyct membenamkan diri ke dalam dinding uterus. Namun, kekejangan ini hanya berlaku lebih ringan dan berlangsung selama satu ke dua hari.
- Spotting/bercak darah: Pendarahan implantasi dikenali sebagai spotting. Ia merupakan salah satu tanda hamil awal.
Bagaimanakah Perbezaan Antara Pendarahan Implantasi/ Spotting dan Darah Haid?
- Warna darah yang berbeza: Darah haid berwarna merah tua. Pendarahan implantasi pula biasanya berwarna merah jambu pucat atau coklat pekat.
- Tidak beku: Pendarahan implant tidak ada darah beku dan teksturnya tak sama seperti darah haid.
- Tempoh yang lebih pendek: Menstruasi normal berlangsung selama tiga ke tujuh hari. Tapi pendarahan implantasi hanya memerlukan sedikit masa seperti selama beberapa jam atau tiga hari secara keseluruhan.
- Tak berat seperti haid: Ketika menstruasi, kita perlu pakai tuala wanita kerana darah akan mengalir memenuhi seluar dalam. Tapi pendarahan implan tak memerlukannya kerana hanya sedikit saja darah akan keluar.
Pertanda hamil yang lain
Implantasi dalam kata lain adalah pengesahan pertanda hamil awal. Berikut merupakan gejala lain yang menunjukkan bahawa anda sedang berbadan dua dan ciri-ciri mengandung ini adalah antara yang paling biasa berlaku:
- Haid lewat
Biasanya haid anda akan datang secara teratur setiap bulan. Tapi tiba-tiba, haid tidak datang dan lewat dari tempoh yang sepatutnya. Ini mungkin pertanda hamil.
- Payudara sensitif
Pertanda hamil yang lain mungkin mendapati payudara kelihatan membengkak atau terasa sakit. Ia berlaku kerana perubahan rembesan hormon.
- Terlalu emosi / moody
Sekiranya anda merasakan diri selalu emosi berbanding sebelumya. Ini juga adalah salah satu tanda tanda orang mengandung kerana perubahan hormon.
- Mengelak makanan tertentu
Kehamilan ada ketikanya membuatkan ibu hamil sensitif terhadap bau dan rasa yang datang daripada makanan tertentu.
- Rasa kembung perut
Anda merasakan perut seperti kembung yang biasanya berlaku sebelum haid. Ia boleh jadi angkara perubahan hormon dan pertanda hamil.
- Hidung tersumbat
Apabila perubahan hormon terjadi ia boleh menyebabkan membrane mucus hidung membengkak. Pendarahan hidung juga boleh berlaku sebagai gejala awal hamil.
- Sembelit
Gejala awal hamil yang lain adalah sukar membuang air besar atau sembelit. Perubahan pada hormon juga boleh melambatkan sistem pencernaan sekaligus menyebabkan sembelit.
Mengidam tanda awal kehamilan
“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.
Bahkan kini, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi benda-benda lain yang kadang-kala agak unik dan pelik.
Simptom pregnant seperti mengidam ini dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita.
Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung.
Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.
Jika ada sebarang kebimbangan atau soalan yang lebih lanjut tentang kitaran haid atau panduan berkaitan kehamilan anda, terus saja berjumpa yang lebih pakar untuk mengetahui sama ada anda benar-benar hamil atau sebaliknya.
Semoga bermanfaat!
Sumber
Health Partners (n.d). Are you pregnant? Here are 16 early signs and symptoms of pregnancy. www.healthpartners.com/blog/first-symptoms-of-pregnancy/
Mayo Clinic (Dis 3, 2021). Symptoms of pregnancy: What happens first. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853
Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 16 Tanda Hamil Dah Masuh Tiga Hari, No.9 Paling Senang Nak Tahu
Baca juga: 7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!
Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!