20 Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Sering Dialami Wanita, Salah Satunya Adalah Kulit Gatal-Gatal!

Tak sangka hamil, tiba-tiba bersalin. Sebab itu anda perlu tahu tanda-tanda awal kehamilan untuk mengelak berlakunya perkara begini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang wanita perlu tahu. Walaupun ia tidak mampu dikesan oleh alat penguji kehamilan yang mungkin menunjukkan ibu tidak hamil, namun ia tidak semestinya benar. 

Ada tanda-tanda awal kehamilan lain yang wanita boleh kesan pada diri sendiri. Jadi ada baiknya jika alat penguji kehamilan tunjukkan tanda negatif tetapi ibu rasa ada tanda-tanda awal kehamilan pada diri, boleh saja ulangi ujian dalam jarak beberapa hari. 

Tidak semua tanda-tanda awal kehamilan wanita sama

Kerana setiap perempuan itu berbeza, jadi pengalaman kehamilannya juga tidak sama. Sama juga seperti tanda-tanda awal kehamilan, tidak semestinya sama bagi semua wanita. 

20 tanda-tanda awal kehamilan

Jadi kali ini kami kongsikan tanda-tanda awal kehamilan yang mungkin sedang anda alami:

#1. Kejang perut dan ada spotting darah berwarna coklat pekat

Perlekatan telur ke dinding rahim akan menyebabkan berlakunya kekejangan dan spotting darah selain kekejangan di bahagian bawah perut sama seperti sakit senggugut. 

#2. Keputihan berlebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keputihan anda mungkin lebih banyak daripada biasa. Ia juga akan berwarna seperti susu kerana ada hubung kaitnya dengan penebalan dinding vagina yang biasanya terjadi selepas berlakunya persenyawaan. Pertumbuhan sel dalam vagina menyebabkan keluarnya keputihan yang berlebihan/

Ia tidak memerlukan rawatan, tetapi jika mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, rasa gatal atau panas ada baiknya anda dapatkan nasihat doktor. 

#3. Perubahan pada payudara

Perubahan pada payudara seperti terasa tegang dan penuh adalah tanda-tanda awal kehamilan. Ia sama seperti rasa ketika sebelum anda datang haid. Sekitar puting juga atau aerola akan berwarna lebih gelap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Cepat penat

Anda akan rasa lebih cepat penat. Baru berdiri atau berjalan sedikit anda akan cepat mengah. 

#5. Mual, mengidam

Mual juga adalah salah satu tanda yang biasa dialami wanita pada awal kehamilan. Selain itu anda juga mungkin akan mengidam sesuatu. Iaitu rasa mahu makan sesuatu yang amat sangat. 

#6. Deria bau lebih sensitif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Deria bau anda akan lebih sensitif ketika mengandung. Hidung anda juga mungkin akan rasa sakit bila kesejukan. 

#7. Lambat haid

Lambat haid adalah tanda-tanda awal kehamilan yang biasa terjadi pada wanita. Tetapi ada juga yang masih didatangi haid walaupun sedang hamil.

#8. Sesak nafas

Anda akan terasa mengah. Walaupun baru berjalan beberapa langkah, anda sudah rasa mengah.

#9. Sering buang air kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pundi kencing anda akan cepat terasa penuh dan sering buang air kecil. 

#10. Sembelit

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk buang air besar dan alami sembelit.

#11. Emosi tidak stabil

Anda mungkin tiba-tiba rasa sedih, cepat nak marah dan sebagainya sedangkan sebelum ini anda bukanlah begitu orangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#12. Sakit kepala dan lenguh punggung

Ini memang biasa dialami ibu hamil. Perubahan hormon akan menyebabkan anda sakit kepala. Selain itu anda juga akan mengalami lenguh di bahagian punggung.

#13. Tiba-tiba pengsan, dunia terasa berpusing

Ada yang kata seperti kena vertigo. Boleh jadi anda akan pengsan. Jadi bila rasa begini cepat-cepatlah cari tempat untuk duduk bagi mengelak anda terjatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

#14. Suhu badan meningkat

Anda sering rasa panas badan dan suhu badan juga sedikit tinggi. Ini keadaan sama seperti ketika anda datang haid terutama pada hari pertama.

#15. Kit ujian kehamilan positif

Jika kita ujian kehamilan anda positif, peratus untuk anda hamil adalah tinggi.

#16. Kulit gatal

Kulit gatal-gatal antara yang pernah dialami ibu hamil ketika awal kehamilan. Ada yang kata sebelum kehamilan dia terkena gatal-gatal seperti sopak garam. Ia sangat gatal hingga kulit rasa panas saja.

Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon akibat hamil.

#17. Pedih ulu hati

Ada kemungkinan anda mungkin akan alami pedih ulu hati. Sentiasa rasa senak perut.

#18. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah anda tiba-tiba tinggi daripada biasa.

#19. Kenaikan berat badan

Boleh jadi juga akan berlaku kenaikan berat badan kerana selera anda pun bertambah.

#20. Rasa seperti logam di mulut anda, atau rasa darah

Rasa logam adalah seperti rasa darah. Dengan kata lainnya mulut anda sentiasa rasa tidak selesa terutama pada seminggu awal kehamilan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 9 Peringkat Kehamilan Sehingga Bersalin, Nombor 5 Paling Ditunggu Semua Ibu Hamil!

Baca juga: Bagaimana Suami Boleh Membantu Isteri Dapatkan Kehamilan Yang Sihat?

Baca juga: 7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif

Penulis

Lala Annuar