Tanda-Tanda Meningitis Pada Anak, Parents Perlu Alert Kerana Jangkitan Ini Boleh Bawa Maut

Meningitis penyakit membawa maut dan kanak-kanak mempunyai peluang yang tinggi untuk dijangkiti. Jadi, anda perlu beri perhatian pada tanda menigitis ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Oleh sebab itu, amat penting untuk ibu bapa lebih berjaga-jaga dan semak tanda meningitis pada anak sekiranya anda rasakan sesuatu yang tidak kena pada anak.

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan bagaimana jangkitan meningitis mampu menyebabkan seorang bayi hilang kedua-dua tangan dan kakinya, manakala seorang kanak-kanak lagi terkena jangkitan ini dari troli pasaraya!

Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada jangkitan meningitis, jadi ibu bapa perlu tahu tanda meningitis pada anak. Jangan pandang ringan lagi jangkitan virus ini. Ingat, firasat ibu bapa sebenarnya lebih benar dan lebih mengetahui!

Awas Ini 8 Tanda Meningitis Pada Anak Ibu Bapa Perlu Alert!

#1 Tanda meningitis: Demam mendadak

Salah satu tanda jangkitan ini adalah demam secara tiba-tiba. Ibu bapa perlu risau jika anak tiba-tiba menggigil dan mengadu kesejukan.

Oleh sebab demam juga merupakan tanda kepada pelbagai penyakit yang lain, ibu bapa perlu memerhatikan faktor lain tentang meningitis.

#2 Tanda meningitis: Sakit kepala teruk

Sakit kepala disebabkan meningitis merupakan sakit yang tidak boleh ditahan. Sakit kepala ini juga akan merebak hingga ke leher.

Kepala yang sakit menyebabkan anak anda tidak dapat memberikan tumpuan.

Meningitis pada bayi baru lahir boleh dilihat jika ada benjolan pada ubun-ubun bayi tersebut.

#3 Tanda meningitis: Penglihatan menjadi kabur

Seseorang yang menderita meningitis biasanya tidak boleh memfokuskan penglihatannya dan ini menyebabkan penglihatan mereka kabur.

#4 Sakit perut, mual, dan muntah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang menghidap meningitis selalunya hilang selera makan. Ini terjadi kerana mereka rasa mual sentiasa diikuti rasa sakit perut dan muntah-muntah.

Jadi jika anak anda menunjukkan sindrom-sindrom ini, segera dapatkan rawatan pakar. Anda pasti tidak mahu terlambat!

#5 Sensitif terhadap cahaya terang

Cahaya yang terang akan membuat mata anak yang menghidap meningitis menjadi berair dan ini akan membuatkannya mual dan kepala semakin sakit.

Oleh sebab itu, sentiasa perhatikan tahap sensitif anak anda terhadap cahaya. Adakah mereka sensitif terhadap cahaya sekarang?

#6 Otot oksipital jadi kaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Otot oksipital adalah bahagian otot yang melindungi bahagian tengkorak. Jika anak menghidapi meningitis, mereka selalunya baring pada posisi yang mudah diketahui.

Mereka akan baring mengiring dengan kepala mendongak ke atas dan kaki dibengkokkan. Mereka cuba untuk mengangkat leher tapi tidak berjaya. 

Itu antara tanda yang anda perlu cepat membawa si manja mendapatkan rawatan!

#7 Tidak boleh bengkokkan lutut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak anda menggerakkan kepala ke arah dada, secara automatik lututnya akan bengkok dan mereka tidak boleh bergerak dari posisi ini. Ia dipanggil tanda leher Brudzinski.

Jika anak menghidap meningitis, mereka sukar untuk meluruskan kakinya jika diangkat ke atas pada posisi 90 darjah.

#8 Ruam kulit yang tidak hilang

Ruam juga boleh menjadi salah satu dari tanda penyakit ini. Ini merupakan cara mudah untuk mengetahui ruam tersebut adalah kerana meningitis atau tidak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil gelas kaca yang lutsinar dan letakkan ke atas ruam. Tekan gelas dengan kuat pada kulit ruam sehingga pucat.

Jika bintik-bintik tersebut berubah menjadi pucat sama dengan keadaan kulit, ia bukan tanda meningitis tapi jika ruam tidak pudar, ibu bapa perlu segera berjumpa pakar.

Semoga artikel ini membantu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar