Sering kali kita dengar, ayat ini ‘eh, kalau bentuk perut ibu mengandung macam anak lelaki ni’ diungkapkan kepada ibu mengandung, jika nampak seperti perempuan, lain pula katanya. Jadi bagaimana orang boleh mengesan tanda mengandung anak lelaki pada seseorang ibu hamil?
Setiap ibu mengandung pastinya tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Tidak kiralah ini anak pertama ataupun kedua, rasa teruja tetap sama, kan?
Isi Kandungan
Tanda mengandung anak lelaki
Ada beberapa tanda mengandung anak lelaki yang boleh anda perhatikan melalui luaran atau fizikal ibu hamil mengikut petua orang lama.
Ada juga yang tidak percaya, tetapi boleh juga anggap ini sebagai maklumat menarik untuk bacaan anda selain sebagai rujukan yang mungkin berlaku pada diri anda.
Berikut beberapa tanda mengandung anak lelaki mengikut petua orang lama:
#1. Kulit wajah kusam
Tanda mengandung anak lelaki yang pertama adalah kulit ibu menjadi berseri-seri atau dikenali sebagai pregnancy glow.
Mengikut petua orang lama, jika hamil anak perempuan, bayi akan ‘mencuri’ kecantikan ibu hingga menyebabkan kulit anda menjadi sedikit kusam, naik jerawat dan gelap.
#2. Ibu suka makanan masin
Sesetengah percaya bahawa keinginan makanan tertentu, seperti keutamaan untuk makanan masin atau berperisa, dikaitkan dengan membawa budak lelaki. Mengidam gula-gula atau buah dianggap menunjukkan seorang gadis.
#3. Kiraan tendangan bayi
Tidak hanya sekadar kiraan pergerakan bayi, ia sebenarnya boleh menjadi ramalan jantina bayi dalam kandungan.
Mengikut petua orang lama, jika anda merasakan tendangan lebih tinggi di tulang rusuk anda, ia mungkin tanda mengandung anak perempuan.
Manakala tendangan di bahagian bawah perut mungkin menandakan jantina bayi lelaki.
#3. Morning sickness kurang teruk
Morning sickness atau muntah dan loya tidak seteruk seperti hamil anak perempuan. Malah ada juga yang tiada masalah ini langsung!
#4. Perut menonjol ke hadapan
Bentuk perut ibu mengandung anak lelaki biasanya akan kelihatan besar pada bahagian bawah dan menonjol ke hadapan.
#5. Degupan jantung si ibu kurang dari 140/minit
Salah satu tanda mengandung anak lelaki yang boleh anda perhatikan adalah kadar gedupan jantung. Jika denyutan di bawah 140 seminit, jantina bayi berkemungkinan tinggi adalah lelaki.
Manakala sekiranya degupan jantung ibu melebihi 140, ia berkemungkinan tanda mengandung anak perempuan.
#6. Rambut ketika hamil
Jika rambut anda sebelum ini kelihatan kusam, tanda mengandung anak lelaki pula menunjukkan rambut ibu ketika hamil akan menjadi lebat dan berkilat.
#7. Hidung kembang dari biasa
Ketika sarat mengandung, ia boleh menyebabkan hidung dan kaki mengembang. Namun tanda tanda mengandung anak lelaki boleh membuatkan hidung ibu kelihatan lebih kembang dari biasa.
#8. Payudara bahagian kanan lebih besar
Payudara pada bahagian kanan menjadi lebih besar dari bahagian kiri.
#9. Kerap alami sakit kepala
Si ibu akan kerap mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan.
#10. Pergerakan bayi di dalam perut lebih kerap ke bahagian kanan
Ibu akan dapati pergerakan bayi akan lebih kerap ke bahagian kanan perut.
#11. Garisan hitam pada perut ibu
Garis hitam pada perut ibu atau linea nigra akan berpanjangan dari bawah perut ke atas dan tidak putus-putus.
#12. Berat badan bertambah banyak
Berat badan ibu mengandungkan anak lelaki juga bertambah lebih banyak berbanding ibu yang mengandung anak perempuan.
#13. Rajin make up
Ramai ibu mengandung anak lelaki mengakui mereka rajin berdandan dan menjaga penampilan harian. Tidak kiralah berada di rumah ataupun ingin keluar check up kehamilan di klinik. Pasti akan terasa ingin bersiap meskipun hanya memakai calit sedikit gincu.
#14. Posisi tidur ibu mengandung
Selama kehamilan, wanita sering cepat penat. Dan jika posisi tidur sering mengiring ke kiri, maka berkemungkinan ia tanda tanda mengandung anak lelaki.
#15. Emosi lebih sensitif
Sikap ibu ketika hamil anak lelaki juga boleh dilihat dengan asyik rasa nak menang, tegas dan keras kepala. Ini sementara saja ya, janganlah suami risau sangat pula.
Tanda mengandung anak lelaki menurut islam
Sebenarnya tiada sebarang tanda mengandung anak lelaki menurut Islam khusus yang dapat menentukan ketepatan jantina bayi dalam kandungan dengan hanya memerhatikan tanda fizikal ibu hamil.
Hal ini kerana jantina bayi telah ditetapkan oleh Allah seawal trimester kedua kehamilan. Islam mengajarkan umatnya untuk mensyukuri pemberian Allah berupa anak-anak, tanpa mengira jantina.
Namun ketika hamil, ada amalan ibu mengandung yang disarankan dalam Islam seperti berdoa, membaca Al-Quran dan berusaha menjalani kehamilan dengan sabar, syukur dan ihsan.
Ciri ciri mengandung anak lelaki
- Pedih ulu hati: Pedih ulu hati adalah satu lagi gejala kehamilan biasa. Walaupun mengalami pedih ulu hati bukanlah pengalaman yang selesa, ia boleh menjadi ramalan jantina bayi dalam kandungan. Jika anda tidak mengalami pedih ulu hati, itu tanda anda mempunyai anak lelaki.
- Mudah letih dan mengantuk: Mengandung anak lelaki boleh membuatkan ibu mudah penat dan kerap mengantuk meskipun sudah memperoleh tidur yang cukup.
- Kaki bengkak: Jika anda melihat bengkak di kaki, bersiaplah untuk menyambut seorang budak lelaki.
- Tekanan darah: Tekanan darah ketika hamil yang tidak berubah biasanya menunjukkan tanda hamil anak lelaki.
Apa yang menentukan jantina bayi?
Secara umumnya, jantina bayi ditentukan oleh susunan kromosomnya ketika proses persenyawaan (apabila sperma bertemu dengan telur).
Embrio menerima 23 kromosom daripada setiap ibu bapa, di mana satu pasangan terdiri daripada kromosom seks yang menentukan jantina bayi.
Jika bayi mempunyai dua kromosom X, ia adalah perempuan. Manakala jika bayi mempunyai satu kromosom X dan satu Y, ia adalah lelaki.
Bila boleh tahu jantina bayi
Ultrasound ialah ujian pranatal rutin di mana anda akan melalui imbasan pada bahagian perut. mengimbas perut anda.
Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk mencipta imej janin bagi memeriksa perkembangan dan kesihatannya.
Ia juga boleh mendedahkan jantina bayi anda. Kebanyakan doktor menjadualkan ultrasound pada sekitar 18 hingga 21 minggu, tetapi jantina mungkin ditentukan oleh ultrasound seawal 14 minggu.
Namun imbasan kandungan ini tidak selalunya 100 peratus tepat kerana sesetengah bayi mungkin berada dalam kedudukan yang menyebabkan sukar untuk melihat alat kelamin dengan jelas.
Jika sonographer tidak dapat melihat kemaluan lelaki, mereka akan membuat kesimpulan bahawa anda berkemungkinan menimang anak perempuan.
Petua mendapatkan anak lelaki
Bagi sesetengah pasangan suami isteri, mungkin ada yang ingin menimang anak lelaki. Berikut adalah beberapa petua bagi meningkatkan peluang mendapatkan bayi lelaki:
#1. Pemakanan
Seorang wanita yang ingin mengandung anak lelaki mesti menjaga pemakanannya. Kajian 2008 terhadap 740 wanita mendapati terdapat hubungan antara peningkatan pengambilan kalori dan mengandung anak lelaki.
Penyelidikan juga mendapati bahawa wanita yang mengandung anak lelaki kebanyakannya adalah mereka mengambil banyak kalium. Sumber kalium boleh didapati pisang, ubi keledek dan kacang putih.
Selain itu untuk membolehkan sperma membawa kromosom Y, anda boleh dapat tenaga tambahan daripada kafein.
Minum secawan kopi, minuman tenaga atau makan sedikit coklat sebelum melakukan hubungan intim.
2. Masa melakukan persetubuhan
Masa yang sesuai untuk bersama pasangan bagi meningkatkan peluang hamil anak lelaki adalah menggunakan Kaedah Shettles.
Dr. Landrum B. Shettles percaya bahawa masa persetubuhan berhubung dengan ovulasi boleh mempengaruhi jantina bayi. Untuk meningkatkan peluang mendapat anak lelaki, dia mengesyorkan melakukan hubungan seks sehampir mungkin dengan ovulasi wanita.
3. Kedudukan hubungan seksual
Selain itu Dr. Shettles juga mencadangkan bahawa posisi seks yang digunakan semasa persetubuhan boleh memainkan peranan dalam menentukan jantina bayi.
Dia mencadangkan bahawa penembusan yang lebih dalam, seperti posisi missionary dapat meningkatkan peluang hamil anak lelaki.
Manakala penembusan yang lebih cetek seperti posisi seks ‘woman on top’ boleh membantu anda mendapatkan bayi perempuan.
4. Pakai seluar dalam yang longgar
Cadangkan pada suami untuk menukar seluar dalam ketat kepada yang lebih longgar. Selain itu pastikan seluar pendek boxer juga longgar supaya bahagian testikel tidak terlalu sempit dan panas.
Jika suhu panas, ia boleh menyebabkan bilangan sperma berkurangan. Sekaligus mengurangkan peluang untuk menimang anak lelaki.
Kesimpulannya, jantina bayi dipengaruhi faktor genetik yang ditentukan oleh sperma bapa yang mengandungi kromosom X atau Y.
Justeru petua orang dulu boleh digunakan sebagai ramalan sahaja kerana ia tidak dibuktikan secara kajian saintifik. Sekiranya anda ingin mengetahui jantina bayi dalam kandungan dengan tepat, berjumpa doktor untuk melakukan ujian ultrasound.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Perkara PENTING Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Mengandung Kena Ikut & Elak
Baca juga: Kalkulator Jantina Bayi Menggunakan Kalendar Kehamilan Cina: Bayi Boy Ke Girl?
Baca juga: Due Date Bersalin: Cara Kiraan Due Date Bersalin, Faktor Mempengaruhi & Persediaan