Jangan Kerap Angkat Berat, Ini 9 Tanda Peranakan Jatuh Yang Tidak Boleh Diabaikan!

Tanda rahim jatuh pada mulanya sukar untuk diketahui. Namun anda boleh perhatikan beberapa perkara ini bagi mengelakkan berlaku masalah lain.

Ramai wanita tak sedar peranakan mereka rendah atau jatuh kerana tak tahu tanda rahim jatuh yang sering terjadi kepada wanita yang pernah bersalin. Tapi jangan terkejut, ada juga anak dara atau mereka yang belum pernah bersalin mengalami situasi rahim jatuh ini!

Puncanya mungkin kerana angkat barang berat, tidak jaga pantang selepas bersalin, sembelit, otot vagina longgar dan dinding rahim tak kuat. 

Jom kita lihat tanda rahim jatuh ini supaya semua wanita di luar sana lebih peka tentangnya:
  1. Kencing tak lawas 
  2. Rasa berat di bahagian ari-ari 
  3. Tak boleh nak kawal kencing terutama ketika batuk dan bersin 
  4. Sakit ketika bersama suami
  5. Rasa senak dan tidak selesa di bahagian perut
  6. Sakit tumit
  7. Sakit pinggang yang berpanjangan 
  8. Paha dan betis rasa kebas
  9. Rasa badan seperti demam terutama selepas Asar

Punca Rahim Jatuh

Rahim seseorang wanita boleh jatuh disebabkan oleh kelemahan otot-otot pelvik atau juga dikenali sebagai ‘otot lantai pelvik’. Biasanya otot ini berfungsi sebagai penyokong kepada organ rahim dan struktur sekelilingnya daripada jatuh.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh mendorong berlakunya struktur otot-otot menjadi lemah iaitu:

1. Pernah menjalani pembedahan pelvis

Bagi mereka yang melakukan pembedahan sekitar pelvis seperti pembedahan pembuangan fibroid atau ketumbuhan akan diberikan amaran bahawa salah satu risiko akibat rawatan ini adalah peranakan jatuh.

Pembedahan ruangan pelvis boleh menyebabkan trauma ataupun kecederaan pada otot ataupun tisu penghubung lantai pelvis yang seterusnya boleh menyebabkan kondisi prolaps berlaku.

2. Faktor keturunan

Penyebab ini adalah jarang berlaku, terdapat kondisi yang boleh menyebabkan tisu lembut menjadi lemah seperti yang dilihat pada sindrom Ehlers-Danlos.

3. Kehamilan

Ini adalah faktor yang sering terjadi kepada kelemahan otot-otot sokongan pelvis. Fenomena prolaps rahim ini sangat jarang dijumpai dalam kalangan wanita yang tidak mengandung.

Fisiologi kehamilan yang menyebabkan pembesaran saiz rahim boleh menyebabkan otot-otot ini lebih ditarik dan longgar.

4. Faktor penuaan dan menopaus

Apabila seseorang wanita mengalami peningkatan usia, maka proses menopaus tidak dapat dielakkan.

Hasil daripada menopaus akan mengakibatkan hormon estrogen di dalam tubuh menjadi berkurang. Keadaan ini tidak dapat menyokong penghasilan kolagen dalam tisu pengubung dan otot-otot pelvis.

5. Berlaku peningkatan tekanan dalaman abdomen

Ruang pelvis dan abdomen yang menempatkan organ seperti usus duduk saling bersebelahan. Sebarang peningkatan tekanan dalam ruangan abdomen secara kronik, berpanjangan mengakibatkan tekanan kepada rahim juga.

Antara yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan intra-abdomen adalah seperti sembelit, obesiti, batuk berpanjangan, kerap mengangkat barangan berat ataupun ketumbuhan dalam usus.

6. Faktor bayi dan instrumen

Sesetengah wanita mengandung yang mempunyai saiz bayi terlebih besar atau berat memerlukan campur tangan alat khusus sewaktu proses kelahiran kompleks.

Intervensi berserta dengan saiz anak yang besar melalui ruang vagina sempit boleh menambahkan risiko kepada kecederaan dan kelonggaran otot pelvis.

Cara Mengesan Peranakan Jatuh Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/obgyn uterine prolapse.jpg Jangan dibuat main jika peranakan jatuh   Ini punca, simptom dan rawatannya

Sebenarnya, tanda rahim jatuh ini boleh dikesan sendiri dari rumah dan anda boleh ikut 3 langkah-langkah ini.

Namun begitu, anda masih perlu mendapatkan nasihat pakar sakit puan bagi bantu merawat masalah rahim jatuh.

  • Duduk dalam kedudukan berbaring. Kemudian, tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut, tandanya rahim dalam kedudukan betul.
  • Duduk bercangkung, kemudian masukkan jari dalam faraj. Jika jari dapat menyentuh objek lembut dengan mudah, maksudnya peranakan rendah. Jika mahu memastikannya, guna cermin untuk lihat. Jika ada daging terkeluar, anda harus perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.
  • Dalam posisi baring, ambil minyak kelapa atau minyak zaitun dan urut perut. Jika terasa ada benjolan kecil di bahagian tundun, itu tandanya rahim jatuh.

Jika anda mencari bidan yang menawarkan urutan terbaik, kami ada senaraikan di sini.

Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Prolaps Rahim 

  • Mempunyai satu atau lebih kelahiran faraj
  • Melahirkan bayi pertama pada lewat usia
  • Melahirkan bayi yang besar
  • Penuaan
  • Obesiti
  • Pembedahan pelvis sebelum ini
  • Sembelit kronik atau sering meneran semasa membuang air besar
  • Sejarah keluarga tisu penghubung yang lemah
  • Menjadi Hispanik atau putih
  • Batuk kronik, seperti akibat merokok
  • Komplikasi

Rahim prolaps selalunya berlaku dengan prolaps organ pelvis lain. Jenis prolaps ini juga boleh berlaku:

  • Prolaps anterior. Prolaps anterior terhasil daripada tisu penghubung yang lemah antara pundi kencing dan bumbung faraj. Ia boleh menyebabkan pundi kencing membonjol ke dalam faraj. Ini dipanggil cystocele atau pundi kencing yang prolaps.
  • Prolaps faraj posterior. Tisu penghubung yang lemah antara rektum dan lantai faraj boleh menyebabkan rektum membonjol ke dalam faraj. Ini mungkin menyebabkan kesukaran membuang air besar. Prolaps faraj posterior juga dipanggil rectocele.

Pencegahan Risiko Prolaps Rahim

Untuk mengurangkan risiko prolaps rahim, cuba:

  • Mengelakkan sembelit. Minum banyak cecair dan makan makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh.
  • Elakkan mengangkat berat. Jika anda perlu mengangkat sesuatu yang berat, lakukan dengan betul. Angkat yang betul menggunakan kaki dan bukannya pinggang atau belakang.
  • Kawal batuk. Dapatkan rawatan untuk batuk kronik atau bronkitis.
  • Jangan merokok.
  • Elakkan penambahan berat badan. Berbincang dengan doktor anda tentang berat badan ideal anda dan dapatkan nasihat tentang cara menurunkan berat badan, jika anda perlu.

Bila Patut Anda Berjumpa Doktor?

Jangan Kerap Angkat Berat, Ini 9 Tanda Peranakan Jatuh Yang Tidak Boleh Diabaikan!

Anda patut jumpa doktor jika mengalami simptom-simptom ini:

Ujian Fizikal Jika Anda Mengalami Rahim Jatuh 

Doktor akan mendiagnosis rahim jatuh dengan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal pelviks seperti berikut:

  • Doktor melakukan pemeriksaan dalam kedudukan berdiri dan semasa anda berbaring. Kemudian, anda diminta batuk bagi meningkatkan tekanan dalam perut. 
  • Dalam keadaan tertentu, mungkin ia memerlukan intravenous pyelogram (IVP) atau renal sonography. Kemudian, pewarna disuntik ke dalam urat dan satu siri sinaran X diambil untuk melihat perkembangannya melalui pundi kencing. 
  • Transvaginal Ultrasound boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelvik yang lain dan akan dimasukkan ke dalam vagina bagi memudahkan lagi pemeriksaan dilakukan. 

Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda. Jom periksa tanda rahim jatuh ini di rumah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vagina Saya Terjatuh/Terkeluar Ketika Melakukan Seks Dan Ini Kisahnya

Baca juga: Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?

Baca juga: 1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!